tadi kemas kemas rak komik aku. berhabuk.
tengah syok syok susun komik aku, tiba tiba jumpa kertas terselit.
kertas masa zaman aku umur 16 tahun -_-
sedar pun yang aku ni dah semakin meningkat usia. entah bila nak berubah.
ok ok. kembali ke pangkal jalan. nak cerita pasal ubah diri sampai esok pun tak habis.
atas kertas tu tertulis wishlist aku ketika itu. apa yang aku hajatkan apa yang aku impikan. semua yang aku hajatkan boleh diterima logik akal. jangan risau. haha
aku saja saja nak kongsi. mana tahu kamu kamu boleh tolong aku penuh kan hajat aku.
oh ya. aku ada tokok tambah sikit. sesuai dengan apa yang aku hajatkan sejak aku mula sekolah menengah sampailah sekarang.
My WishList :)
- laptop sendiri
- mp3
- miliki sebuah henfon motorola RAZR (dah kena curi -_-)
- koleksi komik karya Zint
- koleksi komik Lawak Kampus
- kumpul semua album My Chemical Romance
- pergi Genting Highlands
- pergi Pulau Sipadan
- jadi arkitek
- jadi lecturer
- masuk sekolah teknik
- jadi civil engineer
- dapat dorm Kekwa (hajat masa kat sekolah teknik dulu)
- jadi kooperz. yeah !
- dapat 8A ke atas dalam SPM
- wajib turun Makkah buat haji
- nak pergi umrah 3 kali
- khatam tafsir al-Quran
- keliling satu Malaysia
- keliling Europe
- well-speaking in English
- miliki sebuah kedai bakeri dan studio jamming sendiri, business partner dengan Alamien Zulfishah. wee :)
- miliki sebuah kereta Audi
- miliki aset daripada Sime Darby Property
- bermaustatin di United Kingdom dalam jangka masa 7 tahun
- nak pergi Old Trafford
- nak naik cruise
- aku nak beli pakai henfon HTC
- kumpul semua filem lakonan Johnny Depp
- kumpul semua drama lakonan Baim Wong. haha !
- nak belajar tunggang kuda
- nak pergi Guangzhou
- belajar bahasa Mandarin
- nak pergi Disneyland
- belajar berenang
- mahu hebat memasak dalam segala jenis masakan
- oh, nak rantai perkahwinan bukan cincin perkahwinan
- nak lesen kereta :(
- belajar salah satu instrumen muzik - gitar, keyboard or drum
- belajar memanah
- nak lawat Niagara Falls
- nak lawat Grand Canyon
- nak pelihara seekor kucing macam Garfield :D
- nak pergi i-City -_-
- holiday dengan RETRONESS :D
- jadi quantity surveyor yang berjaya
- mendapat gelaran SR
tak banyak mana lah kan. biasa biasa jeh hajat aku. haha. tuh je laaa kot. haha
ada yang dah tercapai, ada yang belum, ada yang sedang diusahakan, ada yang terpaksa dibatalkan.
bangan byk gile, hahahaha
ReplyDeletebyk yg berjaya, well done! :)
ReplyDelete