2011/02/28

pegang pada janji

minggu yang sangat sukses bagi aku.


TAHNIAH SYAZWANI AZHAR !! TAHNIAH !

terima kasih, terima kasih :D
aku sangat berbangga dengan diri aku.
aku bagi komitmen yang sangat tinggi untuk datang ke kelas dan kuliah dengan memenuhkan kehadiran dalam attendance list menggunakan jari tangan pegang pen tanda sendiri.
hohoho.

harap harap dapat laaa aku stay hadir sampai lah nak final exam ni.
ni betul betul dah, bukan main main lagi.

kesedaran aku lambat sikit nak sampai. berat. entah berapa megabytes pun aku tak tahu :P
almaklumlah, hidup dalam dunia sebagai manusia urban.
semua benda nak transfer guna bluetooth lah, infrared lah, bla bla bla....

p/s : PASUM memang hebat dengan kelembapan mereka. sial. aku dah mula fikir pasal result -_-

2011/02/24

penuh satu gudang

whoaaaa??? :O

sumber : google image

aku rasa pakcik google ni dah bodoh. tak faham bahasa agaknya.
aku minta gambar gudang, dia pi kasi aku gambar gudang garam.

aku perokok pasif, bukan perokok aktif macam abah aku.
semput aku dibuat beliau.
haishh..disebabkan itu impian aku nak jadi sprinter sekolah tak tercapai.
setakat lari lari lompat jatuh jatuh atas tanah aku boleh laaa...

hek eleh, kau tu dah laa pendek.
ada hati nak lari laju laju.
haha. bukan apa....
berbalik kepada kisah asal..

banyak betul dosa yang aku dapat petik kat kebun tadi. berbakul bakul. nak letak dalam gudang pun dah tak muat dah.
kena bina gudang baru. haha *dah macam main cityville pula :P

aku suka mengumpat, aku suka gosip :D
mengutuk orang memang terbaik.
puas.

tapi tapi..

umpatan aku akan berlaku sekiranya aku betul betul nampak perkara yang perlu digosipkan itu dengan mata lensa kepala kotak aku sendiri.
kalau tidak, aku hanya mendengar, mengiyakan, dan tanya betul betul kesahihan nya.
haha.

tapi ia tetap satu perbuatan yang ada dosa
tak de baiknya pun kat situ.

nak insaf?
memang tak lah.
sebab aku tak puas.

hey, manusia mana pernah puas dengan apa yang dia ada.

2011/02/21

Code Name Blue

kamu kamu patut tengok video nih dulu dan dengar betul betul. sumpaaaa aku rasa coooool.
haha


dah tengok?

kamu kamu mestilah tahu lagu Nobody by Wonder Girls tuh. popular kot. even sepatah haram kita tak paham kejadah dia nyanyi tapi boleh popular gila bagai. sampai lagu tuh ada banyak translation.

nasib baik lagu tuh diorang tak translate dalam bahasa Melayu. aku boleh rasa keburukan bunyinya. haha.

aku tak bermakna nak kutuk bahasa Melayu, cuma kalau nyanyi dalam bahasa Melayu tak rasa pelik ke? haha.

kat dalam video tuh lagu tuh jadi version rock. aku rasa sangat awesome. CN Blue sumpaaa terbaik !

aku memang dah agak lama bergelumang dengan korean song nih -_- lebih kurang dalam dua tahun yang lalu.

terima kasih kepada Najwa Husna sebab jadikan aku macam nih. tapi kau lagi freakkk bai. sumpaa kau memang gila. sampai semua budak dalam dorm Kekwa tu boleh terpengaruh dengan kau. cuma Teah lah, dia kental sikit. masih setia dengan Monyet Artik dia.

jatuh gilaa reputasi aku masa tuh. hilang segala imej Romansa Kimia Aku yang aku dah bawa selama 3 tahun. cissssss.

paling tak boleh blah, Catt Hamid, entah bila waktunya dan di mana beliau mula terjebak dengan semua ini aku pun tak pasti. sumpaaa hilang segala ke-handsome-an Noh Hujan yang beliau pernah ada suatu ketika dahulu.

salah satunya mungkin muzik.
muzik k-pop agak cool jugak. walaupun ada sesetengah yang meng-annoying-kan aku. tapi aku layan jugak -_-
aku rasa diorang nih pakai jampi serapah sambil nyanyi lah. haha.

aku tengah gilaaaa layan band CN Blue.
guitarist dia sangat coooool bagi aku.
akhirnya aku mengikuti langkah Joyeh untuk meminati band tersebut setelah mengutuk gila babi band tersebut di hadapan Joyeh.
cissssss lagi sekali.

aku nak berhenti layan k-pop.
sebab aku dah jumpa k-rock.
aku mesti tingkatkan kembali reputasi aku.
cari imej yang baru dan sesuai dengan keadaan aku sekarang.
tak nak jadi universal.

aku nak jadi manusia yang ada identiti dan personaliti yang tersendiri.
baru cool kan?

2011/02/20

balik rumah buat janji

sedapnya katil kat rumah. tilam empuk. tidur lena baii. haha
bantal lembut keliling katil.
jangan kamu kamu cemburu pulakkk.

mandi kat rumah sangat terbaik.
orang kampung kata, bilik air ada shower hujan. haha
segar bugar kepala otak aku.
semangat nak belajar datang tiba tiba.
haha... banyak lah alasan kau wani.
dah pemalas tu buatlah cara malas.
ceyh,
aku nak buat baik sikit pun tak boleh.

minggu ni sumpah aku teruk.
sangat sangat.
dalam satu minggu, 3 hari je pergi kelas.
dah dapat cuti percuma dua hari bonus hujung minggu dua hari bersamaan cuti 4 hari.
wahhhh.
tapi aku tetap tak puas. haha

aku nak buat perjanjian bertulis.
blog dan kamu kamu yang singgah masuk jadi saksi.

dengan ini memaklumkan bahawa
Syazwani Azhar yang perasan Stefani Fabulous
akan menjadikan minggu ini sebagai
kehadiran penuh kedatangan ke kelas dan kuliah
dengan suksesnya.
Sekiranya beliau memungkiri janji,
Stanley akan menjadi simpanan Adlyn Zuraimi.
menyiapkan segala bagai kerja tutorial Fatimah Razak.
wang fulus pitih akan dirampas oleh Farah Nazira.
dilarang masuk ke bilik Fatin Nabilah Jailani
selama 3 minggu.
-_-

nampak macam biasa jeh.
cuma yang akhir tuh macam pelik sikit.
tapi sangat berat tau hukuman tu bagi aku.
eleh, 3 minggu je apa lah sangat.
jangan nak kata 3 minggu,
3 jam Stanley takda depan mata boleh sakit aku.
jangan nak kata 3 minggu,
bagi 3 saat pun aku tak nak buat kan tutorial orang lain.
jangan nak kata 3 minggu,
3 minit duit takda boleh naik gila kepala otak aku.
jangan nak kata 3 minggu,
aku memang suka masuk lepak lama lama bilik chepam tuh,
entah apa yang best pun aku tak tahu.
HAHAHAHAHAHA !!
psst..psssst..
minggu ni je tau.
minggu lain aku tak boleh nak janji.
haha.
nampak macam bodoh.
nampak macam budak budak.

eh eh, suka hati aku lahhhh
manusia semuanya hipokrit jangan nak kritik.

2011/02/16

sentapan

sial. aku tersentap lagi.
kenapa dua tiga menjak nih aku cepat terasa hati?
aku tak terasa kalau orang cakap depan.
tapi terasa apabila cara yang digunakan itu bukan dari mulut sendiri tapi menggunakan medium lain.

ishhh. peliknya aku ni.

rasa macam takda kena mengena dengan aku....kot.
tapi kenapa mesti aku yang terasa hati.

sial.
reputasi aku jatuh lagi.

setelah sekian lama baru aku sedar, kenapa aku rasa pelik.

rupa rupa nyaaaaaaaaa,

sumber : facebook

aku rindu nak gelak ketawa suka duka sembang gembira bersama
ALAMIEN ZULFISHAH

hidup aku kosong kalau takda senda gurau kau.
kau sahabat terbaik yang aku ada.
eh, aku agak emosional.

kenapa eh kenapa?
simpton dalam badan masih belum stabil..kot.


p/s : macam dah lama sangat tak keep in touch dengan kau, fish.

2011/02/15

manusia topeng

SELAMAT MENYAMBUT HARI MAULIDUR RASUL KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DI ATAS BUMI INI

menyambut maulidur Rasul juga merupakan salah satu cara agar kita tak lupa akan kewujudan Rasullulah sebagai pesuruh Allah atas bumi ini.

tiba tiba, aku teringat satu ayat ni ;

"kita memang tak boleh jadi orang lain, tapi kita boleh jadi orang yang lebih baik"

dialog Adam Hassan, Nur Kasih

agak agak dapat tak apa yang aku cuba sampai kan?
banyak maksud tersirat di situ,

salah satu nya, kita sebagai manusia, kalau boleh tak nak jadi hipokrit. tapi boleh ubah diri kita jadi lebih baik walaupun sedikit.

kadang kadang, jadi hipokrit itu ada juga baiknya ada buruknya. tak tahulah yang mana. tapi bagi aku hipokrit itu sangat penting bagi orang yang selfish macam aku.

hurmmm, yelaaa.

kita terpaksa jadi hipokrit semata mata nak jaga hati orang lain.

kita terpaksa jadi hipokrit semata mata nak tutup keaiban kita.

kita terpaksa jadi hipokrit semata mata............................................................

ok, aku dah tak boleh fikir dah.
nampak sangat yang aku ni bukannya hipokrit sangat. haha

bagi aku, manusia atas bumi sekarang ni walaupun sebaik mana dia sekalipun akan ada hipokrit dalam diri dia walaupun sedikit.

memanglah, manusia bukannya sempurna.
hanya jasadnya sahaja ciptaan yang sempurna.

err, terasa macam aku ni serius.
mungkin sebab hormon kurang stabil sekarang.
haha.

2011/02/13

nak tulis jugakk!

bunyi macam mengada ngada kan? haha.

entah. rasa macam nak tulis sesuatu je kat blog ni, tapi tak tahu nak cerita atau kasi tahu kamu kamu tentang hal apa.

hurmmmmmm :(

errr..

arrrr..

ermm..

hmm..

-_-

ok, no idea.

psst..pssttt

pak supir nampak sweeeeetttt dengan si penakut kucing itu.

aku suka.

HAHAHAHAHA !!

nak gelak puas puas XD

itu aje point aku.

2011/02/12

last last aku nangis jugak -_-

wajib tengok dulu sebelum kamu kamu baca yang bawah bawah, tengok part yang couple mula mula tu jeh, yang belakang belakang tu tak payah.


dah tengok?

aku tak tahu kenapa aku sedih gila babi tengok scene part diorang clash tu.

yela, break up kat tepi pantai pulak tu -_- awek siap bagi kotak hadiah ada tulis janji janji pulak.

sumpah tak boleh blahhhhhh

oh, lupa nak kasi tahu, aku minat Baim Wong. haha. acting dia best wooo. tapi taklah sehebat Johnny Depp aku. tapi serius tak sangka aku boleh lekat minat artis Indon tu -_- sialan.


aku tak tahu kenapa aku suka tengok drama dia. babi babi. jatuh reputasi aku. cisssss.

sial punya Baim Wong, tak pasal pasal aku minat cerita indon.

oh, pembetulan, aku tengok cerita lakonan dia je. yang lain sila tolak tepi. harap maklum.

aku tengok scene tu, sumpah nampak gila ke'loser'an aku.

boyfriend takda ada hati nak break up macam dalam scene tu.

boo wani boo.
sumpaa aku rasa reputasi aku jatuh merudum.

sial.

2011/02/10

serius rindu

hurmmm :(

kucing pun tahu termenung tau.

tengah tengah syok buat tutorial ekonomi sambil dengar lagu, boleh pulak keluar lagu sedih.

tak sedih mana pun, muzik je slow.

#nowplaying Deeper Conversation by Yuna

aku tiba tiba termenung sekejap.

rindu nak bela, nak jaga, nak belai kucing. rindu Miaw :(

nak kucing macam Garfield :D

seronokkkkkkk nyeee.

bila aku betul betul ada free time, aku akan mula pelihara kucing semula. tunggu jelahh. huhu.

eksited dengar En. Zul cerita pasal kucing dia.

dulu aku pernah terfikir nak jadi doktor veterinar.

tapi aku tak nak pegang anjing atau babi.

haram.

sekejap.

ada ke orang jadikan babi haiwan peliharaan? o.O

p/s : RIP Miaw :'(

2011/02/07

rasa diri dipanah

aku tak faham lah kenapa bahasa Melayu ni mesti ada peribahasa. orang kata itu bahasa perumpamaan nenek moyang Melayu kita.

kononnya ada unsur nasihat.

bahasa berkias.

tapi makan dalam wooooo.

memang sengal.

'siapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya'

aku paling cukup tak suka peribahasa yang satu tu. aku ni dah lah tak makan cili. di bagi nya rasa pedas cilinya. manalah aku tahu macam mana rasanya.

ok ok. mukadimah terlebih.

terasa gila sawan babi boleh tak?

entah sejak bila aku jenis yang ambil kisah aku pun tak tahu. asyik buat tak tahu je boring lah ye tak? hidup pun jadi tak fun.

haha. -_- gelak sorang sorang.

terasa hati tu tak lah sama sekali. kalau aku yang terasa hati boleh jadi kes berat woo. satu badan aku penuh dengan minyak angin cap kapak.

jangan buat main.

rasa diri itu kena tembak dengan rifle. baca sekali kena, baca yang bawah kena, baca yang bawah lagi kena, baca yang bawah bawah lagi kena. last last semua kena. tepat pada sasarannya. tak guna! -_-

sumber diambil daripada adlynzuraimi.blogspot.com


cisssss. cilakak itu tuan punya blog. grrrrr !! berani berani kamu ya?!! aku ni kakak sulung kau tahu tak?!! jangan menunjukkan aib aku.

cover cover laaa sikit -_- loserrr lagi laaaa aku cam nihhh.

haha. poyo. takde hal pun sebenarnya.

saja nak kongsi cerita. apa yang si penakut kucing ni senarai kan betul betul padan dengan aku ketika ini. itulah sebab dan kenapa aku ketagih ponteng kelas. serius macam menagih dadah. ok ok. aku tipu. jiwa aku bersih dari segala perkara yang memabukkan dan haram di sisi Islam. aku hisap dadah?? memang tak lahhhh! tak cool la beb!

ye ye. aku lari topik. sedar sedar -_-
alah, lari anak anak jehhhh.

aku jelaskan sekarang, ya, aku tak nafikan yang aku seorang yang malas. malas nak bangun, malas nak pergi mandi, malas nak pergi kelas, malas nak belajar...bla bla bla. malas dalam semua perkara. melampau kan? penyakit malas aku ni dah kritikal. sangat sangat kritikal. nak stabilkan pun susah. dah tak boleh dibendung. yang nak kena ubah aku dan diri sendiri jugak kan, sape lagi ye tak?

tak cukup tidur? cukup tidur tapi nak tidur lagi? heh, biar aku gabungkan sekali. bila dah jadi student U, tidur memang susah nak cukup, tapi bila dah tidur, cukup pulak tu..nak tidur lebih lebih pulak. menggedik namanya tu, manjakan diri sendiri. haishh, nak buat macam mana kan.... bagi aku tidur heaven seyhh. boleh lupakan sekejap apa masalah kat sekeliling aku ni, ye tak?

tapi memang. bosan pergi kelas tiap tiap hari melainkan hujung minggu. asyik buat rutin yang sama jehh, naik muak jugak aku. nak jugak hari hari biasa tu lepak bilik je...ye tak?

kadang kadang lecturer melalut kejadah kat depan sumpah tak faham. lebih lebih lagi kalau dapat lecturer yang.....erggghhh...faham faham je lah. daripada aku turun kuliah lecturer tu tapi tak fokus langsung baik tak payah datang. lagi aku sumpah seranah lecturer tu. baik duduk dalam bilik diam diam, online ke tidur ke, senang cerita. ye tak?

yang ni aku mengaku, kadang kala rasalah diri tu dah pandai, "alaaaaa, probability je punnnn," haha. final exam tak dapat jawab, mampus aku. rasa juga apa yang aku belajar tu tak penting pun untuk masa depan, kini dan selamanya. buat apa aku nak kebarangkalian? no point. ye tak?

tengok movie, drama korea, memang aku suka. sanggup tak pergi kelas semata mata nak habiskan cerita masa tu lah jugak. hello?? wifi UM ni agak laju, 24hours pulak tu, nak pergi kelas yang berapa meter lah sangat tuh susah ke? hahaha. biaq pi lahhhh wifi laju ke kelas jauh dekat ke, ade aku kesah? janji hati aku puas. ye tak?

contoh macam petang tadi, kelas satu jam je beb. sekejap je pun. serius aku rasa tak berbaloi gilaaa. baik duduk diam diam dalam bilik, tidur. ye tak?

serius aku cakap, aku rasa cool gilaaa bila ponteng kelas. chill laa weyh, ponteng je pun. cover kemudian boleh lahhh weyhhh. ape yang susah. rasa macam gengster sikit, ye tak?

oh ya. lambat bangun pun punca nya juga. ok. aku jenis yang pelik sikit. 20 minit sebelum kelas bermula baru aku terjaga daripada tidur, alamatnya, memang aku tak turun lah kelas tu. aku tak suka rushing. serius tak suka. aku perlu dan mesti bangun satu jam sebelum kelas mula. rasa tenang, tak gelabah, semuanya ok. errr..cerewetkan aku? hahaha. lantak lah. asalkan aku bahagia di waktu pagi aku, ye tak?

tapi aku nak ingat kan pada kamu kamu. jangan lah buat perangai macam aku.

jangan tinggalkan majlis ilmu.

serius.

Rasulullah pun pesan macam itu.

ceyh, cakap kat orang pandai.
buatnye tak.

alah,
chill lahh.
nanti pandai pandai lah aku berubah -_-

2011/02/04

senarai hajat

tadi kemas kemas rak komik aku. berhabuk.
tengah syok syok susun komik aku, tiba tiba jumpa kertas terselit.

kertas masa zaman aku umur 16 tahun -_-

sedar pun yang aku ni dah semakin meningkat usia. entah bila nak berubah.

ok ok. kembali ke pangkal jalan. nak cerita pasal ubah diri sampai esok pun tak habis.

atas kertas tu tertulis wishlist aku ketika itu. apa yang aku hajatkan apa yang aku impikan. semua yang aku hajatkan boleh diterima logik akal. jangan risau. haha
aku saja saja nak kongsi. mana tahu kamu kamu boleh tolong aku penuh kan hajat aku.

oh ya. aku ada tokok tambah sikit. sesuai dengan apa yang aku hajatkan sejak aku mula sekolah menengah sampailah sekarang.



My WishList :)

  1. laptop sendiri
  2. mp3
  3. miliki sebuah henfon motorola RAZR (dah kena curi -_-)
  4. koleksi komik karya Zint
  5. koleksi komik Lawak Kampus
  6. kumpul semua album My Chemical Romance
  7. pergi Genting Highlands
  8. pergi Pulau Sipadan
  9. jadi arkitek
  10. jadi lecturer
  11. masuk sekolah teknik
  12. jadi civil engineer
  13. dapat dorm Kekwa (hajat masa kat sekolah teknik dulu)
  14. jadi kooperz. yeah !
  15. dapat 8A ke atas dalam SPM
  16. wajib turun Makkah buat haji
  17. nak pergi umrah 3 kali
  18. khatam tafsir al-Quran
  19. keliling satu Malaysia
  20. keliling Europe
  21. well-speaking in English
  22. miliki sebuah kedai bakeri dan studio jamming sendiri, business partner dengan Alamien Zulfishah. wee :)
  23. miliki sebuah kereta Audi
  24. miliki aset daripada Sime Darby Property
  25. bermaustatin di United Kingdom dalam jangka masa 7 tahun
  26. nak pergi Old Trafford
  27. nak naik cruise
  28. aku nak beli pakai henfon HTC
  29. kumpul semua filem lakonan Johnny Depp
  30. kumpul semua drama lakonan Baim Wong. haha !
  31. nak belajar tunggang kuda
  32. nak pergi Guangzhou
  33. belajar bahasa Mandarin
  34. nak pergi Disneyland
  35. belajar berenang
  36. mahu hebat memasak dalam segala jenis masakan
  37. oh, nak rantai perkahwinan bukan cincin perkahwinan
  38. nak lesen kereta :(
  39. belajar salah satu instrumen muzik - gitar, keyboard or drum
  40. belajar memanah
  41. nak lawat Niagara Falls
  42. nak lawat Grand Canyon
  43. nak pelihara seekor kucing macam Garfield :D
  44. nak pergi i-City -_-
  45. holiday dengan RETRONESS :D
  46. jadi quantity surveyor yang berjaya
  47. mendapat gelaran SR
tak banyak mana lah kan. biasa biasa jeh hajat aku. haha. tuh je laaa kot. haha

ada yang dah tercapai, ada yang belum, ada yang sedang diusahakan, ada yang terpaksa dibatalkan.