2011/01/08

wahhhh sukaaaa nyaaaa





wahhhh comel gilaaaa kan??
aku suka kucing sangat sangat.
suka peluk cium dengan kucing.

tapi aku tak suka kucing dekat kafe kolej 12.
kucing kucing kat situ selekeh.
kalau ada anak kucing takpa.

arghhhhh comel nyeee !

nak cerita sikit,
aku suka bela kucing.
tapi sekarang tak lagi.
almaklum, dah masuk U. takda masa nak jaga.
kalau adik adik aku yang jaga, tak sampai dua minggu dah mampus.
kucing terakhir yang aku bela sebelum dia mati nama dia MIAW.
wuu wuu.
sedih gila.
badan dia sebijik macam Garfield. gemok gedempol.
huhu.

kat rumah sekarang kami sefamili bela hamster.
BOBOY dan NINI.
tapi NINI dah mati.
itu hamster adik adik aku.
almaklum lah, kalau adik adik aku yang jaga memang tak selamat hidup haiwan peliharaan kat dunia ni.
aku tak berapa suka hamster sebab dia kecik.
dan hamster merupakan spesis tikus -_-
bapak geli laaa siakk !

aku di-tagged - 2

aku di tagged oleh FATIN NABILAH JAILANI. dah lama dah aku kene tagged dengan chepam nih. tapi baru sekarang teringat nak buat. huhu. biaq pi laaaaa.

Apakah status anda?
status yang mana nih? facebook? twitter? huhu.
aku single, dalam golongan golongan yang agak loser.

Ceritakan tentang diri anda :
seorang pelajar asasi alam bina universiti malaya. tak suka kelas pukul 8. selalu jugak ponteng kelas. dah jadi habit. habislah aku -_-
seorang yang sangat sangat boros. suka makan. banyak habiskan duit hanya kerana suka makan. tapi aku tak gemuk. sesuai dengan tubuh badan aku yang agak rendah. fineee. i admit it.

Ceritakan tentang blog anda :
PRIMA FACIE. permanent name. takkan tukar sampai bila bila. cari lah sendiri dalam kamus maksud dia.
blog aku hanya bercerita tentang apa yang berlaku di sekeliling hidup aku. ada cerita juga tentang apa yang berlaku pada hidup aku. kadang kadang bercerita tentang pandangan aku terhadap sesuatu perkara. blog aku kadang kadang boleh jadi serius, kadang kadang boleh jadi fun.

Apa pandangan anda tentang dunia blog :
blog nih ada macam macam fungsi. untuk orang orang biasa macam kita, kita hanya nak kongsi apa yang berlaku tentang kita kepada semua orang. ada sesetengah pihak lebih kepada menyebarkan propaganda politik, informasi, bla bla bla.... so, ikut suka manusia tu lah nak buat apa dengan blog dia.

Nasihat kepada rakan-rakan yang baru nak buat blog :
biaq pi laaa. ada aku kisah. suka hati korang lah nak buat apa dengan blog korang.

Nyatakan keunikan pada blog anda :
blog aku sungguh coooool ! ok, aku bajet.

Sampai bila nak berblogging?
sampai blogspot nih dah tak popular dah. mungkin mark zunkerberg ada idea lain yang lebih hebat untuk meng-improve-kan facebook menjadi ke arah blog.


aku di-tagged - 1


dapat AWARD daripada ALAMIEN ZULFISHAH. terimakasih terimakasih :) *nak laicikang tau

blog aku memang FABULOUS. aku tahu tu.
haha.
jangan nak perasan lahhh ! :P

1. Blog best sangat ke tak? sebab?
best. boleh carut karut marut kat sini. kongsi macam macam cerita dengan kamu kamu semua. tetapi aku bukan penulis blog yang tegar.

2. Layan lagu indon atau omputih?
mestilah omputih. lagu indon aku layan yang sedap sedap dengar je. zaman zaman sheila on 7 dan peter pan dulu aku gila gila jugak lah layan tapi sekarang macam apa jeh. kenapa tak tanya lagu korea? aku suka. haha. super junior, big bang, SS501...bla bla bla. suka tengok lagu yang ada dance. cooooool !

3. Coklat mana lagi popular, cadbury atau ferrero? Sebab suka makan?
aku kurang lah makan coklat. tapi aku pilih cadbury. cadbury popular sebab lebih murah daripada ferrero. ada macam macam jenis. kalau dapat yang black forest punye...pergghhh. sedap bhai.

4. Nickname yang GF/BF beri, nama manja?
aku takda BF. tiada jawapan yang diberi. harap maklum.

5. Berikan empat fakta tentang kamu.
-boros
-mulut boleh tahan cakap pakai lepas je.
-suka berangan. haaaa.
-tak suka pergi kelas jam 8 pagi -_-

6. Jika ada 50sen nak beli apa?
err..tak beli apa apa kot. simpan untuk basuh baju. mesin basuh kat kolej aku pakai syiling 50sen dengan 20sen je.

7. Siapakah empat orang yang paling kamu sayang?
-diri sendiri dan juga famili
-RETRONESS
-HAWNFEK
-GARIS
*aku macam tak menjawab soalan kan? susah lah. ramai sangat yang aku sayang.

8. Tag untuk enam orang yang kamu sayang. Blog yang kamu rasa cantik.
tak nak tag !! sebab blog blog orang yang aku sayang semua tak cantik. boo boo !

jumaat jadi cuti sendiri

nak cerita apa yang berlaku pada hari jumaat dalam dua jam sebentar tadi.

yelaaaaa, sekarang kan nak dekat pukul 2.

untuk hari ini sahaja aku dah ponteng EMPAT kelas sekaligus. wahhwahhwahh ! gilaaa. jawapan aku satu je. MALASSSSS ! ya, aku seorang pelajar yang sangat malas dan boleh jadi pelajar yang sangat rajin. ha? ha? macam mana tu?

biaq pi laaaa.

aku ada program untuk hari ini. membeli belah bersama besfren aku yang berspesimen sepat. hahaha ! aku hebat sebab ada besfren macam itu. korang ada?? tak ada kan....huhu.. boo korang boo.

ok, aku macam sengal.

shopping ! shopping ! shopping !

ada duit boleh la shopping. kalau takda mula lah merempat pinjam duit kat kawan kawan. itu kalau aku lah. aku tahu kamu kamu ada yang pandai jadi encik jimat ni.

Fish shopping macam macam tadi. siap ada shoppinglist lagi. serius. aku jeles tengok dia beli baju banyak banyak -_-

dan aku?? sepanjang penjelajahan aku di sungai wang tadi, ini sahaja yang aku dapat cari...

victoria skinny
ipanema slippers

and

i got a gift

woot! woot!

credit to timmrsac.

comel tau. suka sangat sangat walaupun bentuk dah macam telur ayam.
aku tak tau ini apa. aku nak bagi nama, tapi tak tau nama apa yang sesuai.

hurmmm..

jap jap.

errr.

KON-KON !

anyway,
thanks a lot to ALAMIEN ZULFISHAH.
aku sayang kau lah gilaaaa.
kita sahabat sampai dunia kiamat.
:)

untuk kawan kawan TiKL aku, Fish kata muka Kon-kon ni macam Ochink sebab kening tebal. sumpaa aku gelak besar bila tengok balik.

HAHAHAHAHAHAHA !!

2011/01/04

pintu gerbang

2011 , umur semakin meningkat. kini hampir beberapa bulan aku akan mencecah 19 tahun. walawehhh.. serius aku terasa macam dah tua. oh bukan , semakin dewasa.

oleh itu , fikiran yang matang begitu penting di usia sebegini.

bukan apa. kau dah besar, buatlah cara orang besar. jangan nak berlagak manja macam budak kecil. mesti ada perancangan untuk masa hadapan, fikir biar jauh jauh. takut nanti binasakan kebahagiaan diri sendiri.

ada perubahan di bahagian deskripsi aku. itupun kalau kamu kamu perasanlah. sumpaa aku terasa. aku tak nak kena serang secara halus lagi. bunyi macam lawak, kelakar. tapi hasil kena pada aku.

tapi..aku sedar. ada kesalahan aku di situ. walaupun nampak masalah kecil tapi salah tetap salah. memang tak boleh nak ubah.

jangan nak ego tinggi sangat. walhal dalam hal yang sungguh kecil sekalipun.

serius. bagi aku ego itu salah satu sifat yang ada pada syaitan. tapi secara kita tak nampak. sungguh mengujakan. sebagai manusia, apa yang kita tahu.. marah , baran atau segala sifat yang menunjukkan 'api' semua berkaitan dengan makhluk Allah yang satu itu. ego pun begitu. tapi kita tak nampak secara terang terangan.

wahhhh. tiba tiba aku rasa sifat ego itu terlalu halus untuk diperkatakan.

sampai sekarang aku susah nak mengdeskripsikan apa ego itu sebenarnya.

susah susah.