2010/08/31

suasana hari raya malam merdeka =D

tanpa disengajakan. aku sambut jugak perayaan patriotik ni. tapi dengan cara yang tersendiri lah. haha. ini negara yang dimana lahirnya aku...jadi suka hati aku lah dodol!!

berbuka puasa di kedai makan ayam goreng pakcik Kentucky. sedap. ada 15 ketul tambahan 5 ketul lagi jadi 20 ketul kesemuanya. pakcik Kentucky sedekahkan 5 ketul ayam itu. buat amal jariah bulan bulan puasa ni, boleh tambah pahala kata beliau. haha. tapi kami 5 semanusia tak mampu nak habiskan seketul lagi. oleh itu, sedekahkan lah dekat sekumpulan manusia yang memang tengah lapar gila nampak gayanya. tambahlah jugak pahala agaknya. haha.

ada lah 2 orang ni. poket penuh lah katakan. siap singgah gerai minum SODA. membeli belah. wah. wah. sakan. memandangkan di kedai tersebut banyak cermin sebesar besar alam sampailah sekecil kecil alam, aku pun apa lagi. haha. misi tangkap tangkap lah.



nampak meriah kan?? kan? kan? kan? sayang sama kamu kamu lah!! heee~~~

untuk menghangatkan lagi suasana malam patriotik ni. kita berdisko ye rakan rakan. haha. seronok seronok :) golek punye golek. longkang punye longkang. sampai dua pusingan kami tari menari. hebat kan. haha. dan memang sangat penat. SIRHANFARIS telah menjadi johan dalam tarian di pusingan pertama manakala kalah di pusingan yang kedua kerana kedudukan tersebut telah di rampas semula oleh juara bertahan pada musim yang lalu iaitu AFIQNURFAWWAZ. beliau hanya menang tipis dengan perbezaan 1 mata. wah. SIRHANFARIS semakin hebat dalam tarian beliau. walau apapun, tahniah kepada mereka. berikan tepukan yang gemuruh. tepuktepuktepuk!!

aku? FATIMAH? bilakah giliran kita? FATINNABILAH kena tolak tepi. beliau pernah menjadi johan suatu ketika dahulu. sangat dengki :/

oh ya. SIRHANFARIS kini dikenali sebagai SEANFARIS!! wah. glamer gitu. :P haha

penat! letih! penat! letih!

menunggu detik 12 malam.

~~~~~~~~~~~~~ MERDEKA MERDEKA!!

haha. syok sendiri di tepi tasik beramai ramai. ada konsert. siap ada rakaman lagi. tapi aku tidak dapat menunjukkan kepada kamu kamu semua kerana mengandungi unsur unsur yang salah dari segi undang undang orang orang yang berkenaan. apakah??!! anda ingin menonton? silalah datang beramai ramai ke restoren midah.....semua dijemput hadir :)


p/s : bendera merah aku naik lebih tinggi dari bendera Malaysia pada malam patriotik ni. heh! grrrr...


2010/08/29

kaki letih letih

siapa nak urut kaki aku?? lenguh.

sabtu.
seperti biasa. kelas hujung minggu. aku akan datang lewat. setengah jam lewat. tak lah teruk sangat kan? tetapi boleh lah. markah lukisan aku masih membuatkan aku cukup berpuas hati :)

oh. cerita gedik aku. weee~~~ dapat berkata kata bersama sama beliau. suka suka :D

sedang memandang sekeliling. nak berkongsi. tapi tangan semacam malas hendak tekan tekan papan kekunci ini.

aku ringkaskan lah.

aku jumpa sayangss aku tadi. rindu beliau. beliau agak menutup aurat hari ini. ingin berubah katanya. sedang dalam proses percubaan. harap bertahan lah sampai bila bila. bukan sebab peraturan tempat belajar kamu ye sayangss.

ini lah sayangss aku :*

foto semasa zaman latihan untuk
berjuang kepada negara tercinta ini.

penat berjalan hari ini. tapi puas. dapat juga aku membeli belah. sehelai sahaja. aku suka baju itu. lalu terus membeli. akibat nya, wang elaun aku sudah lesap. mampusssss lah aku nak menjawab dengan 'mama' nanti. haishh. lepas ini dengan segan silu dan selambanya aku perlu sentiasa minta wang bulanan lebih dengan Mama. kenalah bagi alasan yang munasabah.

paling payah. nak berbuka apa esok. dalam dompet ada RM2 sahaja. beli air kat cincau cafe je lah nampak gayanya...

kepada AMZAR dan AFIQNURFAWWAZ, seronok dapat bersiar siar, berlawak jenaka dan bersuka ria dengan kamu kamu semua hari ini :)


2010/08/26

naik turun

keputusan muktamad. aku tidak turun untuk menghadiri kuliah mikroekonomi pada pagi tadi. untuk kali ini, aku ponteng sekali lagi. habislah gred aku untuk semester satu ini. kuliah tu awal sangat. pukul 8. tak puas lah nak tidur. 2 jam pula tu. memang tersumbat otak aku.

kelas petang aku turun dengan semangatnya. :D

sekarang aku sedang menghadap kertas kerja subjek mikroekonomi yang aku tak faham isi kandungan topiknya. inilah akibat kalau tak turun kuliah. sepatah haram aku tak faham. apa yang kau nak haaa?? aku tak boleh nak bagi jawapan kau lah banganggggg!!! kau jawab sendiri lahhhhh!!!


separuh hari

ouch! jari manis tangan kanan aku yang tersepit dipintu tempoh hari masih belum sembuh dengan sempurnanya lagi. sungguh menyeksakan. tapi tidak mengapa. kita tunggu dia nak sakit sampai bila.

untuk kali ini. mungkin banyak keluh kesah yang aku mahu kongsikan. rajin rajin lah kamu menekan butang anak panah ke bawah hingga lah ke bawah. gelakgelak.

satu perkara berlaku lagi. sekali lagi untuk hari ini. almaklumlah itulah aku. entah bila nak berubah. aku masih tertunggu tunggu. cahaya keinsafan tak sampai lagi.

kuliah hari ini. kurang menarik. bosan.

rutin harian aku sekarang. akan tidur bermulanya tepat jam 12 tengahari sehinggalah azan zohor berkumandang yang akan menjadi loceng jam untuk bangun.

berbuka puasa di Kampung Baru. sedap sedap. kenyang kenyang. jus oren, nasi putih, ikan siakap 3 rasa, tomyam campur, ayam paprik, telur bungkus dan sayur kailan ikan masin. sotong tepung goreng aku tak makan. sotong tak sedap dan tidak menyelerakan isi perut aku. apa apa hal pun. masyukkkkk.

beriang ria di pusat bola tiga lubang. kepada yang tidak hebat dan tidak kurang hebatnya. longkang tetap akan menjadi titik untuk dituju. almaklum lah. kami semua amatur. kepada AFIQNURFAWWAZ. terima kasih kerana menjadi johan dan kami mendapat habuan. kepada AMZAR, sila cuba lagi di lorong 9 botol yang akan datang. tetapi, aku kurang berpuas hati kerana FATIMAH dan aku seiring sejalan. ah. aku tidak mahu seiring lagi dengan kamu semasa di lorong 9 botol pada lain hari. kepada SIRHANFARIS dan EFENDI, peningkatan prestasi yang harus diberi pujian. untuk FATINNABILAH, errrr???

beli burger McAyam di kedai Uncle Donald. baru sahaja melahapkannya sebentar tadi. perut penuh. tidak perlu bangun sahur untuk hari esok.

oh. ada berita gembira. inspektor sahaq telah menjumpai buku lakaran aku. YA, tuan. saya akan datang ambil daripada tuan kemudian.

komik KIJIYA episod keempat sudah berada dipasaran. lalu aku terus mengeluarkan sehelai kertas merah dan membeli komik tersebut dengan mendapat pulangan baki dua helai kertas biru dan sekeping besi bulat besar. kepada kamu kamu sokong lah komik kartunis MALAYSIA. dan aku menyeru. bacalah komik karya ZINT. sangat sangat menarik.

tengah berfikir. masih ada lagi kah yang tertinggal?

.......................................

nampaknya begitulah. berhenti.



aku tak pasti nak datang kelas ke tak esok. tengok lah macam mane...


2010/08/25

buku lakaran


I NEED MY SKETCHBOOK AND MY DRAUGHTMANSHIP FILE BACK PLEASE.....!!

bodoh pergi tertinggal benda alah tu kat bilik kuliah FAB. manusia cuai. =.="