2012/02/02

Filem Seram


KERAMAT? HANTU DALAM BOTOL KICAP? SUMPAHAN KUM KUM?
stop the nonsense lahhh. balik balik filem cerita hantu. takde produk lain ke yang korang nak ketengahkan? aku nak juga lah support filem local tapi kalau balik balik filem hantu baik tak payah lah wehhhh. sebagai penonton aku teringin nak tengok kalau dalam sebulan tuh takda filem hantu yang kena tayang boleh tak? haishhh.

secara positifnya aku tabik filem negara seberang, aku tahu pasal nih pun sebab ada iklan Astro First. filem HAFALAN SHALAT DELISA. filem tentang bencana tsunami yang menimpa kat Acheh then ada kisah sorang budak perempuan yang terselamat dan seterusnya lah. nice what kalau filem local kita ada ketengahkan pasal ilmu agama kita ke or kehebatan ALLAH SWT ke or keinsafan seseorang insan ke dan seterusnya lah. balik balik nak tayang ilmu setan ni. aku tak paham apa yang diorang cuba nak sampaikan.

aku tahu yang dia cuba nak tunjukkan bahawa salah bila kita tuntut ilmu hitam or menyimpang dari agama kita sendiri, tapi apa salah nya kalau ketengahkan dalam cara yang lain. bagi aku diorang setakat nak kejar rating or nak kejarkan duit hasil tayangan wayang dan sebagainya, bukan betul betul nak sampai kan mesej dalam filem tuh. serius tak bagi impak pada penonton pun aku rasa.

ye ye aku tahu aku bukan peminat filem seram dan aku anti sikit filem seram or hantu ni, bukan apa bila benda aku dah tak takut jadi takut pulak. lagipun aku biasa jeh keluar pi toilet pukul 3 4 pagi, tapi lepas tengok movie movie macam ni, perkara yang aku selalu buat jadi lain pulak. haa, mula lah pikir macam macam kat toilet nanti. itu semua yang berlaku kat kebanyakan kawan kawan aku. bila malam layan movie hantu, lepas tengok, takut pulak nak pi toilet. haishh.

lagi satu, pada pandangan aku, cerita macam ni boleh goyahkan iman jugak lah aku rasa. bukan apa sepatutnya kita takut pada yang satu tuh bukan makhluk yang buruk ni. kita takut dengan hantu ni tapi takut kita pada ALLAH macam kurang pasti. ye tak? boleh jadi macam tuh jugak kan?

p/s : filem Khurafat is the first and the last aku tengok kat panggung.