2010/08/09

kenangan


riang ria AB4. kelas tutorial aku. sayang mereka sangat sangat. mereka membantu aku dan aku membantu mereka. kami merupakan kelas tutorial paling rileks sekali. HAHA. tutor pun sempoi. kelas selalu cancel. ujian pun bincang bincang. tutorial pun tunggu sampai tutor bagi jawapan. HAHA. apa punya pelajar asasi laaaa..

kepada chepam, aku minta maaf sebab buli kau lagi. HAHA. tanpa disengajakan sebenarnya.aku tak terfikir nak sorokkan handphone kau. walaupun aku lah kepala tuhh tapi lepas nihh jangan laa terfikir nak kenakan aku balik.

bak kata Mad, itulahh kenangan.. semester dua belum tentu kita bersama lagi. apa yang terjadi hari ini kita akan ingat sampai bila bila :)

farah, se ann dan mad.. terima kasih kerana bersubahat. kalau tak, mesti tak dapat tengok chepam nangis. HAHA. seronok :D


p/s : chepam. kaw comel bile nanges. serius.

tujuan


selesai aku menyiapkan tutorial ke 7 trigonometry. berakhirnya topik yang memeningkan kepala itu. kini bermulanya aku berpindah ke topik yang baru. YA. geometry. sedang aku berehat beberapa minit sebelum memulakan tutorial matematik yang ke 8. telefon bimbit aku mengeluarkan suaranya tanda adanya mesej yang diterima. YA. benar. AFIQ mengajak ku ke PC FAIR di KLCC. hurmmmm... menarik. aku setuju dan bersiap untuk ke sana.

walau bagaimanapun,
bukan ini yang aku mahu kongsikan...
tetapi...

love its architecture :)

ini lah bangunan berkembar petronas. mercu tanda negara Malaysia. lebih dikenali sebagai KLCC. aku kagum dengan senibina bangunan pencakar langit tersebut. bagi pandangan sebagai seorang pelajar yang kini hilang tujuan untuk memilih bidang nya sendiri, aku melihat KLCC ini memiliki ciri yang sangat unik. Ia kembar dan sangat tinggi. mempunyai jambatan di tengah tengah sebagai pengikat kepada bangunan kembar ini. menunjukkan keutuhan sesebuah bangunan tersebut. sangat menarik. lebih indah apabila dilihat pada waktu malam sambil makan burger GCB mcdonald ditepi tasik KLCC dengan irama pancutan air yang sering bertukar rentak dan iringan muziknya. YA. betul betul indah. indah bagi seorang pelajar asasi alam bina merangkap rakyat Malaysia yang lahir di kota Kuala Lumpur.

walau bagaimana pun, walau indah nya bangunan KLCC itu, aku masih tercari cari tujuan sebenar aku di Universiti Malaya ini. memang benar tujuan aku disini untuk belajar. tetapi matlamat? YA. apa matlamat aku di sini? bidang apa yang harus aku ceburi selepas berakhirnya semester 1 ini. aku pening memikirkan hal tersebut. aku masih tidak nampak. serabut kepala aku. sangat serabut. seni bina? aku kurang pasti. aku dilahirkan sebagai seorang manusia yang tidak kreatif. YA. benar dan aku sedar. aku juga tidak mempunyai idea idea yang menarik. tetapi aku sangat meminati lukisan senibina itu sendiri. sangat minat. aku sebenarnya takut. takut untuk ke bidang itu dan tidak pasti adakah aku boleh ke bidang itu. sukarnya kehidupan yang mempunyai pilihan ini. sungguh sukar......

2010/08/08

itulahhh


=.=

ouhhh. stressnya masa kini. rutin harian ku sebagai seorang pelajar yang senantiasa bangun lewat nihhh semakin menjadi jadi. apakah? exam semakin hampir. walaupun hanya mid sem test, tetapi aku perlu mencapai apa yg sepatutnya. YA, itulah 4 RATA. boleh kah aku? mampu kah aku? aku hanya lah seorang manusia biasa yang mempunyai tahap IQ standard. aku rupa rupanya masih tidak bersedia untuk menempuh hidup sebagai seorang pelajar asasi sedangkan aku merasakan aku sudah mampu. itulah yang masyarakat sekeliling suka perkatakan, jangan berlagak di hadapan orang lain. adakah aku tergolong dalam golongan yang sebegitu. mungkin YA. aku seperti sedikit ada perasaan bongkak itu. YA, sedikit.

apabila direnungkan kembali, aku yang kini dan yang dahulu tidak jauh beza pun. cuma ingin berubah kepada yang lebih baik. tetapi seperti tidak berlaku sahaja perubahan tersebut. bagaimana ya? aku ingin kan proses perubahan tersebut. tunggu sahajalah saat itu tiba.

aku merenung helaian helaian tutorial aku yang bersepah sepah di atas meja berdekatan laptop ketika sedang menaip blog ini. sungguh banyak kertas2 tersebut. pening ku memandang nombor nombor tersebut. YA. aku tidak suka nombor. berulang kali ku katakan. AKU TAK SUKA NOMBOR. tetapi apakan daya. nombor dan kehidupan manusia itu tidak boleh dipisahkan. dimana mana sahaja atau apa sahaja yang kita perlakukan mesti ada kaitannya dengan nombor. mengapa? inilah yang akan berlaku apabila wujudnya seorang pelajar yang mempunyai masalah dalam nombor. bukan apa. aku tidak suka atau kurang suka pada subjek matematik itu sendiri. YA. aku lah salah seorang pelajar yang ada masalah dengan nombor. salah seorang? mungkinkah ada yang lain mempunyai masalah seperti aku. mengeluh. aku tidak tahu. semenjak daripada zaman persekolahan iaitu sekolah rendah, aku tidak suka pada subjek tersebut. mungkin bukan pada nombor. tetapi kepada jalan penyelesaian topik matematik itu sendiri. semakin tinggi tahap pengajian dalam subjek matematik itu, semakin susah penyelesaian nya. mengapa seorang manusia perlu selesai kan sendiri masalah kau wahai matematik? membesar lah dan selesai kan masalah kau sendiri. aku tak mampu nak menyelesaikan masalah kau wahai matematik. aku sudah tak sanggup lagi.


2010/08/05

microeconomy


dua minggu berturut-turut aku terlepas microeconomy lecture class.

haissshhh..

yang 1st tuhh of course laaa aku ponteng..
tapi yg 2nd time nihh..
aku bleh demam plakkk..
tak lah terok mane..
tibe2 jehhh tak larat nak bangun..
sumpaa tak larat laaa..
kepala pun penin2..
masa aku bukakk je mata drpd tidur..
aku rasa macam dunia nihh berpusing pusing..
macam orang tak betul jehh aku masa tuh..

terpaksa lepas kan kelas microeconomy dan sambung tidur..

alhamdulillah..
tengahari tuhh aku terjaga..
bila tidur yang agak lama nihh..
badan aku mcm dah kebah..
sihat laa tuh makna nyeee...
aku boleh attend kelas petang nihh..

harap2 next week aku akan ke kelas microeconomy..
tak nak ponteng2 daaa...

I NEED TO CHANGE INTO A BETTER PERSON :)

2010/08/02

ponteng!

apa nak jadi dengan aku nihhh
tak berubahhhh
entah bila laaa nak jadi budak baik skit nihh

byakk kali laaa jugakk aku dah ponteng kelas
bukan ape..
malasssss
takde mood nk mengadap muka lecturer dengan tutor nihhh
hahaha

chemistry lecture class
microeconomy lecture class
english tutorial class
adalah kelas2 yang aku da ponteng

haishhhh...

lepakk laaa baru 3 kelas je miss
hahahahahaha :P



p/s : rasenye aku je student pompuan ABians yg selalu ponteng kelas..i think so...