2011/05/03

bila fulus depan mata...

aku off hari ni. dapat lah rehat satu hari. dapat online satu hari. hihi.
aku online seminggu sekali lah sekarang. balik kerja dah penat. tidooo.

nak kongsi cerita.
kisah dua hari yang lepas. hari ahad.

hohohohoho.

sebagai staff kat shopping complex nih. aku tabole keluar masuk sesuka hati. kena masuk atau keluar ikut staff entrance.
tapi ada aku kisahhh??
haha. aku nak ikut rules tuh memang tak lah.
leceh lahhh.
haha.

macam biasa. rest satu jam. tiap tiap petang layan Hot&Roll. petang tuh aku makan bbq chicken. tapi crispy pizza jugak yang terbaik.

aku makan kat luar. aku ada satu port yang terbaik untuk lepak sorang sorang. haha. masa nih lah kredibiliti aku menjadi seorang observer terserlah. tengok manusia manusia punya gelagat.

aku akan duduk kat situ setengah jam.

aktiviti pemerhatian pada hari tu aku sangat cool-sumpahterkejut-awesome habis :D haha

aku baru habis layan Hot&Roll. main lah game Magic Sushi dalam fon nih jap. layannn. last2 aku kalah jugak -_- haha.
tengok kereta lalu lalang. hari yang agak tenang. angin tiup tiup sebab hari macam nak hujan.

aku nampak sorang makcik India dengan anak anak dia lintas jalan. tengah tengah lintas jalan tuh duit duit dia berterabur atas jalan. sumpaaa mulut aku ternganga masa tuh. paling tak leh blah.. makcik tuh boleh tak perasan. aku nak tegur tapi dia jauh. aku buat tak tahu jeh lah kan. orang keliling aku semua macam tak perasan. aku dah mula naik pelik. diorang nih nampak ke tak duit atas jalan tuh.

aku dah mula fikir, "nih rezeki ke musibah nih, duit tuh bai. tak ambil rasa rugi, ambil kang rasa bersalah pun ada, plus, tak tahu lah berdosa ke tak. haram ke halal ke, aku tak tahu." haha

aku kira kira RM85 atas jalan. mata aku pandang not RM50 jeh. tak alih pun. haha. boleh dapat kasut sepasang kalau aku mahu. haha.

tapi masalah nya duit tuh betul betul atas jalan. bila kereta lalu, melayang layang duit tuh. orang keliling aku macam tak nampak jeh.

15 minit jugak aku pandang. haha. mula mula ada mamat indon lintas jalan, kaki dia betul betul sebelah duit tuh. mat indon tuh boleh tak perasan bai.

hati aku dah macam, "gilaaaa arhhh, 5o ringgit tuh baiiii"

last last ada pakcik lalu. selamber jeh dia ambil dengan not RM5 sekali. terus simpan dalam poket. sah sah dia ada RM55 dalam tangan sekarang -_-

dalam hati aku dah fikir, "tak boleh jadi nihhh" haha.
tinggal RM30 lagi jeh atas jalan tuh. lagi 10 minit waktu rest aku nak habis. then, aku matikan jeh lah niat nak amibil duit tuh.

then, ada couple lalu. boifren dia pun selamber jeh ambil RM20 terus simpan dalam poket jugak. siot.

tinggal lagi RM10 atas jalan. entah jadi milik siapa lah pulak lepas nih. last last aku anggap jeh lah macam hal tuh tak pernah berlaku dalam hidup aku.

aku balik sambung kerja, dengan hati yang agak kecewa. HAHAHAHA !!

aku budak baik, aku eksyen, tak layannn duit atas jalan :P wek wek !!
haha.
ini first time aku ada pengalaman macam tuh.
walaupun tak besar mana nilai duit tuh. tapi ia tetap duit. boleh beli macam macam jugak.

money is not everything, but everything needs money, and it always correct.

kalau korang nampak RM50 atas jalan tak kan nak buat tak tahu jeh kot. ambil je lah kan. sebab kita tak tahu siapa punya.

cuma aku jeh yang tak ambil, mungkin sebab aku saksi dan tahu siapa pemilik dia. haha.

1 comment: