2011/07/30

episod 3hari2malam


harharhar.
takdelah nak bercerita panjang lebar sangat.

sapa kata Port Dickson tak best?
cooool yawww.

sebab aku ada kawan kawan yang superduperohhhsemmmmmm !!

hahaha.
Teluk Kemang coooool ada makcik bumping Batu 8.
Tanjung Biru sumpaaaa lagi cooool sebab tak jumpa jalan masuk, kena tanya makcik stall batu 17 baru sampai Batu 14.

Ada Pulau Cari Jodoh, abang banana boat tuh kata, kalau korang stay satu hari satu malam kat pulau tu, sumpaaa dapat jodoh yang kau nak. percayalah.

hahaha. yolahhhhhhhhh tuh.

anyway,
Tanjung Biru sumpaaaaa awesome. Pantai dia lagi cantik daripada Teluk Kemang.
dapat BBQ kat tepi pantai Bagan Pinang, pasir dia sejukkkk yawwww.
tapi banyak semut api. cis cis cis.

walaupun angin Selat Melaka tak se-awesome angin Laut China Selatan.
yang penting, scenery dia cantik. tengok sunset nampak cooool. haha.
laut pantai barat lebih selamat daripada laut pantai timur. haha

holidayyyyy dengan kawan kawan memang awesome daripada holidayyy dengan family.
especially, dengan sayang sayang aku :DDD

Afiq Fawwaz - Fatimah Razak - Fatin Nabilah Jailani -Amzar Shamsulkamar - Adlyn Zuraimi - Aman Othman - Sirhan Faris Idris

terbaikkkkkk lah korangggg !!

nanti kita pi pulau pulak eyh?

harharhar.

jangan risau, kita lead. benda boleh setel :P

2011/07/11

sendiri punya rasa

bagi aku...

...tak suka bila boifren/suami bawakan handbag girlfren/isteri dia.

...comel bila tengok lelaki makan aiskrim.

...geli bila lelaki suka makan coklat.

...cooool gilewww bila ada anak kembar.

...hebat kalau ada anak semua lelaki.

...lelaki gentle bila dukung atau tolakkan troli anak sendiri.

...errr...

....fine.

haha. dalam kepala otak tadi macam banyak jeh.
tup ! tup ! dah lupa.

aku cuba katakan bahawa pekerjaan aku sebagai observer separuh masa terserlah. haha
apa yang aku katakan kat atas itu adalah majoriti yang berlaku di keliling aku.

almaklumlah, aku kerja kat shopping kompleks. ramai orang.
macam macam gelagat aku nampak.

tapi, dalam banyak banyak perkara yang aku nampak sebagai seorang observer yang tak bertauliah nih, aku PALING TAK SUKA bila boifren/suami bawakan handbag girlfren/isteri dia.
mungkin pada pandangan korang, boifren/suami nak tunjukkan rasa sayang or girlfren/isteri rasa boifren/suami being gentle sebab bawakan handbag diorang.
tapi, bagi aku, its really annoying bila lelaki bawa handbag.
aku rasa macam standard seorang lelaki itu jatuh.
haha, aku tak tahu kenapa.
korang tak rasa macam tu ke?

haha, mungkin korang rasa aku cerewet.
tapi, aku memang sangat sangat cerewet.

nasiblahhh siapa yang kahwin dengan aku. kena queen control lah agaknyeww.
haha
sesiapa yang rasa empunya diri suka dikontrol, haa, boleh lah masuk meminang sebelum aku tutup offer ni. haha.
just kidding okayyy.
hal hal kahwin jangan dibuat main tau !

berbalik kepada cerita lelaki bawa handbag tadi, haha.
yang paling aku rasa macam lagi lagi annoying bila boifren/suami bawa handbag si girlfren/isteri tetapi yang si girlfren/isteri nya pulak yang bawa barang beg plastik shopping bagai.
haishhh..
dunia memang dah terbalik ke apa ni?
mostly yang aku nampak macam tuh lahh. *sigh

bagi aku,
handbag is woman's privacy.

kenapa korang senang senang bagi orang lain bawakan haa?

2011/07/09

eksited pagi pagi buta

Kuala Lumpur kecoh dengan rusuhan/demonstrasi/perhimpunan pasal Bersih nih.
haishhh bersih lah sangat.
haha.
bukan apa, semua orang takut keluar rumah.
korang bayangkan, Sogo merupakan sebuah shopping kompleks yang agak sesaklah dengan manusia manusia yang eksited nak beli belah boleh jadi senyap sunyi baiii.
daripada pukul 8 lebih sampai lah tutup aku takda customer -,-
naik boring aku -.-
Jalan Tun Razak belakang rumah aku lengang baii.
Bulatan Pahang seberang rumah aku takda bunyi hon hon baii.
agak sunyi Kuala Lumpur ketika aku pulang balik rumah tadi lah.
tapi sekarang pukul 2 pagi lebih, aku jenguk keluar jap. tengok jalan jamm pulak.
polis dah tutup jalan, tak pun buat sekatan jalan raya.

aku nak ponteng kerja esok boleh??

ok, itu isu yang tengah hangat dalam negara yang konon nya aman dan damai ni.

berbalik kepada apa yang tengah bermain dalam kepala otak aku sekarang.

harharhar. aku nak pi vacation, jangan jeles :P
haha.
Port Dickson je punnn, apa jeh yang ada melainkan Selat Melaka tuh jehh.
korang nak tepi pantai sangat kannn, nah amikk !

tapi aku tak tahulah aku ni tengah seronok ke tengah bengang.

aku seronok sebab dapat pergi vacayyy dengan sayang sayang aku semua :DD
aku seronok sebab dapat booking bilik 3hari 2malam baiiii. room rates dia agak kooool.
aku seronok sebab nanti boleh bikin bbq tepi pantai.
aku seronok sebab dapat jalan jalan dengan kawan kawan.

tapi,

aku bengang sebab.....(mungkin menyentuh sensitiviti sesetengah pihak)

yayyyyyy. haha

eksited dowh aku, rabu depan nak jalan jalan dengan Fatimah Razak kat KLCC....kott.
eh, nak ajak Muliyani Ismail sekali. tak nak jemput Azanisa Ishak -,- dia dah tengok Sekali Lagi.
Fatimah Razak, kita paksa Molly tengok wayang citer melayu jugakk, nak tak nak dia kena bayar jugakkk. hahahaha.
oh ya, hehehehe, duit tiket kali nih kau bayar tau Timm, ada hutang :P hahahaha !

sengaja aku heboh heboh kat blog.

Port Dickson, wait for us :D

terimakasih kepada Fatimah Razak sebab sanggup buat senaman jari, klik klik dekat tikus tikus survey tempat nak stay. haha.
terimakasih kepada AfiqFawwaz sebab masih lagi dalam proses merayu usaha minta pinjam kereta.
terimakasih Fatin Nabilah sebab berjaya kelentong boss kau.

terimakasih kepada aku terutamanya kerana suggest kan tempat tuh dan dapat booking apartment tuh. harhar.

aku berjaya satukan kita semua :)

aku coool kan? ada capabilities, ada ability :P
haha.

aku bangga menjadi kakak kepada adik adik aku. uhuk uhuk !

2011/07/07

oh, dah Julai :O

aku makin kurang mengaktifkan diri di alam maya.
entah, jemu agaknya.

hari ni aku balik kerja awal, boleh lah online lama lama. haha
wah, dah bulan 7.
maksudnya, dah lebih kurang 3 bulan aku bertapa di sekitar Kuala Lumpur tanpa sebarang ilmu yang spesifik.
aku timba ilmu hanya dengan perhatikan orang orang sekeliling.
suka tengok gelagat kerenah manusia.
bila difikirkan semula, aku suka berkomunikasi dengan orang.
aku patut jadi konsultant lah :P
hidup sekarang terumbang ambing.
huru hara.
tak jumpa hala tuju arah hidup.
waktu waktu macam nilah kita perlu berbalik kepada agama.

back to basics.
aku bukannya nak cuba jadi alim.
yang itu memang taklah kot, melainkan ada orang yang boleh bimbing aku.

haha.

aku terkejut, aku termenung.
aku tak tahu lah kenapa hati aku rasa tersentap sangat, sangat dan sangat.

semalam, aku ada serve seorang customer.
dia minah arab, pakai purdah lagi.
dia beli dua lemonade kat kedai makcik Anne tuh.
then, dia tanya kat kitorang semua, "All of you are Muslims??"
aku pun jawab yes lah kan.
lepas tuh dia buka beg dia, dia keluarkan tasbih, kayu sugi, kaset and buku yang related to Islam.
terkejut jugak aku.
yang paling tak boleh blah, ada akak yang kerja dgn aku nih tak tahu cakap omputih, selamber dek dia pi tanya minah arab tuh, "eh, ni kena bayar ke? kalau kena bayar, saya tak mau."
akak tuh punya reaction siap nak halau minah arab tuh balik, haha.
minah arab tuh katalah, "No, its a gift for you."
semua orang pakat eksited nak, except aku.
aku pun bergerak lah ketepi sikit dah diorang ni semacam berebut pulakkan padahal benda yang minah arab tuh bagi semua sama je.
aku berdiri diam. tengok jeh.
minah arab tuh bagi lah gift dia sorang satu kat kitorang semua.
then, bila sampai turn aku yang last..
tiba tiba, minah arab tuh pandang aku. fuh, cuak aku, dia pandang aku lain macam woo masa tuh. aku dah mula rasa semacam.
minah arab tuh nak bagi gift dia kat aku, aku pun hulur la tangankan tanda aku terima.
masih barang yang sama, tasbih, kayu sugi, kaset and buku.
yang paling menariknya, masa dia nak bagi buku tuh, dia ambil balik and simpan balik dalam beg dia, then dia bagi aku buku yang lain. tak sama macam yang lain dapat.
baca elok elok tajuk dia,

A Guide To Understanding Islam

aku tak tahu kenapa, aku termenung sekejap.
bukan sekejap, lama juga aku pandang buku tu.
terasa macam hati aku kena impak maksima.

mungkin bagi korang peristiwa ni macam hal kecil je, tapi bagi aku macam ada maksud tersirat.
tiba tiba gerak hati aku kata, ini adalah satu sign daripada Dia.
macam suruh aku mula balik daripada awal, dan fahami betul betul.
aku akui, sejak mula bertapa ni, tertinggal tinggal lah jugak subuh tuh, ada tertinggal yang lain lain jugak.
hidup dah mula lalai sikit.

haishhh, dunia dah nak kiamat. aku buat tak tahu jeh.
sign yang kecik dah keluar semua aku buat heran tak heran jeh.
nak insaf, aku kena pikir dua tiga empat kali.

aku cerita kat blog pun bukannya aku buat jadi baik pun.

hanya kongsi kongsi cerita keliling aku :)