2012/09/14

Kiri Kanan Pusing.

semalam aku rasa macam sial. menulis tak tentu pasal =.=

abaikan.

hari ni takda kelas sampai Isnin depan, 4 hari cuti, guwa boleh bersenang lenang.
apa nak dibuat hujung minggu?
duduk dirumah sahaja. biar kurang bersosial, tak membazir banyak mana.

aku dah buat keputusan.

mohon pengetua kolej 7 tolak surat rayuan aku.

tapi kalau diterima,

kalau diterima...

bertandanglah aku di kolej tersebut.

oh. dilemma lagi.

serabut kepala otak woii.

Jangan Pandang Belakang :O

aku bukan buat cerita hantu.

aku ada masalah.

tipikal. semua orang ada masalah, langsung tak boleh lari daripada masalah. masalah aku, aku suka pandang ke belakang, selalu juga pandang ke depan, cuma yang di belakang itu, penuh dengan 1001 penyesalan.

ini adalah satu tabiat yang buruk ye kawan kawan.

hmm. tabiat? macam tak sesuai. apa apa je laaaaa

aku suka teringat masa lalu, bila nak buat satu satu keputusan, aku lebih memilih untuk tengok apa yang ada dibelakang daripada di hadapan. haaaa masa tuu mula laaa ada kamera buat flashback. dengan secara sengaja atau tidak sengaja, perasaan sedih tu datang berlumba lumba.

sakit woii.

bukan apa, susah nak jangka apa yang akan jadi bila pandang ke hadapan, tetapi itulah cabaran, itulah juga ujian yang Allah bagi.

senang cerita, aku tak mampu.

bila kita bersusah payah, letih penat sakit semua ada. bila dah berjaya, bila bila masa je kejayaan dan senang lenang itu boleh hilang dengan sekelip mata. aku takut, takut nak tatap saat saat tersebut.
memanglah aku belum lagi mencapai apa apa kejayaan yang besar, tapi aku selalu terfikir. boleh ke aku hadap ujian macam ni. aku tabah, tapi aku tak kuat. haa acaner tu? hmm.

akan tetapi Allah takkan uji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Ini yang aku selalu ingatkan dekat diri sendiri.

aku bertuah sebab tak pernah hidup susah. tapi aku tak bertuah dari segi perasaan emosi, dari segi perhubungan.
bila menangis tak berhenti henti, satu perkara sahaja yang mampu buat air mata ni mengalir macam sungai, cuma satu perkataan.

KELUARGA

sebab itu aku pilih RUMAH.

daripada kecil sampai sekarang, aku tak pernah dapat rasa that bond. entah. mungkin ada, tapi aku tak rasa. i wish miracle happen but that miracle would never be. selalu jadi angan angan sebelum tidur.

haha. that ujian, Allah bagi pada aku since aku 6 tahun, sejak itu aku dah faham apa itu maksud REDHA. bila dapat tahu, aku tak sedih, aku tak marah, aku tak rebel. aku berterima kasih dan bersyukur sebab akal fikiran minda aku terbuka lebih luas daripada orang lain.

tapi aku sakit hati sebab rasa sedih dan marah itu datang 10 tahun kemudian. satu jangka masa yang sangat panjang, terlalu lama. ini semua kerana aku cemburu dan dengki dengan orang orang lain, itu yang syaitan sukaaa sangattt.
tapi aku dah faham apa itu redha.

Semua yang terjadi memang betul betul ada hikmah. Mama cakap, dia bersyukur sebab dia dah nampak hikmah untuk dia dengan segala yang terjadi, aku pun dah nampak apa hikmah yang Mama dapat. boleh nampak rasa tenang dekat air muka Mama.
Untuk aku, hikmah itu belum sampai sampai lagi, mungkin belum kunjung tiba, tetapi aku akan sentiasa berdoa dan menunggu dengan sabar, aku yakin hikmah itu sangat bermakna untuk aku. Hikmah itu rahsia Allah, Allah tahu apa yang terbaik buat aku :)

2012/09/10

New

New semester, new class, new lecturer, new boyfriend? ehh.

HAHA.

nothing much. sebelum pergi kelas ni aku nak lerr jugak update blog ni. anyway, today is the day to start this new semester. harap semua semua nye indah indah belaka dan manis manis sahaja.

err.

selamat berjuang.






kbai.




p/s: nak jumpa kawan kawan :D

2012/09/02

Early September, Going Home :)

oh ye. September datang secara kebetulan bersamaan dengan niat aku untuk tulis blog semula.

kita ada jodoh rupanya. HAHA

esok guwa balik kotaraya tersibuk di Malaysia iaitu Kuala Lumpur ibu kota tercinta. Lepas ni hidup guwa dah tak sihat sebab hirup udara kotor. kat Kota Bharu ni tak membangun mana, so tak banyak asap.

oh. dah sebulan lebih aku tinggal kat Kelantan. tinggal dengan mama sebulan. aku tak macam orang lain. jumpa mak setahun sekali. aku tak nak buat cerita sedih.

dah lama lama aku realize seronok duduk kampung kat sini, kampung kat Pasir Mas. mungkin sebab saudara mara belah mak aku ramai. ramai sangat sangat. bila hari raya mesti gather and nampak meriah. duit raya pun bertimbun timbun naaa. HAHA

banyak pengalaman. especially adat masyarakat kat sini kenduri kahwin. sangat laa lain dan aku tak biasa. nak explain lebih lebih aku tak reti sangat term term adat melayu Kelantan ni. haha. bila kenduri je mesti wajib buat gulai daging dengan ayam masak merah atau ayam percik tapi kuah putih tu. aku gelar kan white percik chicken. HAHA. sedap. lemak berkrim disukai ramai. aku tak pernah jumpa kat belah belah pantai barat semenanjung. lagi satu white percik chicken tu tak pedas. maklum laa most Kelantanese tak makan pedas.

oh ye, ada orang panggil Ayam Percik Putih atau Ayam Percik Kelate.

ayam percik putih
kalau kau belah belah pantai barat ni, ayam percik kuah pedas kaler oren tu je yang biasa makan. orang belah Selangor ke Perak ke mana boleh hidup kalau tak makan pedas. tak naik selera laa kan? haa

ayam percik standard. HAHA
anyway, kalau nak bercuti kat Kelantan, mak aku kata jangan laa bercuti kat pantai laut Kelantan sebab pantai dia kotor. orang Cina suka buang abu kat situ. kalau nak datang sini, FOOD is the main reason. Makanan dia banyak sangat yang pelik pelik. ada yang aku sanggup tak nak try makan =.= herherher.

tapi kalau korang spesies suka test test makan ni aku recommend korang datang Kelantan laa. nanti korang ada jumpa satu lauk Sarang Rumpai Laut kejadah aku pun tak tahu laa. nampak macam bihun tapi entah. aku tak sanggup nak try. orang kat sini suka makan lauk tu. haa.

lepas tu kalau nak try ayam golek kat sini memang awesome, tapi sos cicah diaaa perghhh. manis doe. lagi guwa tak sanggup. HAHA.

Kat Kelantan ada dua jenis Laksa. satu Laksam, satu lagi Laksa biasa tapi Laksam memang terbaik. itu aku suka. Kalau Laksa Kelantan aku tak suka sebab laksa dia halus halus. tak macam Laksa Kuale. haaa.

Sini macam macam kuih ada sampai aku dah tak ingat apa nama nye. yang aku suka makan nama dia NekBat. bentuk macam bahulu. warna oren. tapi kena masak dengan gula melaka dulu baru boleh makan. haa macam tu laaa.

Nek Bat
haaa gini laa rupa dia HAHA
banyak lagi tapi aku suka cerita pasal makanan je. HAHA. Me Loves Foods. hoho.

malam ni last aku kat Kelantan, esok sudah mahu pulang ke Kuala Lumpur mehh.
Nak jumpa kawan kawan. rindu kawan kawan da.
lepas tu, dah nak start kelas. UM pun dah rindu aku nampak nya. hmm.




p/s: MHS kali ni gempakk gilaa. UM untung banyak duit mehh. Yuran this sem kasi murah laaa.


The Ax, Rex, and Slay

haha. lepas ni akan ada nya dua tiga post mendatang.
semua post mengandungi cerita yang berlainan.

HAHA.

guwa tukar nama blog. untuk apa? untuk mulakan hidup baru. HAHA. asyik asyik mulakan hidup baru je =.=
anyway, since aku dah mula tulis balik, so nak something new laaa kan?
okay the reason is too common.

AXREXSLAY stand for the name of main characters of local comics in Malaysia. haha. kalau korang komik freak macam aku then korang tahu laa. aku tak nak cerita lebih. aku cuma jadi creative sikit dengan menggabungkan nama mereka. itu sahaja.

no deep meaning.








p/s: aku dah hilang bakat nak tulis panjang panjang =.=

Tarik Balik Kata Kata

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!

aku mahu gelak besar sekarang.

okay. fine. aku tarik balik kata kata aku. err, maksud aku kata kata aku untuk tidak ber-blogging lagi. hmm.
aku ambil keputusan untuk menulis blog balik sebab lepas ni rutin harian aku dah berubah. itu je reason aku, tak nak explain lebih lebih.

mungkin takda laa tiap tiap hari update. mungkin 3 bulan sekali untuk tempoh lama. hmm. gitu lah gayanya.

kalau nak cerita dari mula sampai sekarang, entah berapa patah perkataan pulak nak kena tulis. ini bukan karangan Bahasa Malaysia ye.

nampak tak aku poyo kat situ.

poyo je tak nak blogging langsung.

heh. sukahati aku la.

lepas ni penuh dengan post aku sebab dah lamaaaaa sangat ni tak menulis. tunggu je laa.





p/s: esok balik Kuala Lumpur. hoorayyy. nanti nak makan aiskrim mahal dengan Timm. yahooo.