2011/02/28

pegang pada janji

minggu yang sangat sukses bagi aku.


TAHNIAH SYAZWANI AZHAR !! TAHNIAH !

terima kasih, terima kasih :D
aku sangat berbangga dengan diri aku.
aku bagi komitmen yang sangat tinggi untuk datang ke kelas dan kuliah dengan memenuhkan kehadiran dalam attendance list menggunakan jari tangan pegang pen tanda sendiri.
hohoho.

harap harap dapat laaa aku stay hadir sampai lah nak final exam ni.
ni betul betul dah, bukan main main lagi.

kesedaran aku lambat sikit nak sampai. berat. entah berapa megabytes pun aku tak tahu :P
almaklumlah, hidup dalam dunia sebagai manusia urban.
semua benda nak transfer guna bluetooth lah, infrared lah, bla bla bla....

p/s : PASUM memang hebat dengan kelembapan mereka. sial. aku dah mula fikir pasal result -_-

2011/02/24

penuh satu gudang

whoaaaa??? :O

sumber : google image

aku rasa pakcik google ni dah bodoh. tak faham bahasa agaknya.
aku minta gambar gudang, dia pi kasi aku gambar gudang garam.

aku perokok pasif, bukan perokok aktif macam abah aku.
semput aku dibuat beliau.
haishh..disebabkan itu impian aku nak jadi sprinter sekolah tak tercapai.
setakat lari lari lompat jatuh jatuh atas tanah aku boleh laaa...

hek eleh, kau tu dah laa pendek.
ada hati nak lari laju laju.
haha. bukan apa....
berbalik kepada kisah asal..

banyak betul dosa yang aku dapat petik kat kebun tadi. berbakul bakul. nak letak dalam gudang pun dah tak muat dah.
kena bina gudang baru. haha *dah macam main cityville pula :P

aku suka mengumpat, aku suka gosip :D
mengutuk orang memang terbaik.
puas.

tapi tapi..

umpatan aku akan berlaku sekiranya aku betul betul nampak perkara yang perlu digosipkan itu dengan mata lensa kepala kotak aku sendiri.
kalau tidak, aku hanya mendengar, mengiyakan, dan tanya betul betul kesahihan nya.
haha.

tapi ia tetap satu perbuatan yang ada dosa
tak de baiknya pun kat situ.

nak insaf?
memang tak lah.
sebab aku tak puas.

hey, manusia mana pernah puas dengan apa yang dia ada.

2011/02/21

Code Name Blue

kamu kamu patut tengok video nih dulu dan dengar betul betul. sumpaaaa aku rasa coooool.
haha


dah tengok?

kamu kamu mestilah tahu lagu Nobody by Wonder Girls tuh. popular kot. even sepatah haram kita tak paham kejadah dia nyanyi tapi boleh popular gila bagai. sampai lagu tuh ada banyak translation.

nasib baik lagu tuh diorang tak translate dalam bahasa Melayu. aku boleh rasa keburukan bunyinya. haha.

aku tak bermakna nak kutuk bahasa Melayu, cuma kalau nyanyi dalam bahasa Melayu tak rasa pelik ke? haha.

kat dalam video tuh lagu tuh jadi version rock. aku rasa sangat awesome. CN Blue sumpaaa terbaik !

aku memang dah agak lama bergelumang dengan korean song nih -_- lebih kurang dalam dua tahun yang lalu.

terima kasih kepada Najwa Husna sebab jadikan aku macam nih. tapi kau lagi freakkk bai. sumpaa kau memang gila. sampai semua budak dalam dorm Kekwa tu boleh terpengaruh dengan kau. cuma Teah lah, dia kental sikit. masih setia dengan Monyet Artik dia.

jatuh gilaa reputasi aku masa tuh. hilang segala imej Romansa Kimia Aku yang aku dah bawa selama 3 tahun. cissssss.

paling tak boleh blah, Catt Hamid, entah bila waktunya dan di mana beliau mula terjebak dengan semua ini aku pun tak pasti. sumpaaa hilang segala ke-handsome-an Noh Hujan yang beliau pernah ada suatu ketika dahulu.

salah satunya mungkin muzik.
muzik k-pop agak cool jugak. walaupun ada sesetengah yang meng-annoying-kan aku. tapi aku layan jugak -_-
aku rasa diorang nih pakai jampi serapah sambil nyanyi lah. haha.

aku tengah gilaaaa layan band CN Blue.
guitarist dia sangat coooool bagi aku.
akhirnya aku mengikuti langkah Joyeh untuk meminati band tersebut setelah mengutuk gila babi band tersebut di hadapan Joyeh.
cissssss lagi sekali.

aku nak berhenti layan k-pop.
sebab aku dah jumpa k-rock.
aku mesti tingkatkan kembali reputasi aku.
cari imej yang baru dan sesuai dengan keadaan aku sekarang.
tak nak jadi universal.

aku nak jadi manusia yang ada identiti dan personaliti yang tersendiri.
baru cool kan?

2011/02/20

balik rumah buat janji

sedapnya katil kat rumah. tilam empuk. tidur lena baii. haha
bantal lembut keliling katil.
jangan kamu kamu cemburu pulakkk.

mandi kat rumah sangat terbaik.
orang kampung kata, bilik air ada shower hujan. haha
segar bugar kepala otak aku.
semangat nak belajar datang tiba tiba.
haha... banyak lah alasan kau wani.
dah pemalas tu buatlah cara malas.
ceyh,
aku nak buat baik sikit pun tak boleh.

minggu ni sumpah aku teruk.
sangat sangat.
dalam satu minggu, 3 hari je pergi kelas.
dah dapat cuti percuma dua hari bonus hujung minggu dua hari bersamaan cuti 4 hari.
wahhhh.
tapi aku tetap tak puas. haha

aku nak buat perjanjian bertulis.
blog dan kamu kamu yang singgah masuk jadi saksi.

dengan ini memaklumkan bahawa
Syazwani Azhar yang perasan Stefani Fabulous
akan menjadikan minggu ini sebagai
kehadiran penuh kedatangan ke kelas dan kuliah
dengan suksesnya.
Sekiranya beliau memungkiri janji,
Stanley akan menjadi simpanan Adlyn Zuraimi.
menyiapkan segala bagai kerja tutorial Fatimah Razak.
wang fulus pitih akan dirampas oleh Farah Nazira.
dilarang masuk ke bilik Fatin Nabilah Jailani
selama 3 minggu.
-_-

nampak macam biasa jeh.
cuma yang akhir tuh macam pelik sikit.
tapi sangat berat tau hukuman tu bagi aku.
eleh, 3 minggu je apa lah sangat.
jangan nak kata 3 minggu,
3 jam Stanley takda depan mata boleh sakit aku.
jangan nak kata 3 minggu,
bagi 3 saat pun aku tak nak buat kan tutorial orang lain.
jangan nak kata 3 minggu,
3 minit duit takda boleh naik gila kepala otak aku.
jangan nak kata 3 minggu,
aku memang suka masuk lepak lama lama bilik chepam tuh,
entah apa yang best pun aku tak tahu.
HAHAHAHAHAHA !!
psst..psssst..
minggu ni je tau.
minggu lain aku tak boleh nak janji.
haha.
nampak macam bodoh.
nampak macam budak budak.

eh eh, suka hati aku lahhhh
manusia semuanya hipokrit jangan nak kritik.

2011/02/16

sentapan

sial. aku tersentap lagi.
kenapa dua tiga menjak nih aku cepat terasa hati?
aku tak terasa kalau orang cakap depan.
tapi terasa apabila cara yang digunakan itu bukan dari mulut sendiri tapi menggunakan medium lain.

ishhh. peliknya aku ni.

rasa macam takda kena mengena dengan aku....kot.
tapi kenapa mesti aku yang terasa hati.

sial.
reputasi aku jatuh lagi.

setelah sekian lama baru aku sedar, kenapa aku rasa pelik.

rupa rupa nyaaaaaaaaa,

sumber : facebook

aku rindu nak gelak ketawa suka duka sembang gembira bersama
ALAMIEN ZULFISHAH

hidup aku kosong kalau takda senda gurau kau.
kau sahabat terbaik yang aku ada.
eh, aku agak emosional.

kenapa eh kenapa?
simpton dalam badan masih belum stabil..kot.


p/s : macam dah lama sangat tak keep in touch dengan kau, fish.