2011/12/31

Twenty Eleven

dua puluh sebelas.
oh. tahun baru dalam beberapa jam sahaja lagi. new year aku menapak dalam bilik je. muhasabah diri bila nak berubah. HAHA

aku harap 2012 ni, lebih ke arah yang lebih baik. sebab 2011 aku agak stabil, so 2012 ni nak lagi baik lah kan. hewhew.

actually, aku tak pernah letak azam apa apa pun masa 2011. jalani hidup macam biasa jeh.
tapi 2012 ni, aku nak letak azam.
azam aku, belajar simpan duit elok elok. belajar jimat cermat.
ceh.

Review cerita 2011.

Diri Sendiri
tahun ni jugak aku tamat asasi, dan tahun ni jugak lah aku masuk 1st year degree. disebabkan result aku tak lepas untuk dapat course Quantity Surveying, so, aku dapat course Estate Management yang juga dikecam hebat oleh Maksu aku. haha. yelahhh. mak sedara mana nak tengok anak buah dia sama dengan dia. kalau boleh dia nak anak buah dia ni ambil course lagi tinggi daripada dia. tapi nak buat macam, salah aku jugak sebab ikut kata hati. tapi apa apa hal pun Maksu still lagi support aku, selalu pesan suruh belajar betul betul.

tahun ini jugak lah, aku masih lagi menapak belajar dekat dalam UM. nak merantau pun buat apa. dok jelah belajar kat KL ni haaa. semua ada. senang. haha. tapi masa mula mula masuk dulu, aku banyak komplen lah jugak apsal lah diorang ni campak aku kat Kolej 3 -,- jauh dengan fakulti pulak tu, fasiliti kurang, tapi nasib baik dekat dengan kolej kolej lain macam 7th dengan 4th. at least area sini nampak meriah and aku pun ada banyak kenal kawan baru :)

oh ye. tahun ni jugak, sepanjang tempoh 5bulan sebelum masuk UM, aku kerja part-time kat Auntie Anne's. niceeeeee. haha. aku belajar macam mana nak layan customer, kadang kadang kira stok, susun stok bagai. belajar bikin pretzel. hehe. sepanjang temph tu jugak semua pretzel aku dah belasah makan. semua flavor aku dah rasa. lepas berhenti kerja situ, aku dah tak sangat beli pretzel. haha. dulu senang makan free free siap badan aku boleh naik sampai 4kg. tak ke nayaaaa je tuh. haha.

Family
takda benda sangat kott. tapi tahun ni jugak lah aku first time sambut raya kat Kelantan dengan mama aku. sebab aku dah janji dengan mama nak raya kat sana. tahun ni jugak, first time tak raya kat Kuala Kangsar. biasa nye itulah kampung yang aku akan balik. haha.
relationship aku dengan mama and adik just nice. just okayy. selama sebulan aku menapak kat Kelantan tuh. mula mula tensi lah jugak sebab tak biasa dengan environment tempat dengan orang orang kat situ. tapi lama lama okay lah jugak. saudara mara kat sana semua kenal aku -,- sampai ada yang aku langsung tak ingat or tak kenal tapi ingat pulak aku. tapii seronok jugak ada sedara ramai ramai ni. haha.

relationship dengan abah biasa biasa jeh. cuma aku tak boleh buang tabiat aku yang tak suka balik rumah bila weekend ke or bila public holiday. 
entahlah. selagi boleh aku tak nak balik rumah. aku prefer balik rumah Mak Yang aku or Mak Su aku. tak tahu lah kenapa. rumah family sendiri tak nak balik. haihhhh.
nak dekat dua bulan lah jugak lah aku tak menapak balik kat rumah tuh. 2012 ni mungkin aku akan cuba balik rumah selalu. tengoklah macam mana :/

Kawan-kawan
kawan kawan aku semuaaaaaaaa nice and bestttttt !! haha. setakat gaduh kecik kecik tuh ade lah tapi boleh setel. tahun ni jugak, kitorang buat trip pi Port Dickson, siap bbq tepi pantai. haha. seronok :D
ada jugak jumpaa kawan lama time sekolah dulu dulu. tetap best bila bawak sembang sembang. tak berubah pun. haha. tak banyak sangat nak cerita pasal kawan kawan sebab relationship aku dengan diorang okay je.
tapi ape apehal pun aku nak mintak maaf kat korang kalau selalu sangat terlepas cakap ke or ada buat korang terasa hati. walaupun kadang kadang aku memang sengaja pun cakap lepas dan sengaja nak bikin korang terasa hati. haha. bukan apa. biar korang tahu silap korang. korang nak tegur aku pun tadehal lah kan. macam lah korang tak kenal aku macam mana.

dan juga semester ni aku join SUKMUM. masuk sofbol dengan bowling. best! hehe. time tu lah dapat kenal ramai orang, dan team sofbol aku tuh just lepas masuk quarter final je. haha. kalau bowling pulak, aku dapat nombor 7 jehhhh. HAHA.
thanks pada korang yang datang jenguk aku main bowling. HAHA. tak sangkaaaaaaaaaa :P

2011 jugak aku aktif ber-tweeting. haha. member member TiKL yang tak rapat mana pun boleh jadi rapat. daripada tak kenal sangat boleh jadi sembang sembang sakan. haha. niceee. kadang kadang social network ni ada kebaikan nye kan? 

oh. lastly. wish me luck for this semester final exam. cuakkk bebehhhh. tak tahu lah kenapa. hope boleh jawab dengan baik. lecturer pun jangan lah bagi guwa soalan belit belit. HAHA.

okay. starts to count down everybody :)


No comments:

Post a Comment