2011/12/31

Last Entry.

yeahh. aku post lagi entri untuk kali kedua.
tapi kali ni special sikit.
ceh. poyo.

entri kali ni untuk kawan kawan.
untuk kawan kawan yang aku cherish sepanjang 2011.

FatimahRazak, AmzarShamsulkamar, AdlynZurami, FarahNazira, AfiqFawwazAzaha, FatinNabilahJailani, SirhanFaris, HaslyzaHashim, AlyaRadzuan, AlamienZulfishah, SyazanaAbuHanifah, HaiqalShofi, AbdulRahmanOthman, NurAsiqah, AbdulWahab, KhaiSyafiq, EzatIzwan, SyuhadaMokhtar, SitiAisyahRosni, NurSyahirah, AkramZainal. 


haha. korang terbaik sebab bagi gelak tawa senyum bagai kat aku sepanjang 2011 ni.

kalau ada yang tak tersenarai tuh mungkin moment korang dengan aku tak beri impak pada aku sepanjang 2011 ni kott. HAHA.

untuk yang di Twitter, aku ucap terima kasih sebab follow aku even aku selalu banyak tweet bende merepek repek ke, mengadu ape ke, haha. terima kasih juga kepada rakan rakan Twitter yang layan tweet aku tuh. HAHA. 






p/s : susunan nama tak memberi apa apa makna. yang ditulis dahulu itulah yang dalam fikiran aku mula mula :P

Twenty Eleven

dua puluh sebelas.
oh. tahun baru dalam beberapa jam sahaja lagi. new year aku menapak dalam bilik je. muhasabah diri bila nak berubah. HAHA

aku harap 2012 ni, lebih ke arah yang lebih baik. sebab 2011 aku agak stabil, so 2012 ni nak lagi baik lah kan. hewhew.

actually, aku tak pernah letak azam apa apa pun masa 2011. jalani hidup macam biasa jeh.
tapi 2012 ni, aku nak letak azam.
azam aku, belajar simpan duit elok elok. belajar jimat cermat.
ceh.

Review cerita 2011.

Diri Sendiri
tahun ni jugak aku tamat asasi, dan tahun ni jugak lah aku masuk 1st year degree. disebabkan result aku tak lepas untuk dapat course Quantity Surveying, so, aku dapat course Estate Management yang juga dikecam hebat oleh Maksu aku. haha. yelahhh. mak sedara mana nak tengok anak buah dia sama dengan dia. kalau boleh dia nak anak buah dia ni ambil course lagi tinggi daripada dia. tapi nak buat macam, salah aku jugak sebab ikut kata hati. tapi apa apa hal pun Maksu still lagi support aku, selalu pesan suruh belajar betul betul.

tahun ini jugak lah, aku masih lagi menapak belajar dekat dalam UM. nak merantau pun buat apa. dok jelah belajar kat KL ni haaa. semua ada. senang. haha. tapi masa mula mula masuk dulu, aku banyak komplen lah jugak apsal lah diorang ni campak aku kat Kolej 3 -,- jauh dengan fakulti pulak tu, fasiliti kurang, tapi nasib baik dekat dengan kolej kolej lain macam 7th dengan 4th. at least area sini nampak meriah and aku pun ada banyak kenal kawan baru :)

oh ye. tahun ni jugak, sepanjang tempoh 5bulan sebelum masuk UM, aku kerja part-time kat Auntie Anne's. niceeeeee. haha. aku belajar macam mana nak layan customer, kadang kadang kira stok, susun stok bagai. belajar bikin pretzel. hehe. sepanjang temph tu jugak semua pretzel aku dah belasah makan. semua flavor aku dah rasa. lepas berhenti kerja situ, aku dah tak sangat beli pretzel. haha. dulu senang makan free free siap badan aku boleh naik sampai 4kg. tak ke nayaaaa je tuh. haha.

Family
takda benda sangat kott. tapi tahun ni jugak lah aku first time sambut raya kat Kelantan dengan mama aku. sebab aku dah janji dengan mama nak raya kat sana. tahun ni jugak, first time tak raya kat Kuala Kangsar. biasa nye itulah kampung yang aku akan balik. haha.
relationship aku dengan mama and adik just nice. just okayy. selama sebulan aku menapak kat Kelantan tuh. mula mula tensi lah jugak sebab tak biasa dengan environment tempat dengan orang orang kat situ. tapi lama lama okay lah jugak. saudara mara kat sana semua kenal aku -,- sampai ada yang aku langsung tak ingat or tak kenal tapi ingat pulak aku. tapii seronok jugak ada sedara ramai ramai ni. haha.

relationship dengan abah biasa biasa jeh. cuma aku tak boleh buang tabiat aku yang tak suka balik rumah bila weekend ke or bila public holiday. 
entahlah. selagi boleh aku tak nak balik rumah. aku prefer balik rumah Mak Yang aku or Mak Su aku. tak tahu lah kenapa. rumah family sendiri tak nak balik. haihhhh.
nak dekat dua bulan lah jugak lah aku tak menapak balik kat rumah tuh. 2012 ni mungkin aku akan cuba balik rumah selalu. tengoklah macam mana :/

Kawan-kawan
kawan kawan aku semuaaaaaaaa nice and bestttttt !! haha. setakat gaduh kecik kecik tuh ade lah tapi boleh setel. tahun ni jugak, kitorang buat trip pi Port Dickson, siap bbq tepi pantai. haha. seronok :D
ada jugak jumpaa kawan lama time sekolah dulu dulu. tetap best bila bawak sembang sembang. tak berubah pun. haha. tak banyak sangat nak cerita pasal kawan kawan sebab relationship aku dengan diorang okay je.
tapi ape apehal pun aku nak mintak maaf kat korang kalau selalu sangat terlepas cakap ke or ada buat korang terasa hati. walaupun kadang kadang aku memang sengaja pun cakap lepas dan sengaja nak bikin korang terasa hati. haha. bukan apa. biar korang tahu silap korang. korang nak tegur aku pun tadehal lah kan. macam lah korang tak kenal aku macam mana.

dan juga semester ni aku join SUKMUM. masuk sofbol dengan bowling. best! hehe. time tu lah dapat kenal ramai orang, dan team sofbol aku tuh just lepas masuk quarter final je. haha. kalau bowling pulak, aku dapat nombor 7 jehhhh. HAHA.
thanks pada korang yang datang jenguk aku main bowling. HAHA. tak sangkaaaaaaaaaa :P

2011 jugak aku aktif ber-tweeting. haha. member member TiKL yang tak rapat mana pun boleh jadi rapat. daripada tak kenal sangat boleh jadi sembang sembang sakan. haha. niceee. kadang kadang social network ni ada kebaikan nye kan? 

oh. lastly. wish me luck for this semester final exam. cuakkk bebehhhh. tak tahu lah kenapa. hope boleh jawab dengan baik. lecturer pun jangan lah bagi guwa soalan belit belit. HAHA.

okay. starts to count down everybody :)


2011/12/27

Get to know yourself better

tadi aku baca blog catthmd.
aku klik link tu.
tak pasal pasal aku pun terjebak and terpengaruh nak join test tu. HAHA

ini link nyee http://www.quizbox.com/personality/test82.aspx 


lepas jawab soalan dia yang pelik pelik tu. ini lah yang aku dapat. 



Your view on yourself:
You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties.


# ye. aku agak straightforward. tapiii hurmm, about problem solver, dulu aku mcm ni lah, tapi skrg malas dah nak involve sangat bila ada dua kawan gaduh ke misunderstanding ke, diorang dah besar, biar diorang selesai sendiri, biar diorang yang buat keputusan. walaubagaimanapun, aku akan betul betul masuk campur bila masalah tu lama sangat nak setel. HAHA.





The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:
You like serious, smart and determined people. You don't judge a book by its cover, so good-looking people aren't necessarily your style. This makes you an attractive person in many people's eyes.


# haaaa, yang ni betul. sangat sangat. HAHA. aku suka this kind of person. nampak karisma seorang lelaki owhhhhh. baru niceeeee.





Your readiness to commit to a relationship:
You prefer to get to know a person very well before deciding whether you will commit to the relationship.


# err. mungkin lah kott. entah lahh. guwa tak pernah bercinta. mana guwa tahuuu. 





The seriousness of your love:
You are very serious about relationships and aren't interested in wasting time with people you don't really like. If you meet the right person, you will fall deeply and beautifully in love.


# ini pun mungkin jugakk kott. entahh lerr guwa pun belum sampai tahap nak ada relationship ni, entah serius ke tak aku ni, itu pun tak pasti. 





Your views on education
You may not like to study but you have many practical ideas. You listen to your own instincts and tend to follow your heart, so you will probably end up with an unusual job.


# err yang ni, entah aku nak mengaku ke tak. aku memang tak suka sangat nak study. sebab tuh dulu niat nak ambil architecture. tak payah study mana, just study untuk cari idea. tapiiii padah bila dulu dengar kata hati, macam ni lah jadi nye sekarang ~~~~ 





The right job for you:
You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.


# lepas grad, tengoklah aku kerja apa nanti. hewhew





How do you view success:
Success in your career is not the most important thing in life. You are content with what you have and think that being with someone you love is more than spending all of your precious time just working.


# aku kurang setuju. bagi pemikiran aku sekarang, career lebih penting. tak jemu ke kalau asyik spending time dengan husband/boyfriend. tolonggg laa wehhhh :P





What are you most afraid of:
You are concerned about your image and the way others see you. This means that you try very hard to be accepted by other people. It's time for you to believe in who you are, not what you wear.


# herherher. yang ini aku 100% setuju. tapi bukan imej dari segi pemakaian tapi imej dari segi personaliti. ha? ha? ha? korang paham tak maksud aku? 





Who is your true self:
You are full of energy and confidence. You are unpredictable, with moods changing as quickly as an ocean. You might occasionally be calm and still, but never for long.


# no komen. macam tak betul jeh. memandai kau je tahu true self aku macam mana, puihhh !




dah. sambung study property. banyak topik nak kena cover. 


chow.



2011/12/26

Kertas Jawab


aku tak stress pun.
tapi entah kenapa rasa cuak tu mesti ada.
padahal exam seminggu lagi.
padahal dari sekolah rendah sampai asasi dulu still jawab exam jugak, 
tapi entah kenapa, rasa macam tak biasa.

mungkin 1st degree exam kott. aku tengok soalan past year memang susahh :/
maksud aku soalan dia kita tahu jawapan nye, tapi cara nak menjawab nye kita tak confirm.
ha? ha? ha? macam mana tu?

pening. 

mungkin efek 5 bulan cuti kott.


just a nice story line.

#nowplaying Only Hope by Mandy Moore

nothing much.
writing about it while listening to the song.
such an inspiration.

It can be predicted.
Life for along upcoming week.
Full of papers, everywhere in each corner of the room.
Hey, I'm a tidy person.
Neat.

Pray a lot, hope for a reasonable success.
not expected too much.

The spirit must be always consistent.
That is one of the key.

waking up a little bit late
the letter that I have been waiting for so long
at last, it come to me.

surprising,
after a few arguments,
deciding on one decision.

you will find the lights at the end of the dark.

after the moment,
the wonderful story bring a happiness.
smile, smile, and smile.
smile like a fool.

p/s : thump thump !

p/s : ape yang aku merepek ni? 

p/s : padah lama tak update blog, idea hancur berkecai. 

2011/12/24

softskills?



kalau korang 1st year degree wajib buat kejadah nye ni kan? haha.
UM kata tarikh dah tutup, bila aku bukak boleh je pulak kan. haha.
aku malas nak buat penilaian ni, tapi tiba tiba nama aku ada terpampang pulak kat notice board FAB so, buat je lahh memandangkan wifi UM sekarang tengah okayy. haha

as the result, aku tidak mencapai tahap dalam PEMIKIRAN KRITIS DAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH.
hurmmm.
haha. aku jujur gilaaa waktu jawab soalan soalan dia.
mungkin aku tak berapa bagus dalam selesaikan masalah. lagipun aku tak berapa yakin bila dah buat keputusan. lepas tu menyesal.
aku senang sikit menyesal. aduyaiiii.

kedua, MORAL DAN ETIKA PROFESSIONAL. haha.
of course lah kan, sapa nak follow the rules.
memang taklahhhhhh :P

yang terakhir, KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN.
adakah aku tak layak nak bukak bisnes?
we'll see yawwww.
aku memang ada simpan nak bukak bisnes. tapi tak confirm lagi nak bukak bisnes apa.
masih lagi dalam perancangan. poyo.

oh ye. examination slip dah keluar. bole print daa. eksited nak jawab exam, padahal study apa pun belum lagi wehhhh.

just wish me luck :)

2011/12/15

aku di-tagged 5

cik hijau main tag tag dengan aku. haha.
memandangkan aku dah lama tak update blog, baik aku layan tagged si tika ni.

but before i start..there is the rule.
haishh. i hate rules.


The Rules.
1. You must post these rules.
2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3. Answer the questions the tagger set for you in their post. And create 11 new questions for the people you tagged to answer.
4. You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
5. Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER.
6. No tag back!
7. No stuff in the tagging section about 'YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS' YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST, WILL ALL HONESTLY) have tagged 11 people.


11 perkara pasal aku ~~~~

  1. aku suka makan tapi tak bole makan seafood sebab alergik. tapi aku sukaaaaaa seafood jugakkk :( jeles tengok kawan kawan yang bole makan :/
  2. aku suka dengar lagu. aku universal. melayu, indon, omputih, korea, china, hindustan, jepun, aku layannn jehh. nak layan music takde batasan dari segi bahasa kannn even sepatah haram pun tak faham. 
  3. sapa sapa yang rapat or kenal aku mesti tahu aku gila komik dari gempak starz, especially komik Zint. aku pun gila layan komik strip. oh ye. USER 2 dah keluar. esok nak keluar lah, nak pi beli. 
  4. aku pakai china phone yang figure dia sebijik macam blackberry. HAHA. ramai jugak lah yg tertipu. 
  5. sampai sekarang aku takda lesen. malas nak ambil. tapi eksited nak ada kereta, nak bawa kereta bagai. haha.
  6. aku hantu makan mee segera. kalau dalam bilik ni ade 5paket maggi. lima hari jugak lah aku duduk dalam bilik tak turun kafe makan nasi. 
  7. 3 perkara yang aku betul betul enjoy bila turun mall : main bowling, main kat arcade, tengok wayang.
  8. aku paling tak suka tengok movie horror. takkan sesekali tgk kat wayang. filem Khurafat adalah 1st and last aku tgk kat wayang. 
  9. aku tak addicted minum coke, tapi aku addicted minum mountain dew.
  10. dalam family aku, aku dengan adik aku, Mira, sahaja yang boleh makan pakai chopstick. yang lain fail.
  11. aku biasanye 'kayuh basikal' bila terasa malu or segan. 
dah. sudah. ni je yang aku mampu bagi. haha.
aku memang takkan follow the rules. Im the one who breaks the rules. HAHA
fine.
jom jawab soalan tika pulak.



1) Suka makan apa?
    nasi goreng kampung.

2) Kau panggil aku apa?
    tika hijau :)

3) Lipas, cicak, ulat..mana yang kau lagi takut?
    geli je semua tuhh. tapi ulatttt lagi menggelikannnnnnn !!

4) Kereta idaman kau?
    AUDI R8. dan segala jenis Audi.

5) Jika kau diberi peluang untuk melancong, kau nak melancong negara mana, dengan siapa?
    papehal aku nak turun UK dulu. tak tahu kenapa. tapi aku takesah melancong dengan sapa sapa. sorang    sorang pun bolehhhhh

6) Kopi atau teh, mana yang menjadi pilihan?
    coffee. coffee latte and hazelnut coffee are the favoritesssss !

7) Bila kau start buat blog? 
    tak ingat. bulan 7 last year rasa nye :/

8) Satu tabiat buruk kau...?
    errr, suka mencarut kottt. HAHA

9) Hobi kau ketika kebosanan..
    berangan. HAHAHA.

10) Suka memasak? 
      sukaaaa gilerrrrr. tapi tkda masa, and takda peluang nak belajar masakan yg advance2 lagi :(

11) Masakan kau yang paling terror dan pernah hidang/jual untuk orang lain?
      Nasi goreng, dengan sambal kerabu mangga. awesomeeeee. HAHA. tuh je yg aku betul2 pro. 


aku tak nak tag sapa sapa. aku taknak buat soalan.

kthnksbai. HAHA

2011/12/06

12

dah enam hari masuk bulan 12. nothing special.
biasa nye bulan bulan nak habis semester 1 before final exam banyak projek nak kena submit.
haha. poyo.
course aku tak ada banyak pun final projek. just report and final presentation untuk valuation property.
haa, dan jugak projek IT yang bikin aku rasa buang masa nak buat. HAHAHA !!

aku takda nak post entri pasal apa apa isu pun. saja nak kongsi kan situasi kini. ceh. haha
oh ye, minggu depan guwa ada match untuk softball. tengok pada team aku, macam takda harapan pun nak dapat johan mahupun 3rd place sebab mostly teammate baru belajar main softball. lagipun aku tak mengharap, just seronok join sukan :) having fun right? yeahhhh.
badan pun sihat kalau keluar peluh selalu. ok. poyo lagi.

haaa, tahniah pada Adlyn Zuraimi sebab team hockey dia menang johan SUKMUM woooo. as expected from 12th college :)
bila diingatkan balik dah sebulan aku tak balik rumah walaupun rumah aku kat tengah tengah kota KL tu haaa.
dekat je punnnnnn. naik LRT je pun kalau nak balik rumah. tade hallll.
nak balik rumah Maksu pun boleh, rumah Makyang pun bolehhhh.
untunglahhh mak sedara semua nye rapat rapat. HAHA.

tapi disebabkan aku agak sibuk training hujung minggu tak boleh lah selalu balik. padahal ada je hari aku skip training. hewhewhew.

bulan depan dah nak final exam. itu jeh ceritanye.

oh, in the end of this month. this comic will be publish :D cant wait for it XD

USER 2
aku akan dapat kan hujung bulan nih. heh!
jalan cerita dia niceeee. kisah pasal gamers yang boleh interact dengan gamers gamers lain. macam main dalam real world lah jugakk.
arh papehal korang patut beli USER 1 kalau nak tahu. aku dah tak ingat kalau nak cerita.
hohoho.

oh ini yang first punya komik.

USER 1
layannnnnn ~~~~

ohh lagi satu. aku tak tahu bilaaaa komik yang ni nak keluar. UNDER 18 ELITE. tapi title komik ni belum confirm lagi.

EVER ELITE



p/s : balik balik cerita pasal komik.

p/s p/s : eh eh aku punya sukalahhhh !