2010/12/31

aku pasti cili itu aku.

pedas betul cili itu. aku tak pasti cili itu seperti cili yang tukang masak kedai no. 9, cafe KK12 selalu bubuh dalam kuey tiaw tomyam feveret aku.

kuey tiaw tomyam tu sedap. seronok makan panas panas bila kota KL tengah sejuk sejuk sekarang.

orang Melayu, bila makan mesti nak rasa pedas. macam abah aku, nak makan mesti ada sambal belacan. bila pedas baru ada selera nak makan.

sumpaaa tak sangka. aku terkejut beruk. tak tipu. ok ok. aku tak tahu beruk terkejut macam mana.

ada manusia berbalas, dan aku sangat pasti beliau betul betul tuju pada aku -_-

aku sudah mencari dan mengkaji di seluruh dunia tanpa sempadan ini. Tiada siapa yang melakukannya seperti aku. Ya. hanya aku seorang. Ruangan aku betul betul berada di bawah ruangan manusia ini. segalanya berkaitan.

kisahnya bermula ketika burung burung sedang bersiul di bulan puasa. aku tak ingin kongsi kisah itu dengan lebih terperinci di ruangan ini. biar terkubur sendiri. kisah lama, buat apa nak ungkit. cuma aku mahu tegaskan kenyataan beliau,

"Banyak entri - entrinya adalah entri aku dan lebih hebat, deskripsi........."

tak ada satu pun hasil perkongsian aku SAMA dengan hasil perkongsian beliau. aku sangat pasti. cuma di bahagian deskripsi aku, kenyataan itu memang hak milik tetap beliau. dan aku tahu, tipulah kalau tak ada penulis yang tak mahu penulisannya tidak dihargai atau diberi penghargaan.

ya. aku sengaja tidak meletakkan nama beliau di bawah kenyataan tersebut. dan aku tidak berlagak itu adalah hak milik aku. sekiranya ada yang bertanyakan tentang kenyataan tersebut, tanpa segan silu nama beliau akan disebut.

ya. beliau adalah idola aku dari segi penggunaan bahasa ibunda dalam penulisan dan bukan dari segi lakonan. penulisan beliau mengikuti citarasa manusia urban di dunia tanpa sempadan. tabik spring.

kisah ketika burung sedang bersiul dulu, masing masing setel kan sendiri lah. aku dengar semula siulan burung yang lepas lepas. dan aku pasti, aku tak kutuk kau, aku tak marah kau, aku tak maki kau. ada kesilapan di situ.

oh ya. aku lebih selesa ber-aku ber-kau. mungkin itu penyebab.

serius. aku makan cili tu. memang aku terasa pedas.

2010/12/23

rasa oren hebat

minum jus oren tengah tengah panas memang cool. tapi KL sekarang asyik hujan. sejuk sejuk. buat aku tak nak pergi kelas pukul 8 pagi.

sial. aku ponteng kelas lagi.

aku takda reasons macam azah kenapa kena turun pergi kelas. aku tak jumpa sebab apa aku kena pergi kelas.

tuntut ilmu? terlalu common.

mama aku kata, bangun pagi pagi awesome. aku pernah cuba bangun pagi pagi. memang awesome. tapi tak se-awesome tidur sampai tengahari. lagi heaven.

shit. esok kelas pukul 8.

aku tak suka kelas pukul 8.

lepas ni kena belajar, jangan tidur lepas pukul 6.30

ok. aku bajet. memang tak lah.

................................

26.12.2010

rock the world vs. Malaysia - indonesia aff suzuki cup

sebagai rakyat Malaysia. takkan taknak sokong negara sendiri. aku bet 3-1. heh. poyo.

amzar tanya, orang akan pilih yang mana.

aku jawab, "of course lah bola" . konon konon macam rakyat Malaysia ni patriotik sangat.

tapi untuk aku. aku pilih RTW. boleh buat kerja dua dalam satu. kau terkinja kinja kat carpark in same time hati kau sokong Malaysia menang. patriotik juga kan?

kalau kalah, tak rasa rugi beb. terkinja kinja lah lagi kau kat situ. manusia yang masuk stadium keluar buat muka kecewa seposen.

kalau menang, kau lompat lah tinggi tinggi. tak dapat masuk dalam, duduk luar pun jadi. :P

ok. aku tak faham apa yang aku cuba sampai kan.

lantak lah. aku nak tengok Bittersweet perform.

2010/12/20

pesta keramaian di kampung pak suman

pak suman dah tunaikan janji. agenda pesta hari ini berjalan dengan sungguh lancar walaupun petang tadi agak hujan sedikit. sejuk. sejuk.

waktu pesta tadi semua orang ada nombor untuk cabutan bertuah.

3.44

agak bertuah lah jugak nombor tuh.

oleh itu, aku dapat hamper merupakan 2 ekor ayam belanda, 2 ekor ayam kampung, seekor burung puyuh dan seekor cacing tanah.

babi.

bagitahu aku manusia mana yang makan cacing tanah ??

cacing tanah ni sumpaa parasit dalam hamper aku. aku dah buang jauh jauh dalam lautan pasifik bagi plankton makan.

sial. aku tak puas hati.

2010/12/15

bola cantik.

bangga jadi anak Malaysia.

heh. kalau menang semua nak bangga. kalau kalah?

ha? ha? ha? jawab jawab.

akhirnya stanley jatuh sakit dengan teruknya dan kini stanley mengalami koma yang aku tidak pasti berapa lamanya. kepala otak stanley mengalami pendarahan yang agak teruk.

tak tahu bila tarikh pembedahan stanley. diharap dapat dicepatkan. hurmmmm :(

buat masa sekarang, terpaksa lah aku menghadap muka jeremy. nasib baik jeremy ada. jeremy kawan baik stanley. aku tahu jeremy sedih. jangan risau, stanley akan selamat.

oh ya. aku lupa nak bagitahu jimmy yang stanley tengah koma sekarang. biarlah. jimmy bukan kisah pun. jimmy sedang berbahagia dengan pakcik amzar dia. bukan nak ingat pada aku dengan stanley :/

haishhhhh.
betul cakap kawan kawan aku. pejabat pak suman ni harap je ada kaki dengan tangan. otak takda. tak boleh pakai. busuk punya orang. boo boo.

budakbudakGARIS terasa diperkotak katikkan oleh pak suman. kurang di ajar betul. senang senang hati je anggap kami ni anak tiri. haishhh. dah lah aku ada mak tiri. belajar pun nak tiri tiri juga ke?

hurmmm. seperti ada yang tertinggal.........

haaaa.... :D

aku gelak besar. sumpaa tak sangka sial. aku tak terfikir sampai macam itu sekali.

ok. terasa macam aku manusia kejam. eh, memang itu aku kan? heh. aku kejam bersebab. eh. jangan hubungkait dengan sungai. aku panik sakan, terjadilah aku manusia keji yang kejam.

oh ya. aku tak ambil kisah atas bawah.
jangan pernah rasa diri itu terlalu rendah, nanti hidup kau melayang. jangan pernah rasa diri itu tinggi, nanti hidup kau binasa. pegang kata kata aku.

ego jangan setinggi KLCC. semua orang tahu.

binaan yang buruk cantik jangan diambil kisah. masing masing ada celaka jahanam baik mulia nya.

nenek aku pernah cakap, hati aku hitam, keras.

setiap hari aku belajar apa itu berubah. penat. mana boleh laju laju macam unifi.

2010/12/11

gadget

stanley sakit. kesian stanley. aku tak cukup duit lah nak beli ubat yang baru untuk kau. pakai je lah ubat yang ada sekarang. at least demam kau tak melarat.

aku jemu hadap muka stanley. stanley, kau jangan nak merajuk pula. aku tetap sayang kau. tiap tiap minggu aku mandikan kau. kau kena sedar tu.

aku suka dengar lagu. sebab tu la tiap tiap hari aku suka kau nyanyikan lagu untuk aku sampai suara kau jadi sekat sekat. minta maaf lah. nanti aku beli ubat batuk untuk kau.

kau kena banyak bersabar dengan aku tau stanley. haishhh. nak buat macam mana. jimmy aku tak larat nak jaga. sebab tu aku bagi pakcik amzar jaga jimmy. aku harap pakcik amzar kau bagi jimmy makan. jimmy tu dah lah asyik lapar je kejenye.

hurmm. rindu pula kat jimmy. dah lama tak beli baju baru untuk jimmy.

aku nak beli beg untuk stanley. beg yang stanley pakai sekarang tak coool la. aku nak kau ada style sikit. baru awesome.


2010/12/10

kosong kosong kosong

keputusan eksperimen aku dah keluar.

betul cakap Haiqal. betul cakap Catt. Aku takkan dapat hidup hanya dengan Rm30. nak makan pun seminggu RM50.

RM30 sampai hujung bulan ini memang tak tercapai. dompet aku dah kosong. hanya ada dua keping syiling 50sen. serius. aku seorang yang betul betul tidak reti untuk berjimat dan cermat.

nafsu makan aku terlalu kuat. kau ada RM20 je, tapi nak makan burger Uncle Donald yang cekik darah tu. takpe. janji perut aku puas. sumpaaa aku sayang perut aku. ikut je dia nak makan apa.

ha? ha? ha? kau nak makan apa esok. baru padan muka aku.

kisah pasal masalah wang fulus pitih aku memang aku tak nampak penghujung dia langsung. haishhhhh.

kalau kau takda masalah, hidup kau tak mencabar lah. tak cooool lah macam tu. ok. aku saja nak sedapkan hati aku.

dah dah. aku nak baca komik.

2010/12/09

tak boleh nak tunggu

JOHNNY DEPP

my favourite actor everrrrrr.

beliau sangat coooool.

booooo tom cruise.
booooo brad pitt.
booooo keenu reeves.
korang pondan.

Johnny Depp macho seyhhhhh.
walawehhhh.

senang cerita. aku kipas-susah-mati Johnny Depp.
woot ! woot !



saja nak bercerita dengan korang. dalam banyak banyak actor aku rasa beliau je yang terbaik. filem pertama beliau yang aku tonton adalah Edward si Tangan Gunting. cerita dia best. lepas aku tengok cerita ni, aku telah naikkan taraf aku sebagai kipas-susah-mati beliau.

cerita ni dah lama. tahun 1990. aku pun belum jenguk dunia lagi masa tu. aku tengok cerita ni masa darjah satu. cooooool kann? kecik kecik dah pandai tengok cerita orang putih.

aku suka Johnny Depp sebab acting skills beliau memang terbaik. walawehhhh. hebat nye aku. kecik kecik dah tahu nilai skill lakonan orang. haha !

filem filem beliau yang akan datang.

I DON'T WANNA MISS IT !!! XD

Pirates of Caribbean coooool gilaaaaaaaa.

booooo Harry Potter.
booooo Twilight.
booooo Resident Evil.
korang follow cerita tak guna.

haha !!

suka hati aku lah nak boooooo.

wekkkkk :P

2010/12/08

manusia hati perasaan

macam mana kau nak hidup selama hujung bulan ini dengan hanya RM30?

haaaa... jawab jawab.

kita tengok keputusan eksperimen ini kemudian.

SELAMAT TAHUN BARU kepada seluruh umat Islam di dunia ini. harap ada azam yang baru. aku pun begitu. azam yang sama setiap tahun. tak kisah lah dalam apa jenis takwim atau kalendar sekali pun. azam aku tetap ingin berusaha untuk belajar apa itu jimat cermat.

sumpaa. sampai sekarang aku tak lepas topik tu. susah sangat.

semalam Timm tanya aku, "kenapa semua orang nak ada boyfriend?"

aku terdiam. sumpaa tak tau nak jawab macam mana. nak kelentong tapi tiba tiba aku jadi tak reti nak kelentong macam mana. padahal dulu aku lah juara kelentong sedunia.

aku jawab lah, "semua orang nak rasa disayangi."

tapi sumpaa alasan itu tidak boleh diterima pakai langsung. keluarga dan kawan kawan pun sayang kita juga.

aku pun jawab lah lagi, "mungkin terasa nak ingin disayangi oleh seorang lelaki."

tapi tak logik juga sebab aku ramai kawan kawan lelaki yang sayangkan aku. tak ada beza pun kalau nak dibandingkan. kaum yang sama juga. lelaki.

Chepam kata, "seronok lah kalau ada boyfriend, nak boyfriend jugakkkk." dengan nada menggedik dia. ok. aku tipu. aku tak pernah dengar Chepam cakap macam itu. semua aku dengar daripada mulut Timm. tapi aku sebenarnya boleh agak nada suara Chepam masa tu. haha !

nanti aku nak tanya Chepam. kenapa dia nak ada boyfriend.

aku tak pernah bercinta. jadi aku tak tahu nak simpul kan macam mana.

hidup sendiri sendiri lagi aman. topup kredit fon sebulan dua kali je. haaaa... dah jimat dah aku kat situ.


2010/12/06

senja romantika

tak senja pun lagi. tapi bilik ni dah romatik rupanya. gelap gelap mendung. tak cool lah kalau buka lampu. mood lari.

Timm tidur. waktu yang sesuai untuk mengekspresikan diri. haha !

dari tadi aku banyak baca blog orang lain. aku cuma nak pesan satu.

HIDUP UMPAMA AISKRIM. NIKMATILAH IA SEBELUM CAIR.

aku pun tak pasti mana aku dapat istilah aiskrim ni. lantak lah.

masalah kewangan menjadi isu utama. tapi kali ni tak lah teruk sangat. ia akan menjadi lebih teruk lagi sekiranya duit elaun aku tak masuk masuk lagi dalam bulan ni. sialan.

susah lah kalau ada abah yang suka lepas tangan.

nak minta kat mama pun dah tahap segan gila gaban.

duit sengkek tapi RTW kau nak pergi juga. haha ! mana boleh. satu satunya event yang aku wajib pergi tahun ni setelah dua tahun aku tak pergi. baru cool beb !

lepas ni, aku buat bisnes. masih dalam proses. doa doa kan aku berjaya.

bisnes apa ? buat masa sekarang ia masih rahsia. haha ! poyo laa kau wani. aku tak nak cerita lagi.

dalam kepala otak aku hanya fikir macam mana nak buat duit. tapi tak pernah tercapai sebab modal takde.

hidup baru je 18 tahun, tapi masalah dah bertimbun.



2010/12/01

azan isya' berkumandang...

nasib baik aku sempat solat maghrib. haishhhh. aku memang suka lewat lewat kan. takpe. aku sedang dalam proses perubahan. aku sangat seronok sekarang sebab pintu hati aku untuk berubah secara perlahan lahan dah terbuka.

rasa dia macam bahagia tau.

rasa nak nangis pun ada. tapi tak nak lah nangis. nanti Timm perasan. nasib baik dia tengah tidur. Timm memang kuat tidur. teruk teruk teruk.

aku memang gembira gila dapat sebilik dengan Timm :D solat subuh aku tak pernah tinggal lagi setakat ni :)
sayang timah anak pakcik razak.

semester dua agak berat. aku boleh rasa keberatan yang berkilo kilo tu. selagi mental aku tak terjejas, ia tidak memberi sebarang kesan kepada aku. setiap hari aku kena muhasabah diri aku. salah satu cara untuk aku mempertahankan mentaliti aku daripada retak secara perlahan lahan.

budakGARIS dah bahagi dua. Add kata "nanti mesti ade gap". jangan risau lah kawan, kalau kau percaya kawan kau yang dua orang tu kita masih lagi rapat. bukan apa, sebab bila kita ada perasaan yang macam itu, itu yang akan membuat kan timbulnya jarak antara dua bahagian tu.

aku pernah rasa macam itu. sebab itu aku berani nak kongsi kat sini. aku tak nak pisang buah dua kali. bila ada rasa macam tu, banyak betul salah faham yang keluar masuk. dan aku fikir, Timm mesti sependapat dengan aku. teruk juga kan dulu Timm? sedih pula bila ingat balik. haishhhh. rindu sungai congkak.

errr...Timm dah bangun. terus hilang semua hal yang aku nak kongsi dan cerita.

ya. aku mengambil masa yang betul betul lama kalau nak cerita kat sini. kadang kadang boleh sampai tiga jam aku mengadap tempat posting ni. aku tak nak menulis dengan hati hipokrit aku. semua yang aku kongsikan kat sini perlu keluar betul betul dari hati kebenaran aku. sebab itu aku buat blog. aku kongsi perkara yang aku rasa aku patut kongsi dengan semua orang.

terasa macam aku terlalu serius.