2010/09/30

kehidupan selepas kehidupan itu.

jangan salah tafsiran.
aku belum bersedia lagi untuk menjalani kehidupan selepas mati. tak cukup amal ibadat lagi.

maksud aku disini.
untuk kehidupan yang aku telah jalani selama 18 tahun kini. berbeza beza cabang arusnya. bermacam macam dugaan badai yang datang.

aku tak macam kebanyakan manusia yang lain. mereka hidup dan membesar dengan mak ayah sendiri sampai lah kini. dah takdir aku macam itu. aku tak boleh ubah. tapi aku boleh pilih jalan takdir mana yang aku nak. harap harap kamu kamu faham dengan apa yang aku cuba sampaikan.

aku cuma terimbas masa lalu. dan berfikir.

semasa aku berumur 9 tahun. proses hak penjagaan anak terhadap aku dijalankan. dan aku diberi dua pilihan sama ada mahu tinggal bersama abah atau mama aku. akhirnya, aku telah memilih abah aku atas sebab sebab yang tertentu. tiba tiba, aku terfikir sekarang.... macam mana kehidupan aku kalau aku pilih untuk tinggal dengan mama aku?

semasa aku berumur 16 tahun. aku nekad ingin berpindah daripada sekolah tersebut. dan aku ditawarkan dua pilihan sama ada mahu menyambung persekolahan aku di sekolah teknik atau di mrsm. akhirnya, aku telah memilih sekolah teknik atas sebab sebab yang tertentu. tiba tiba, aku terfikir sekarang.... macam mana kehidupan aku kalau aku pilih untuk menyambung persekolahan aku di mrsm?

semasa aku berumur 18 tahun. waktu untuk menyambung pelajaran. dan aku ditawarkan dua pilihan sama ada mahu menyambung pelajaran di matrikulasi atau asasi di universiti malaya. akhirnya, aku telah memilih asasi di universiti malaya atas sebab sebab yang tertentu. tiba tiba, aku terfikir sekarang.... macam mana kehidupan aku kalau aku pilih untuk menyambung pelajaran di matrikulasi?

jangkaan aku....
mungkin hidup aku akan lebih senang jika hidup dengan mama.
mungkin pelajaran aku lebih cemerlang di mrsm.
mungkin waktu belajar aku lebih terjamin di matrikulasi.

tapi aku tetap tidak akan tahu apa yang akan berlaku kalau aku memilih berlainan dengan pilihan aku sekarang.
sebagai manusia, aku tak tahu masa depan itu macam mana.

apa yang penting, sehingga kini..
aku tidak pasti adakah aku pernah menyesal atau tidak dengan segala pilihan yang aku pernah buat selama aku hidup selama 18 tahun ini.

bagi aku....
kita tak boleh tentukan takdir kehidupan kita, tapi kita boleh pilih jalan takdir kehidupan kita.

2010/09/28

keadaan normal

semenjak beberapa hari yang lepas. kota bandaraya Kuala Lumpur setiap hari akan dituruni rahmat. setiap petang. dan suasana sekeliling pasti akan sentiasa sejuk. tetapi disebalik rahmat itu. ada musibah nya juga. dan aku tidak pasti adakah ini musibah atau rahmat?

hujan itu rahmat Tuhan bukan?

oleh kerana hujan yang sentiasa terlampau lebat. dengan suasana malam yang pasti sejuk kedinginan. ketahanan fizikal aku sudah tidak mampu bertahan lagi. aku tewas. aku tidak cukup tenaga untuk membalas penangan serangan nya. ah.

akibatnya, keadaan fizikal aku menjadi lemah. kepala aku pening pening. otak aku jua tidak boleh menyelesaikan matematik dengan baik apatah lagi mengeluarkan idea untuk projek animasi.

aku benci keadaan aku sekarang. bunyi hembusan yang agak kuat dan tidak terkira bilangannya. kadang kala ia tak mahu jua berhenti. aku rimas.

aku ingin kembali bertenaga.

2010/09/23

buta di waktu pagi

jam 1 pagi sambil menekan papan kekunci dengan dendangan lagu Sum 41 - With Me... oh. sudah tukar. ...dengan dendangan lagu All American Rejects - It Ends Tonight.... wah. macam kena pula lagu ini dengan waktu waktu begini.. yang keluar dari corong kedua belah earphone dengan aku yang hanya ditemani cahaya...............

..................perkongsian aku tergendala buat sementara.....ini semua gara gara mukabuku aku yang dipenuhi dengan kotak kotak sembang. aku terpaksa melayan mereka. biasalah bila ada tetamu kita kena layan dengan sebaik yang mungkin. dan dengan itu, terbantut mood penulisan aku buat sementara waktu dan waktu tidur aku akan menjadi agak lewat.........

......dan kini dendangan lagu Secondhand Serenade - Fall For You dimainkan. agak jiwang bagi aku untuk didengarkan pada waktu waktu begini. ada nilai sentimental dalam jiwa aku di situ. suasana aku kini hanya ditemani cahaya lampu komputer riba kesayangan aku di atas meja kerja aku. rakan sebilik sudah tidur. persekitaran sungguh sejuk akibat hujan yang turun sebentar tadi.

aku pelik dengan pemain muzik komputer riba yang telah aku shuffle kan ini. hanya memutarkan lagu lagu yang berjiwa emosional sahaja. apakah semua ini? Chris Brown & Keri Hilson - Superhuman.... lagu yang boleh aku kata tangkap leleh lah juga.

jam kini 2 pagi dan aku masih tidak tidur tidur lagi. mengantuk itu sudah pasti. sukar untuk aku pastikan kehadiran aku ke kelas pada jam 8 pagi nanti.

geliga manusia bijaksana.


"Nobody can go back and start a new beginning, but anyone can start today and make a new ending."



kata kata untuk manusia yang hendak berubah.

2010/09/20

putus dan sejenak

memuaskan hati aku. 2 daripada 4 yang aku tembak mengena. terbaiklah anak Azhar ini. pencapaian yang aku dapat kini sudah cukup baik bagi aku dan aku terlalu bersyukur. aku tidak cemburu dengan sahabat sahabat aku yang lain kerana aku sangat pasti dengan apa yang aku lakukan sebelum ini. hasil yang aku dapat setimpal dengan usaha yang aku curahkan. adil kan? itulah kuasa Tuhan.

aku perlu berusaha dengan lebih baik selepas ini agar mendapat hasil yang terbaik. kerana hasil itu akan tentukan arah tuju aku selepas ini. aku tak kisah. keduanya tetap jalan yang menarik bagi aku. tiada apa yang boleh menghalang aku selagi aku masih ada tulang empat kerat untuk aku lakukan usaha.

tiba tiba aku teringatkan kata kata sahabat aku.
"tak kisah lah kita belajar dalam bidang apa sekalipun. yang penting kita ada ijazah."

aku hanya mampu tersenyum. berfikir sejenak. benar juga kata kata beliau...