2011/04/25

the Thypoid Injection + Kedai Makcik Anne

Ho ! Ho ! Ho ! Ho ! [gelakgayaSantaClaus]

ok ok.
aku keluar menghidu kota raya Kuala Lumpur pagi tadi.
ye. pagi Isnin merupakan waktu waktu yang lengang di Kuala Lumpur dan waktu waktu sebegini sangat sesuai untuk membeli belah. haha.
tapi..takda duit nak shopping lahhh :P
kalau nak diikutkan jadual aku hari ni. aku kena turun klinik ambil suntikan.
wooo...kalau dengar bab bab nak kena inject nih mesti ada yang takut takut.
tapi aku cooool jeh. background family semua kerja kat hospital, apsal aku nak cuak pulak kan. jatuh lah reputasi.

untuk pengetahuan korang, semua pekerja dalam bidang makanan sahaja di area Kuala Lumpur wajib buat thypoid injection.
DBKL wajib kan suntikan itu sebab ada masalah kesihatan dan kebersihan di sesetengah kawasan di Kuala Lumpur lebih lebih lagi area Brickfields dengan Damansara.

tapi...sumpaaa bikin susah lah. nak kerja kena pergi inject dulu. after that, baru boleh masuk kerja -_-

aku dapat kerja kat Pizza Hut, tapi akak manager tuh cakap before masuk kerja kena pi inject dulu. aku coool je lah bila dengar wajib kena inject tapi leceh lahhhh. kena pi klinik.

tensi tensi.

oleh itu, pagi tadi aku geraklah sorang sorang pi Klinik Kesihatan Dato' Keramat. akak manager Pizza Hut tuh cakap kat situ ada buat injection tuh. layannnn jelaaahh kan.
alih alih aku sampai jeh kat kaunter klinik tuh, akak nurse tuh cakap kena pergi Klinik DBKL Cheras sebab diorang dah tak buat dah injection tuh tapi satu satu sahaja klinik yang guna pakai injection tuh hanyalah di Cheras.

memang bikin aku panasssssssss. aku punya fizikal dan mental betul betul dah ready nak kena cucuk dengan jarum tuh, tak pasal pasal punah macam tuh jeh...

haishhhhhh...

masa tuh aku rasa nak tukar kerja jeh. leceh lah nak inject inject. tapi still, aku nak kerja kat dalam bidang makanan jugak sebab passion aku terhadap makanan sangat tinggi. HAHAHAHA !!
almaklum lah, empunya diri dah suka makan. nak buat macam mana kan.
tapi kawan kawan aku ada suggest suruh aku kerja kat butik. tapi boring lah. aku tak suka.
ye. aku sangat cerewet. maaf ! maaf !

aku malas nak balik rumah dulu. jalan jalan jap. tengok kota lumpur ni kalau kalau ada perubahan lah kannn...
pusing punya pusing aku nampak McDonald, aku nampak Burger King. arhh. macam susah pulak.

then aku jumpa Subway. hurmmm, aku pun try test rezeki kalau ada kat situ. hampaaaa :(
aku nampak Old Town White Coffee..teragak agak nak pergi. cancel last minit.

then, aku nampak ada harapan kat Auntie Anne's and yayyyyyyyy !! i got the job bebehhh !
the Miss Manager says, "tak payah buat injection lagi, masuk je kerja dulu then kami akan bagi cuti untuk u pergi buat injection."

HAHAHAHAAHA !! lepas nih aku mungkin boleh belajar macam mana nak bikin pretzel. hohohohoho. coool yawwww ! this Wednesday dah boleh masuk kerja. huhu.

serius. boring duduk rumah.

Adlyn Zuraimi...don't be jealous.
hari hari aku makan pretzel sampai naik jemu.
:P

p/s : the location of the Auntie Anne's will not be reveal. mampus lah aku kalau jumpa dengan korang. confirm confirm kena bahan -_-

3 comments:

  1. sooner or later it'll be revealed! HAHA lainlah kalau kau benti kerja awal kann. HAHA

    ReplyDelete
  2. best gila buat pretzel!!! saya jeles!!! oh, nanti buatlah untuk kami kalau taknak ajar pun.. Xp

    ReplyDelete
  3. dah tau katne. jangan risau aku bawak gang kasi GEGAR !!!! :DDDD

    ReplyDelete