2011/12/31

Last Entry.

yeahh. aku post lagi entri untuk kali kedua.
tapi kali ni special sikit.
ceh. poyo.

entri kali ni untuk kawan kawan.
untuk kawan kawan yang aku cherish sepanjang 2011.

FatimahRazak, AmzarShamsulkamar, AdlynZurami, FarahNazira, AfiqFawwazAzaha, FatinNabilahJailani, SirhanFaris, HaslyzaHashim, AlyaRadzuan, AlamienZulfishah, SyazanaAbuHanifah, HaiqalShofi, AbdulRahmanOthman, NurAsiqah, AbdulWahab, KhaiSyafiq, EzatIzwan, SyuhadaMokhtar, SitiAisyahRosni, NurSyahirah, AkramZainal. 


haha. korang terbaik sebab bagi gelak tawa senyum bagai kat aku sepanjang 2011 ni.

kalau ada yang tak tersenarai tuh mungkin moment korang dengan aku tak beri impak pada aku sepanjang 2011 ni kott. HAHA.

untuk yang di Twitter, aku ucap terima kasih sebab follow aku even aku selalu banyak tweet bende merepek repek ke, mengadu ape ke, haha. terima kasih juga kepada rakan rakan Twitter yang layan tweet aku tuh. HAHA. 






p/s : susunan nama tak memberi apa apa makna. yang ditulis dahulu itulah yang dalam fikiran aku mula mula :P

Twenty Eleven

dua puluh sebelas.
oh. tahun baru dalam beberapa jam sahaja lagi. new year aku menapak dalam bilik je. muhasabah diri bila nak berubah. HAHA

aku harap 2012 ni, lebih ke arah yang lebih baik. sebab 2011 aku agak stabil, so 2012 ni nak lagi baik lah kan. hewhew.

actually, aku tak pernah letak azam apa apa pun masa 2011. jalani hidup macam biasa jeh.
tapi 2012 ni, aku nak letak azam.
azam aku, belajar simpan duit elok elok. belajar jimat cermat.
ceh.

Review cerita 2011.

Diri Sendiri
tahun ni jugak aku tamat asasi, dan tahun ni jugak lah aku masuk 1st year degree. disebabkan result aku tak lepas untuk dapat course Quantity Surveying, so, aku dapat course Estate Management yang juga dikecam hebat oleh Maksu aku. haha. yelahhh. mak sedara mana nak tengok anak buah dia sama dengan dia. kalau boleh dia nak anak buah dia ni ambil course lagi tinggi daripada dia. tapi nak buat macam, salah aku jugak sebab ikut kata hati. tapi apa apa hal pun Maksu still lagi support aku, selalu pesan suruh belajar betul betul.

tahun ini jugak lah, aku masih lagi menapak belajar dekat dalam UM. nak merantau pun buat apa. dok jelah belajar kat KL ni haaa. semua ada. senang. haha. tapi masa mula mula masuk dulu, aku banyak komplen lah jugak apsal lah diorang ni campak aku kat Kolej 3 -,- jauh dengan fakulti pulak tu, fasiliti kurang, tapi nasib baik dekat dengan kolej kolej lain macam 7th dengan 4th. at least area sini nampak meriah and aku pun ada banyak kenal kawan baru :)

oh ye. tahun ni jugak, sepanjang tempoh 5bulan sebelum masuk UM, aku kerja part-time kat Auntie Anne's. niceeeeee. haha. aku belajar macam mana nak layan customer, kadang kadang kira stok, susun stok bagai. belajar bikin pretzel. hehe. sepanjang temph tu jugak semua pretzel aku dah belasah makan. semua flavor aku dah rasa. lepas berhenti kerja situ, aku dah tak sangat beli pretzel. haha. dulu senang makan free free siap badan aku boleh naik sampai 4kg. tak ke nayaaaa je tuh. haha.

Family
takda benda sangat kott. tapi tahun ni jugak lah aku first time sambut raya kat Kelantan dengan mama aku. sebab aku dah janji dengan mama nak raya kat sana. tahun ni jugak, first time tak raya kat Kuala Kangsar. biasa nye itulah kampung yang aku akan balik. haha.
relationship aku dengan mama and adik just nice. just okayy. selama sebulan aku menapak kat Kelantan tuh. mula mula tensi lah jugak sebab tak biasa dengan environment tempat dengan orang orang kat situ. tapi lama lama okay lah jugak. saudara mara kat sana semua kenal aku -,- sampai ada yang aku langsung tak ingat or tak kenal tapi ingat pulak aku. tapii seronok jugak ada sedara ramai ramai ni. haha.

relationship dengan abah biasa biasa jeh. cuma aku tak boleh buang tabiat aku yang tak suka balik rumah bila weekend ke or bila public holiday. 
entahlah. selagi boleh aku tak nak balik rumah. aku prefer balik rumah Mak Yang aku or Mak Su aku. tak tahu lah kenapa. rumah family sendiri tak nak balik. haihhhh.
nak dekat dua bulan lah jugak lah aku tak menapak balik kat rumah tuh. 2012 ni mungkin aku akan cuba balik rumah selalu. tengoklah macam mana :/

Kawan-kawan
kawan kawan aku semuaaaaaaaa nice and bestttttt !! haha. setakat gaduh kecik kecik tuh ade lah tapi boleh setel. tahun ni jugak, kitorang buat trip pi Port Dickson, siap bbq tepi pantai. haha. seronok :D
ada jugak jumpaa kawan lama time sekolah dulu dulu. tetap best bila bawak sembang sembang. tak berubah pun. haha. tak banyak sangat nak cerita pasal kawan kawan sebab relationship aku dengan diorang okay je.
tapi ape apehal pun aku nak mintak maaf kat korang kalau selalu sangat terlepas cakap ke or ada buat korang terasa hati. walaupun kadang kadang aku memang sengaja pun cakap lepas dan sengaja nak bikin korang terasa hati. haha. bukan apa. biar korang tahu silap korang. korang nak tegur aku pun tadehal lah kan. macam lah korang tak kenal aku macam mana.

dan juga semester ni aku join SUKMUM. masuk sofbol dengan bowling. best! hehe. time tu lah dapat kenal ramai orang, dan team sofbol aku tuh just lepas masuk quarter final je. haha. kalau bowling pulak, aku dapat nombor 7 jehhhh. HAHA.
thanks pada korang yang datang jenguk aku main bowling. HAHA. tak sangkaaaaaaaaaa :P

2011 jugak aku aktif ber-tweeting. haha. member member TiKL yang tak rapat mana pun boleh jadi rapat. daripada tak kenal sangat boleh jadi sembang sembang sakan. haha. niceee. kadang kadang social network ni ada kebaikan nye kan? 

oh. lastly. wish me luck for this semester final exam. cuakkk bebehhhh. tak tahu lah kenapa. hope boleh jawab dengan baik. lecturer pun jangan lah bagi guwa soalan belit belit. HAHA.

okay. starts to count down everybody :)


2011/12/27

Get to know yourself better

tadi aku baca blog catthmd.
aku klik link tu.
tak pasal pasal aku pun terjebak and terpengaruh nak join test tu. HAHA

ini link nyee http://www.quizbox.com/personality/test82.aspx 


lepas jawab soalan dia yang pelik pelik tu. ini lah yang aku dapat. 



Your view on yourself:
You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties.


# ye. aku agak straightforward. tapiii hurmm, about problem solver, dulu aku mcm ni lah, tapi skrg malas dah nak involve sangat bila ada dua kawan gaduh ke misunderstanding ke, diorang dah besar, biar diorang selesai sendiri, biar diorang yang buat keputusan. walaubagaimanapun, aku akan betul betul masuk campur bila masalah tu lama sangat nak setel. HAHA.





The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:
You like serious, smart and determined people. You don't judge a book by its cover, so good-looking people aren't necessarily your style. This makes you an attractive person in many people's eyes.


# haaaa, yang ni betul. sangat sangat. HAHA. aku suka this kind of person. nampak karisma seorang lelaki owhhhhh. baru niceeeee.





Your readiness to commit to a relationship:
You prefer to get to know a person very well before deciding whether you will commit to the relationship.


# err. mungkin lah kott. entah lahh. guwa tak pernah bercinta. mana guwa tahuuu. 





The seriousness of your love:
You are very serious about relationships and aren't interested in wasting time with people you don't really like. If you meet the right person, you will fall deeply and beautifully in love.


# ini pun mungkin jugakk kott. entahh lerr guwa pun belum sampai tahap nak ada relationship ni, entah serius ke tak aku ni, itu pun tak pasti. 





Your views on education
You may not like to study but you have many practical ideas. You listen to your own instincts and tend to follow your heart, so you will probably end up with an unusual job.


# err yang ni, entah aku nak mengaku ke tak. aku memang tak suka sangat nak study. sebab tuh dulu niat nak ambil architecture. tak payah study mana, just study untuk cari idea. tapiiii padah bila dulu dengar kata hati, macam ni lah jadi nye sekarang ~~~~ 





The right job for you:
You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.


# lepas grad, tengoklah aku kerja apa nanti. hewhew





How do you view success:
Success in your career is not the most important thing in life. You are content with what you have and think that being with someone you love is more than spending all of your precious time just working.


# aku kurang setuju. bagi pemikiran aku sekarang, career lebih penting. tak jemu ke kalau asyik spending time dengan husband/boyfriend. tolonggg laa wehhhh :P





What are you most afraid of:
You are concerned about your image and the way others see you. This means that you try very hard to be accepted by other people. It's time for you to believe in who you are, not what you wear.


# herherher. yang ini aku 100% setuju. tapi bukan imej dari segi pemakaian tapi imej dari segi personaliti. ha? ha? ha? korang paham tak maksud aku? 





Who is your true self:
You are full of energy and confidence. You are unpredictable, with moods changing as quickly as an ocean. You might occasionally be calm and still, but never for long.


# no komen. macam tak betul jeh. memandai kau je tahu true self aku macam mana, puihhh !




dah. sambung study property. banyak topik nak kena cover. 


chow.



2011/12/26

Kertas Jawab


aku tak stress pun.
tapi entah kenapa rasa cuak tu mesti ada.
padahal exam seminggu lagi.
padahal dari sekolah rendah sampai asasi dulu still jawab exam jugak, 
tapi entah kenapa, rasa macam tak biasa.

mungkin 1st degree exam kott. aku tengok soalan past year memang susahh :/
maksud aku soalan dia kita tahu jawapan nye, tapi cara nak menjawab nye kita tak confirm.
ha? ha? ha? macam mana tu?

pening. 

mungkin efek 5 bulan cuti kott.


just a nice story line.

#nowplaying Only Hope by Mandy Moore

nothing much.
writing about it while listening to the song.
such an inspiration.

It can be predicted.
Life for along upcoming week.
Full of papers, everywhere in each corner of the room.
Hey, I'm a tidy person.
Neat.

Pray a lot, hope for a reasonable success.
not expected too much.

The spirit must be always consistent.
That is one of the key.

waking up a little bit late
the letter that I have been waiting for so long
at last, it come to me.

surprising,
after a few arguments,
deciding on one decision.

you will find the lights at the end of the dark.

after the moment,
the wonderful story bring a happiness.
smile, smile, and smile.
smile like a fool.

p/s : thump thump !

p/s : ape yang aku merepek ni? 

p/s : padah lama tak update blog, idea hancur berkecai.