2012/01/26

Comedy King.


kepada korang yang takda astro ka, or takda channel astro Warna, baik korang layan nih dulu.
usha kat Youtube pun bolehhhhh.

Raja Lawak kini kembaliiii ! haha. 

Group dalam video tuh nama diorang SHIRO. aku pun tak tahu lah kenapa nama group nye macam tuh tapi tak kesahhh lah asalkan lawak diorang niceeee. 

aku minat group ni sejak layan Raja Lawak 6. asalnya aku bukak channel warna layan raja lawak sebab nak tengok jozan mengacara jeh. diorang lagi lawak kott. haha. tapi contestants raja lawak kali ni agak best. 1st week pun nampak awesome lah jugak even ada jugak group yang buat performance entah pape and masa 1st week aku suka Shiro punya performance. lawakkk kott aku rasa even juri komen tak best. then, tak sangka bila masuk 2nd week lagi besttt >.<

ini pun kes sebab cuti semester. dok rumah, dok depan tv. takde keje lain. 

korang layan lah raja lawak kali ni. besttt kott #promo



p/s : aku dah tolong promo, mana payment?

2012/01/20

The Detective.

aku terlupa nak kongsi cerita dengan korang. sibuk nak exam kan hari tuh. tak update lerr blog.


herherher. ini panahan yang jadi bila dapat baucar buku free RM200. gara gara nak pilihanraya punya pasal, strategi kerajaan nak menang macam macam dia buat. hoho. tapi terima kasih jugak lah at least niat aku nak dapatkan buku buku ni tercapai. HOHO.
angan angan nak beli buku ni dah lama dah, tapi nak beli pakai duit sendiri terpaksa pikir dua tiga kali.

ada lagi balance RM150. 3 keping baucar yang tinggal tuh belum fikir lagi nak beli apa.

lepas paper legal studies hari tuh, esok nye aku gerak pi Mid Valley. datang MPH je pun. niat nak pulun komik banyak banyak pada asalnya. tapi sekarang takda komik komik yang latest or yang terbaru. so aku teringat nak beli novel ni. hahaha.

nice weh. hoho. tapi English dia agak tinggi lah jugak. British punya English. klasikkkk. aku buat buat je lah paham bila ada dua tiga words aku taktahu maksudnye. HAHAHAHAHA.

so far, jalan cerita dia aku paham. baru separuh buku Volume 1 aku baca, kadang kadang tergelak jugak aku baca sebab character Sherlock Holmes agak kelakar, then kadang kadang dia suka berlagak. haha. 

aku suka cerita yang berfikir. haha. tak tahu lah kenapa :/ dan yang macam detektif detektif sikit. niceee. kadang kadang aku rasa nak hempuk je kepala Sherlock Holmes even aku tahu dia tak wujud sebab dia boleh describe macam mana figure criminal tu sebelum official detectives sempat buat apa apa. HAHA.
sampai Dr. Watson sakit hati jugak lah. HAHA. 

daripada novel ni aku boleh tahu macam mana dia kenal Dr Watson, and macam mana dia solve kan semua kes kes dia. Sherlock Holmes gelar diri dia as unofficial detective consultant. bila official detectives buntu and tak dapat selesaikan kes, baru semua pakat datang cari dia. 

ada jugak cerita yang Sherlock Holmes ni tak lah perfect mana sebab ada kes dia tak dapat solve. bila Irene Adler terlibat dalam kes dia mesti dia tak boleh nak solve sebab perempuan tuh kenal dia and faham taktik taktik Sherlock Holmes. Irene Adler ni adventuress, aku pun kurang pasti yang minah ni punya character baik ke jahat. haha.

aku tahu pasal Sherlock Holmes ni dari kecik. itupun sebab aku layan anime Detective Conan. HAHA. Kalau korang layan Conan, mesti korang tahu yang dia follow jadi detektif sebab dia suka baca buku pasal Sherlock Holmes. dari situ aku teringin nak baca pasal Sherlock Holmes tapi tak tercapai capai sebab aku asyik sibuk kumpul komik Doraemon dengan Anak-anak Sidek. HAHA. masa tu dunia aku penuh dengan animasi. takda masa nak layan buku buku ni. haha.

sampai lah satu masa tuh, movie Sherlock Holmes yang 1st keluar. aku eksited bagai nak rak. eksited nak tengok kat panggung wayang, tapi tak tersampai jugak hajat. tengok download jaaa. Dua dua movie aku tengok download jaa sebab time dia tayang, duit tengah takda, and aku sibuk tengok movie lain dulu and, kawan kawan aku ramai tak berapa minat cerita cengginihhhh. HAHAHAHA. 

   

bagi aku diorang bawakan character ni dengan awesomeee. especially Jude Law. aku dah lah memang minat diaaa. bawa watak Dr. Watson lagi. niceeeee. haha. 
Robert Downey Jr. pun awesomee. aku suka dia dalam Iron Man. niceeee jugak :D




p/s : panjang berjela aku review pasal Sherlock Holmes :O #minatbetul

oh wayang

tak sampai seminggu pun duduk rumah lagi tapi aku dah rasa macam cacing kepanasan sebab nak keluar pi tengok wayang. tapi duit tak da. haishhhh!

duit ptptn mana cukup wehhh. setakat RM1000 satu semester buat belanja makan minum semua takkan cukup. UM punya yuran dah lah sampai dua ribu lebih, habis duit ptptn tuh dia sapu. alih alih duit mama jugak aku mintak. walau rasa segan silu tuh ada jugak tapi kena tolak tepi jugak rasa segan tuh. takda duit je call, "Mama, esok masukkan seratus boleh?" HAHA.
ye ye, aku tahu duit pinjam tuh guna untuk belajar bukan berjoli.

tapi biasalah kann, nak jugak hang out dengan member member ye tak? HAHA. apa salahnya kan? ceh.

nasib baik sekarang tengah cuti. duduk rumah. jimat lah juga duit tanpa aku membazir :P

tapi tapi tapi, ada dua tiga movie aku eksited nak tengokkkk :/ ada pulak yang best. hoho

#1

haa, yang 1st aku mau tengok. ade The Rock wehh. kepala botak lagiiii. HAHA. aku suka cerita fantasy fantasy ni. nice kott. pastu tambah action action sikit. cooool apeee.
nak tengok macam mana haiwan yang besar jadi kecik lepas tuh serangga semua besar besar.

geliiiiii wehhhh kalau ada scene lipas besar ke, cicak besar ke, mau aku tutup muka dengan beg dalam wayang tuh. HAHA.

haha. padahal tak tengok lagi, tapi aku rasa niceeee jeh trailer diaa. hoho

#2

2nd moviee pulakk. yang ini Hong Kong movie. ade Jay Chou wehhh. guwa suka dia dalam The Green Hornet. haha. Action movieee. movie dia pasal mission then kene protect virus bagai, lepas tuh ade scene tembak tembak lah dalam filem ni. papehal korang tengok trailer lahh.

ohh, aku perasan dalam trailer, diorang ade shoot kat area KL dengan Putrajaya. lagi eksited keinginan aku nak tengok movie ni. haha.

ada lagi satu tengah tayang sekarang, movie Underworld Awakening. tapi guwa kurenggg sikit nak layan dekat wayang. download jaa. even aku follow movie Underworld ni sampai lah series yang The Rise of The Lycans tuh, tapi tak berbaloi lah lah tengok kat wayang. biasa jeh citer diaa.



heh! aku cerita je lebih. tapi duit takda nak pi tengokk. Chinese New Year dah nak dekat. takda angpau ka untuk aku? HAHA.


p/s : aku tetap nak kata movie Sherlock Holmes tuh best. korang kata tak best sebab korang tak paham cerita dia. kan? kan? kan?

2012/01/18

late 18

welcome back !

haha. aku ucapkan pada diri aku sebab dah lama tak update blog.
entri pertama untuk 2012. dah 18 hari sudah jejak kaki ke tahun baru ni.

final exam for the 1st semester is quite okayyyy laaa ~~~
takda harapan tinggi sangat. pointer 3.00 je kalau boleh lahh :/
bosanlah cerita pasal exam -,-

cuti semester dah mula. duduk rumah sahaja, bagi kulit yang dah kena sunburn masa Sukmum dulu cerah balik. kulit guwa senang gelap tapi susah benor nak cerah -_- HAHA. faktor faktor genetik kott.

papehal pun, happy holiday :D




# heh! guwa sampai sekarang susah nak percaya umur sudah nak sampai 20 tahun :O