2011/03/02

keluar makan wayang

aku sungguh sungguh eksited hari ni, sumpah.
walaupun beritanya tak meriah mana, tapi bagi aku rasa macam dah lama sangat tak hang out.
aku rasa lah.

oh ya.
kamu kamu jangan pula tak percaya. aku turun tau kelas law pagi tadi. pukul 8 pula tu. betul cakap opah aku, bangun pagi pagi sumpaa cool.
dan aku terasa diri aku pun cooool. ok. aku dah mula perasan :P

haha.
tapi kelas management petang tadi tak turun pun.
biaq pi laaaa.
lecturer takda. entah pi mana Dr Zul pun aku tak tahu. berminggu dah tak nampak.
schedule dating penuh kot..takda masa untuk student student beliau.
assignment je yang beliau boleh kasi.
ceyh !!

akibat proses pemontengan kelas sudah berlaku, jadi kami empat sekawan tanpa kehadiran chepam keluar berjalan jalan bersiar siar suka gembira dengan penuh meriah. haha.
jangan jeles ye pamm ! hang dok diam diam siap kan design :P

waktu waktu macam ni lah duit aku keluar macam air. tak berhenti. tapi ada aku kisah? lantak lah. janji aku puas.
puas nak makan apa yang aku suka. haha
  • kfc, combo fish doughnut
  • auntie anne, chocolate mint pretzel
  • hot & roll, paratha banana chocolate
  • mcd, apple pie
bagi aku dah cukup banyak tu. serius. aku suka makan. walaupun agak membazir tapi kenyang lagi sampai sekarang :D
nasib baiklah aku tak rembat dominos ke carls junior ke kenny rogers ke, alamatnya memang nak kena hempuk lah aku.

sepanjang aku keluar tadi, satu benda je yang aku beli. wajib beli kalau ada yang latest. haha. aku memang komik freakkkk.
eyh, aku layan komik gempak starz jeh.

koleksi terkini selepas berjaya mengumpul semua koleksi komik Under 18




dan...

jeng ! jeng ! jeng !

haha. ini yang aku dapat beli tadi. sumpah terbaik. tapi belum baca lagi. esok baru layan. ini jilid kelima. tak habis lagi cerita nih, entah panjang mana lah cerita dia.
layan je beb ! aku suka :D

oh. tadi ada juga jual komik lawak kampus yang baru. ada kaler kaler lagi.
nak beli....tapi fulus tak cukup :(
ceyh.

untuk penamat apa yang berlaku sepanjang hari.
hehe. ini lah dia.

kamu kamu kena tengok. sumpah terbaik. tapi rasanya movie ni ada sambungan.
dan, lepas tengok cerita ni tadi aku teringin nak jadi nombor 6.
haha.
nombor 6 sangat cooool dan stylo. hohoho.

having fun dengan semua orang tadi walaupun ada yang lepak sekejap je :D

Adlyn Zuraimi, Fatimah Razak, Farah Nazira, Abdul Wahab, Danial Hakim, Amzar Shamsulkamar, Muhammad Rosli, Afiq Fawwaz, Sirhan Faris, Zaid Fikri, Baihaqi Fauzi, Fadhil Zin, Shahril Sulaiman.
:)

1 comment: