2010/10/30

masalah normal

biasalah aku. dalam hidup aku satu perkara sahaja yang aku tak pandai nak uruskan.

DUIT. WANG. FULUS. PITIH.

penat lah fikir pasal tak ada duit. elaun dah habis. segan lah nak asyik minta kat mama je. mama dah banyak tanggung semua. dekat abah, hurmmm.. jangan haraplah. rasanya dah dua bulan dia tak tanggung aku. malas dah nak cakap. sendiri punya duit pun bukannya dia yang control.

haishhh. susah lah ada istilah 'bapak borek anak rintik'. anak dia pun tak pandai nak manage duit sendiri. sama je macam bapak dia.

fuck.

banyak hal yang aku nak kongsi sebenarnya. tapi, sampai situ jelah. hal hal keluarga simpan sendiri lah. tak payah nak kecoh lebih lebih.

oh ya. sebenarnya aku tak reti nak rindu ahli keluarga sendiri. macam mana eyh?

ayat aku agak kurang ajar kan?

senyaplah.

lain pula yang disampaikan

aku mula mula nak kongsi pasal kegembiraan aku.
tapi...........
ada seorang makhluk ini mengganggu kegembiraan aku.

lu kasi potong wa punye happiness mehhh !! grrrrrrr.


2010/10/26

otak kabur

setiap kali aku membuka laman ini. fikiran aku terhenti. tak tahu nak kongsi apa dengan kamu kamu semua. bagi aku sepanjang minggu ini tiada apa yang menarik untuk aku kongsi dengan kamu kamu. mana tak nya, masing masing sibuk dengan perihal mengulangkaji pelajaran akhir minit. almaklumlah, minggu peperiksaan lah katakan.

adalah dalam beberapa perkara yang aku nak kongsikan.

acara peperiksaan aku setakat ini berjalan dengan lancar. cuma, matematik seperti biasa aku memang kurang pandai dalam menyelesaikan masalah nya. haishhhh.

aku nak cakap. aku sayang kawan kawan aku :)

aku bersama sama makhluk hijau dan kucing mulut besar bercadang nak pakai gigi besi. sengaja cari pasal bagi mulut terkoyak. haha !

ikan sepat, aku minta maaf kalau entri aku yang lepas boleh mengkantoikan kau :P

teman sebilik aku sudah pulang. lepas ini, tak payah aku susah susah kunci pintu lagi bila nak pergi mandi. :D

aku ada 7 tiket percuma persembahan Deria Keenam bertempat di Auditorium Perdanasiswa bersempena Digi punya apa entah program. bersuka ria selepas mengkaji alam sekitar di seluruh Universiti Malaya pada pukul 4 petang. makhluk hijau, kuih apam, kucing mulut besar, badut cantik, abang sosa dan abang kamera kita layan puas puas ya nanti walaupun aku tak berapa tahu sangat lagu lagu Deria Keenam itu.

oh ya. semalam aku kena hack lagi. =.=

ada khabar daripada brader sahaq.


anda memang berbakat brader sahaq. cayalahhhh!
lagu ciptaan sendiri memang terbaik.
lepas ini boleh buat lagu penuh pula.
ada masa kosong kena penuhkan.
aku sentiasa sokong kau daripada belakang.
(^_^)

2010/10/23

dikala senja menanti maghrib

bermula jam 3 hinggalah kini. aku tidak menyentuh sebarang buku melainkan mukabuku aku sebagai buku sampingan aku setiap masa. bukan apa, mukabuku merupakan buku yang senang untuk dibaca dan sangat menarik. malam nanti baru aku belajar, apa itu matematik. hahaha!

oh. aku tak solat asar lagi. tak apalah. jam 6.30 nanti aku solat.
=.= apa punya manusia. lewat lewatkan solat lah pula. macam mana kau nak masuk syurga kalau perangai macam ni.

seronok nya aku tengok rakan sebilik aku tidur. penat. jalan kaki balik daripada perpustakaan.

aku rasa macam aku tengah merepek makan kerepek.

blurrrrrrrrrrr =.=

2010/10/22

apabila melintas dijiwa dan fikiran

susah jadi orang yang tak berduit ni. kalau asyik minta kat mama je, rasa macam apa je. segan lah kan? minta maaf lah mama, mama ada anak yang boros ni. tak macam adik. dia pandai simpan duit. perangai kami memang jauh beza.

nak minta duit kat abah? banyak hal lahhhhhhhh.

bila nak hari ahad ni =.="

aku belajar matematik hari ni. nampak nya aku rasa aku boleh jawab soalan peperiksaan nanti dengan baik. harap harap macam itulah. seperti biasa, sabtu ada kelas. dan aku sekarang malas nak buat redo yang berlambak tu. board dengan kertas tengah ready tuh. orang yang nak buat kerja nya malas lah pulak. adoyaiiii.

oh. lupa. aku tak solat maghrib lagi. sekejap.
..............................
...........................................
......................................................
..............................................................

kembali menghadap laptop kesayangan aku. aku teringin nak bagi nama kat laptop aku ni. tapi tak ada nama yang sesuai untuk beliau. haha.

sambil peluk bintang aku. aku tengok dah lunyai dah rupa dia :( ALAMIEN ZULFISHAH aku nak bintang baru tahun depan. kali ni nak warna kuning lah. beli yang besar punya tau. kau dah janji kalau aku dapat 4RATA kau nak kasi yang besar punya. sayang kau sangat sangat lah. kau lah manusia terbaik dalam hidup aku. aku rindu nak nangis depan kau. rindu nak sembang banyak banyak dengan kau. rindu nak gelak besar dengan kau. hari tu jumpa sekejap je. tapi aku seronok. kau memang ikan sepat aku :)
oh. ya.
pesanan untuk kau. kau kena jual salah satu Lamborgini kau. susah lah nak jaga dua dua. Lamborghini yang cepat rosak, lebih baik kau jual cepat cepat. nanti rugi. kau jangan fikir banyak. kita sama sama nak exam kan?
lagi satu, kalau kau nak berubah jadi pendiam, aku tak kisah. tapi jangan lah berubah bila dengan aku. aku suka kau yang banyak cerita. aku suka kau yang banyak kata kata.

chepam kata, "seronok lah ada bestfriend lelaki"

aku cuma senyum. memang seronok. kadang kadang tak sangka. entah. sebab ikan sepat tu je yang faham dan ikhlas nak berkawan dengan aku. orang lain tak pandai jaga hati aku dan aku tak pandai jaga hati orang lain. sebab itu, aku suka buat tak tau. senang cerita. tak payah susah susah.

........................

kita dah besar. boleh fikir yang mana baik yang mana buruk. kita bukan dalam zaman sekolah lagi. kat sekolah ramai yang boleh backup kita. tapi, bila dah tempuh hidup dalam U ni. kau kena pandai dan belajar apa itu erti berdikari. jangan nak ikut kepala sendiri. nanti boleh buat orang lain sakit hati. jangan sampai kau hilang kawan sudah. aku tahu aku bukan kawan yang betul betul memahami kau. tapi sampai bila kau nak berperangai macam tu? harap kau sedar je lah. aku tak pandai nak cakap macam mana.

aku teringin nak ada bestfriend perempuan. tapi tak pernah ada yang betul betul ikhlas dengan aku. :(