2010/11/29

tukar angin

nampaknya hari ini bermula lah operasi perpindahan secara haram akan berlaku. aku pindah tidur bilik timm pulak. teman sebilik dia dah berambus pergi mana aku tak tahu.

nak pindah secara halal aku kena buat surat dulu=.=

surat nya dah siap karang. malam ni pergi print. esok aku bagi lah kat kerani perempuan yang banyak songeh tuh. bagi je lah aku pindah bilik terus. aku bukannya budak jahat pun.

kalau surat tu tak approve, terpaksa lah aku tinggal kat bilik tu secara haram. tak pun pergi buat kunci pendua bilik C233 tu. haaaa... ini baru kerja jahat namanya. kalau kantoi RM50 aku melayang. nasib baik tak kena buang kolej lagi.

kalau boleh aku nak tinggal secara halal lah kan. sekarang dah semester dua. teringin juga aku nak jadi baik sikit.

buat masa sekarang, aku kena betul betul sedia kan mentaliti kepala otak aku ni. bukan apa, subjek baru agak banyak untuk aku belajar. takut tak terbawa pula. otak aku kena sentiasa rilekkk, kalau tak mahu bungkus aku.

kelas tutorial pun dah bertukar. aku kena survive lebih sikit dalam kelas ni. dah lah banyak perempuan. faham faham lah kalau kelas penuh perempuan ni. banyak songeh =.=

masalah utama aku sudah kembali. mama bagi duit banyak banyak bukannya aku nak berjimat. padan muka aku. nasib baik aku minta RM300 je. baru fikir hari tu nak bantai minta RM500 je terus. nasib baik aku ni bukannya tamak haloba sangat. at least aku ada reason nak minta lagi RM200.

haha ! biasalah, budak pandai kelentong.

aku kena minta sebelum duit dalam akaun aku tu dah kering. mampus aku nak makan apa nanti. baru tekad tak nak hutang dengan sape sape dah.

aku kena tahan nafsu aku daripada tidak keluar daripada Universiti Malaya sampai 18 Disember ni melainkan balik ke rumah untuk hari hari aku dihujung minggu.

minggu depan nak balik rumah. adik adik aku ada basikal baru. excited nak tunjuk kat aku. biasalah, aku kan idola mereka. haha !

2010/11/25

kira kira bil

huhu huhu huhu !!

gelak menggedik.

hehehehehehehe !!

gelak mengade ngade.

hohohohohoho !!

gelak hipokrit.

Ha Ha Ha Ha Ha Ha !!

gelak orang kaya.

hahahahahahahahahahaha !!

gelak suka gembira.

kahkahkakakahkahkah !!

aku tak dapat tafsirkan gelak yang ini =.=

hakhakhakhakhakhak !!

gelak Wahab :P

biasalah mukadimah. takda kena mengena pun dengan apa yang aku nak kongsi dengan kamu kamu. tapi aku nak gelak bangga. macam mana? aku tak reti berlagak. haha !

ok. aku tipu. aku suka berlagak.

depan orang takkan nak tunjuk. nanti kena label. hidup kadang kadang kena hipokrit. kadang kadang kena menipu untuk kepentingan diri sendiri.

sumpaaa aku selfish.

masa nak lemas aku sanggup tolak kawan baik aku dalam air semata mata nak selamatkan diri sendiri. nasib baik dia selamat. kalau tak, dah jadi kes bunuh dalam diam tu.

hahaha !

bodoh. manusia tak ada perasaan.

kejam.

ya. aku manusia kejam.

tapi aku masih lagi ada perikemanusiaan. jangan risau.

aku taklah sekejam firaun zaman jahil dulu dulu.

**********

petang tadi hujan.

betul ke kita nak pergi daki bukit ni? tak bahaya ke?

aku tak nak jadi selfish lagi kalau ada tragedi.

aku nak pindah bilik.

selamat tinggal teman sebilik. tidurlah kau sorang sorang dalam bilik dan aku memang selalu tinggal kan kau.

lepas ni boleh peluk timm selalu macam gay. ada tapak nak lepak. tak payah fikir lama lama. mungkin dah tak selalu lepak kat restoren midah nanti.

selamat datang ke pondok makcik senah.

haha !

aku menjerit sorang sorang depan pejabat pak suman. yang lain rilekkk jeh. muka biasa jeh. hampeh.

sumpaa aku excited terlebih.

padahal apalah sangat. bukan kau dapat result SPM pun. SPM pun kau dah lepas. lagipun, senang je SPM tu :P

aku tak nak masuk kelas reka. banyak buang masa. otak aku tersumbat kalau masuk situ. entah apa yang sekat.

aku mohon kelas bukan reka. dapat. kalau masuk sini, otak aku jalan macam tu jeh. tak ada benda baru.

buat kerja dengan kemampuan kau. bukan minat kau. kalau minat tapi tak mampu macam tak ada guna jeh. mana kau nak dapat untung. berjanggut lah kau kalau nak tunggu duit jatuh dari langit. memang tak lah.

ya. aku faham. semua orang ada impian. semua orang nak realisasi kan impian mereka sendiri. masa kecil kecil dulu impian aku sama macam budak budak kelas reka. tapi kadang kadang kita terpaksa buang impian kita yang satu itu untuk impian kita yang lain. baru untung mehhh !

fikir kena bijak beb ! mane boleh pakai terjah. kena ade plan. takda plan, kau sendiri yang masuk tutup lokap sendiri.





2010/11/24

setelah sekian lama

berhabuk.

penat nya nak sapu. habis bersin hidung aku berulang kali.

kehidupan aku di Universiti Malaya sudah kembali seperti sediakala setelah hampir dua minggu aku bercuti. duduk rumah je pun. tak ada buat apa.

Semester Dua.

aku nekad nak ambil kursus Ukur Bahan. walaupun aku tak hebat Matematik. Jangan risau Matematik, aku akan cuba sedaya upaya untuk selesaikan masalah kau.

minggu pertama ini, sumpaa aku malas belajar. mood tak sampai.

budak poli, budak uitm. seronok lah korang. tengah cuti sakan.

aku duduk kL je. belajar pun kat sini. senang nak jumpa kawan kawan sekolah.

sumpaaa aku rindu korang tahap gaban. sampai kita nyaris lemas sama sama dekat air terjun sungai puaka. aku tak nak jejak situ dah, tapi aku tak serik mandi sungai lagi. takpe. lepas ni kita pergi mandi laut pulak. tunggu Khai dengan Has hilang trauma. setahun juga nak tunggu tu. Jangan risaulah, Ejat dengan Fish ada, mereka warrior walaupun Fish ada sikit blurr blurrr.

kalau tak, kita daki bukit je lah. tapi bila? nak kena tunggu ada kereta =.=

aku duduk dalam bilik buang masa, tengok cerita manusia mata sepet sampai mata aku lebam. padan muka aku. baru second day, dah miss 1 kelas. bila nak berubah lah sial !

lapar la. nak maggi. :P

2010/11/13

hati atau hati hati


jangan terkejut kenapa aku letak gambar Justin Bieber budak hingusan ni. aku cuma nak kamu kamu baca petikan ini.

Justin Bieber pemimpin muda Illuminati: Kepada sesiapa yang amat meminati penyanyi Justin Bieber (JB) yang popular dengan lagu Baby hingga selalu terpekik melolong macam dirasuk hantu apabila mendendangkan bait-bait lagu Jb dinasihatkan agar segera bertaubat. Ini kerana, apabila anda menyebut se...tiap perkataan dalam lagu JB yang bertajuk Baby, anda secara tidak sengaja telah "menyebut perkataan yang menyembah dajjal/juru selamat Yahudi". Ini boleh dikesan dengan cara men"terbalik"kan lagu tersebut (ke belakang). Untuk rekod, Justin adalah pemimpin muda Illuminati-New World Order iaitu sebuah organisasi antarabangsa Yahudi yang memperjuangkan konsep One World-One Religion-One Israel. Tolong SHARE untuk memelihara akidah seluruh umat Islam di Malaysia.

ini yang aku jumpa di laman buku sampingan aku. aku tak pasti akan kesahihan dia sebab takda bukti yang kukuh. cuma nak pesan kat kawan aku seorang ni. tak payah lah layan budak hingusan nih. haha ! buang masa je.

then, ada 1 statement yang mengatakan....

Michael Jackson mati sebab dia nak bagitahu satu dunia pasal Illuminati, tapi belum sempat berbuat apa apa dia sudah mati dibunuh.

itu spekulasi yang aku baca, jadi tak perlu nak percaya 100%.

aku pun ada lah juga baca pasal Freemason, Illuminati, Satanic dan apa yang berkaitan. Adalah juga tengok The Arrival yang membongkar segala kegiatan dan aktiviti aktiviti puja puja setan ni.

mereka sanggup buat apa sahaja untuk jatuh kan Islam.

takut.

tapi, bila aku nak bertaubat. cakap je takut. tapi tak buat buat jugak. aku harap aku tak termakan dengan segala fitnah pujuk rayu ular sawa lidah bercabang si dajjal durjana itu.

aku bersyukur sangat sebab lahir sebagai seorang Muslimah. alhamdulillah. :)

WHOAAAAA !

Kris Allen bergambar dengan Justin Bieber. =.=

Aku harap abang aku bukan segolongan dengan Justin Bieber sebagai ahli Illuminati yang mereka canangkecohheboh kan tu.

2010/11/11

virus di kawasan rumah

kebosanan yang teruk melanda di sekitar kawasan rumah hampir membunuh aku. sialan. aku malas nak belajar apa itu Bahasa Inggeris. nasib baik ada lagi cuti satu minggu. apa yang aku nak buat dalam minggu itu? mata aku kabur......

bila dah cuti ni. mula lah timbul keluar rasa rindu pada kawan kawan lah. haishhh. mana taknya, itulah teman kita gelakgelakketawasukaria. huhu.


ALAMIEN ZULFISHAH ASHRAF

ikan ni memang glamour betul kat kawasan blog aku. dia terbaik. itu sahaja aku boleh kata. takda dia, mesti aku rasa macam pelik. kalau dengan ikan ni aku akan sembang sampai tak boleh nak berhenti gelak. mesti penat gelak sama sama. ikan ni dengki sikit dengan aku. suka booooo aku. haha. hey fish, Manchester United the best lahhhh !
lagi satu, korang jangan berlagak dengan dia. dia tahu apa yang korang tak tahu. errr... macam mana nak explain eyh, kalau dia tahu dalam sesuatu perkara dia memang betul betul tahu. kalau dia tak tahu, dia akan mengaku yang dia memang tak tahu. maknanya dia bukan budak yang bodoh sombong.
ikan nih suka buat research. so, knowledge dia mungkin tinggi daripada korang. nampak je macam ayam ayam. kesimpulan nya, jangan berlagak dengan dia kalau korang tak berapa sangat tahu dalam sesuatu perkara itu, melainkan kalau dia memang tak tahu, korang nak berlagak dengan dia lebih lebih pun takpe. mesti dia agak bengang jeh. hahahahaha !

aku rasa macam berbelit jeh explanation aku pasal ikan nih =.=
lantak lah.
aku manja dengan dia seorang je. *menggedik :P

AKMAL HAZIM RAZIFF

kesengalan akan melanda tiap kali aku jumpalepaksembang dengan mamat ni. ada sahaja bahan nak kenakan aku. mamat nih jenis tak sedar diri sikit. kuat berlagak, bodoh sombong, banyak perasan, suka berangan sampai lah kau lalai patah kaki sebelah. haishhh. sabar je lah. dah nama pun budak. itu pun tak sedar sedar lagi =.=
mamat ni sangat materialistik. semua barang barang branded semua dia nak sapu.
ayat popular dia
"aku lelaki yang tinggi lagi hot dan handsome, almost perfect guy for a woman"
macam aku kata, dia memang kuat perasan.
almaklumlah, budak lagi.
korang memang kena banyak bersabar dengan dia nih.
apa yang aku boleh kata, dia terbaik juga even perangai suka buat aku sakit hati je.
dengan mamat nih, aku yang suka dengki dengan dia.

hampir 5 tahun lah juga aku kenal dengan mamat nih.
daripada pendek sampai lah kau tinggi lampai sekarang.
daripada gemuk gedempol sampai lah kau kurus sekarang.
daripada suara kau macam kucing sampai lah suara kau macam harimau sekarang.
nak ucap, just do all the best for the SPM examination soon.

hahaha !
aku dengan mamat nih terbalik sikit dengan ikan kat atas itu.
mamat nih yang suka manja dengan aku. *menggedik lah kau :P


mengaku jelah wani yang kau rindu diorang nih.

fine.
aku rindu RETRONESS
aku rindu HAWNFEK
aku rindu LOSERRR LOSERRR TEGAR, *bak kata chepam.
aku rindu budakbudakGARIS
aku rindu RKians
-_-

2010/11/09

kuale

KUALA KANGSAR

oh ya. aku berada di kampung aku sekarang. esok baru balik KUALA LUMPUR.
masa untuk aku belajar apa itu bahasa Inggeris.

haha !

biasalah kat kampung. mana ada internet. bergerak lah aku ke cyber cafe di pekan kuala kangsar ini.
sempat lah nak tulis apa apa yang patut.

aku nak makan cendol dan laksa.
sedap nya.....

oh. udara kat kampung tak macam kat Kuala Lumpur.
rasa segar setiap hari.
balik KL mesti aku sesak nafas sikit nanti.

haha !

banyaknya yang aku merepek.
rindu nak makan kerepek pisang pula.
aduh !
apa hal ni ?

harap aku tak terserempak dengan budak sekolah lama aku nanti.
minta dijauhkan.....



2010/11/04

naik lemah, turun gagah

3 hari.

badan letih. non-stop hang out. gila babeng lah syial. memang hangus aku. haha !

almaklum lah. budak GARIS. ada 5 je paper exam yang kena dijawab. bermula isnin sampai rabu, kaki aku tak berhenti daripada berjalan. khamis baru boleh rehat sikit. english
exam. huhu !

oh ya. baru sahaja tamat semester 1 sebentar tadi. cuti dua minggu.

lepas ni tak mau rally rally dah. penat lah.

aktiviti apa je? biasalah anak muda. darah muda. semua benda nak buat.

haha ! tapi dalam jangka masa 3 hari itu, satu satu nya aktiviti yang betul betul buat hati aku gembira ialah menawan puncak BUKIT BROGA. terbaik lah.

lagipun aktiviti ini tak memerlukan kos yang banyak, hanya kongsi kongsi duit bayarkos minyak kereta AMANOTHMAN, bekalan makanan atas puncak dengan sarapan di kedai mamak, ia juga menyihatkan tubuh badan walaupun aku dah nak separuh pengsan naik atas bukit tu. sumpah aku tak sangka bukit itu tinggi sangat. aku naik je tak sampai sampai. manalah tak nampak dua je, perut kosong sampai puncak bedal semua roti bersalut jem strawberry hasil tangan AIRINAAHAMED dan juga tuna yang dibeli di 7 Eleven.

respek kat FATINNABILAH. kuat juga kau. haha !

4 mudi yang sememangnya tabah dan kental dalam menempuh cabaran ke BUKIT BROGA.















sumpah sejuk gila kat atas puncak ini. Genting Highlands pun aku rasa aku nampak dari sini. KLCC dengan KL Tower pun nampak. memang terbaik lah.

dan yang paling penting. keindahan matahari terbit memang cantik. SUBHANALLAH. ciptaanNya betul betul indah. tiada siapa yang boleh lawan kehebatan ALLAH SWT.

im proud to be a MUSLIMAH.

sedikit bermotivasi aku di situ.

lepas ni boleh pergi lagi kan? huhu.

nak ucap terimakasih kat korang.
budakbudak GARIS very supportive.
tak tipu.
sayang korang peluk cium ketat ketat.

AFIQNURFAWWAZAZAHA
ABDULRAHMANOTHMAN
AIRINAAHAMED
AFIQMNASIR
ABDULWAHAB
AKRAMZAINAL
AMZARSHAMSULKAMAR
FATINNABILAHJAILANI
HAIQALSHOFI
IZHARMUSTAQINMADISA
LAILATULSYAZWANIE
PAULNICKSON
SYAZWANIAZHAR

di puncak BUKIT BROGA.

*credit to AKRAMZAINAL, tiada di dalam gambar.

okay.
ada plan nak pergi Gunung Kinabalu?

haha !