2010/09/13

peristiwa

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN. aku masih belum terlewat lagi kan. kita masih di bulan syawal. aku sedih. Ramadhan sudah pergi. kene tunggu setahun lagi. aku sedih kerana syaitan akan kembali berduty. habislah aku. manusia terlalu senang untuk temakan pujuk rayu ular sawa lidah bercabang ni.

dan aku? perlu elakkan diri daripada setan tuh jauh jauh. macam mana? jangan tinggal solat lah bodoh!!

Aidilfitri pada tahun ini agak bermakna lah jugak. macam macam peristiwa yang aku dengar. almaklumlah, dah setahun lebih aku tak pulang ke kampung. memang banyak yang dah berubah kat bandar diraja tu. orang orang kampung, saudara mara, memang begitu banyak perubahannya. ada cerita sedih, ada cerita gembira. sampai aku jadi termotivasi kerananya.

motivasikah aku? kekal atau hanya untuk sementara...itu aku tidak pasti.

seperti biasa. aku sentiasa ingin berubah untuk menjadi yang lebih baik.

dan bagi aku.

hidup jangan menyusahkan orang lain!

2010/09/08

sedetik

esok aku pulang ke kampung. aku akan tinggalkan ruangan ini, mukabuku dan juga siulan burung aku buat sementara waktu. biasalah di kampung aku mungkin tiada jaringan dunia tiada sempadan yang begitu kuat dan laju. jadi aku perlu melupakan mereka mereka ini buat sementara waktu. akan tetapi aku takkan tinggalkan sayang sayang aku di Kuala Lumpur.

sayang sayang saya : komputer riba
pemain mp3
telefon bimbit, tidak boleh ditinggalkan kerana ia satu keperluan.

oleh itu, aku telah memuat turunkan permainan video yang begitu banyak agar aku tidak kebosanan di kampung nanti. bak kata orang tua tua, sediakan payung sebelum hujan. hurmm, ada kena mengena ke?
haha. tak kisah lah asalkan aku tak terasa ketagih untuk mengaktifkan diri di laman laman tersebut.

nampaknya kerja kerja aku terpaksa ditunda. aku tidak mampu untuk siapkannya kerana aku kurang pasti dengan jawapan aku. susah betul jadi manusia yang kurang yakin ini. haissshh. mengeluh.

aku memandang dua tikus belanda kepunyaan adik adik aku, SYAZMIERA dan SYAZLYANA yang berada di dalam sangkar sebelah komputer riba aku di atas meja ini. nampak sihat. pandai mereka jaga. harap tak mati lah dalam jangka masa dua bulan ini. biasa lah. adik adik aku ini ganas sikit.

oh. ya. nampaknya lagu lagu dari negara korea semakin menarik untuk di dengar. aku tidak boleh berhenti daripada mendengarnya. NAJWAHUSNA, gara gara kamu, aku mendengar lagu lagu yang sepatah haram aku tak faham apa yang dinyanyikan oleh penyanyinya.

sedang berfikir, ingin memuat turun lagu baru lah. bukan lagu korea tetapi lagu orang berkulit putih ataupun yang berkulit hitam. asalkan sedap untuk didengar. tetapi aku tidak tahu lagu apa yang terkini. FATEIHAHFAUZI, tolonglah saya!!

2010/09/07

banyak hal

aku kembali menulis setelah ada peluang untuk menulis. bukan apa. semenjak berada di rumah ni, keinginan untuk mengaktifkan diri di mukabuku seperti tiada. aku banyak menonton filem filem yang telah di muat turun oleh abah aku daripada filem filem yang lama sehinggalah yang filem paling terkini. Gambar pun cantik. jimat duit aku untuk ke panggung wayang. haha. terbaik lah abah! aku menonton sampai naik lebam mata aku ini. terukteruk.

banyak juga kerja sempena cuti raya ini dan aku sedang cuba sedaya upaya untuk menyiapkannya sebelum raya kerana selepas raya aku ingin bersuka ria dengan sepuas hati aku. wah. syurga syurga. itupun kalau aku mampu siapkan kerja kerja tersebut. banyak laaa weyhhh.

dan yang paling penting. seronok berada di rumah :)

kemungkinan esok atau lusa aku akan pulang ke kampung. Kuala Kangsar here I come!!!

oh. aku mula merindui rakan rakan di Universiti Malaya. aku rindu FATIMAH. FATINNABILAH. AFIQNURFAWWAZ. AMZAR. SIRHANFARIS. rindu kamu semua :( dan juga rakan rakan ABians yang lain.

aku juga merindui mereka. HASLYZA. SYAZANA. FARAHALIA. ALAMIENZULFISHAH. KHAIRULSYAFIQ. EZATIZWAN. bila kita mahu ketemu?

banyak betul orang yang aku rindu =.=". almaklumlah. aku cepat sayang kat seseorang. tak kisah lah orang tu siapa. tapi aku senang sayang kat orang walaupun aku tak tunjuk sebab aku tak tahu nak tunjuk macam mana. ahaaa.

2010/09/02

ohh! :O

banyak sungguh kerja kerja aku pada minggu yang semakin hampir dengan perayaan Aidilfitri ni. whoaa?? tak sabar nya saya. HAHAHA :D

dengan gembiranya. :) graphic communication assignment aku sudah siap dengan rasminya. cuma belum dicetakkan lagi diatas kertas putih. pagi esok aku akan segera ke kedai fotostat untuk dicetak. ahaaa.

kuliah mikroekonomi. aku ponteng buat kali keempat. entah. aku kurang pasti. tiga kali kot. eyh. macam dah banyak kali je aku tak menghadirkan diri ke kuliah subjek tersebut. haha :D

oh. prof. walaupun saya tidak hadir ke kuliah prof. tetapi terima kasih sangat sangat dengan pemberian duit raya yang sememangnya suci dan murni daripada prof.

petang ini juga, aku tidak datang ke kelas ES. tiada mood hendak menghadap muka Puan Safiah :P

hanya 1 kesimpulan, bila aku nak berubah? soalan itu sentiasa bermain di kepala otak aku. haishh.

esok hari yang agak berat. tutorial fizik aku tak siapkan lagi. tak faham :( dan esok juga ada ujian matematik. oh. tidak. aku perlu bersemuka dengan trigonometry lagi. adehhh. dan esok jugak cik anum akan terangkan pasal projek terakhir bagi subjek graphic communication. sekali lagi. oh. tidakkk!


2010/09/01

lalala...bosan dengan kerja ha! ha!

Graphic Communication iconography essay.

Draughtmanship Exercise Two Point Perspective.

aku sudah naik malas dengan kerja kerja seperti di atas. aku nak cuti. aku nak raya. bagi kerja sikit sikit sudah lah.

aku tidur sahaja sepanjang petang ini. sungguh membuang masa. tapi apakan daya, aku sangat mengantuk. jalan penyelesaiannya hanyalah tidur.

:( makan berbuka tadi tak best!