2011/04/25

the Thypoid Injection + Kedai Makcik Anne

Ho ! Ho ! Ho ! Ho ! [gelakgayaSantaClaus]

ok ok.
aku keluar menghidu kota raya Kuala Lumpur pagi tadi.
ye. pagi Isnin merupakan waktu waktu yang lengang di Kuala Lumpur dan waktu waktu sebegini sangat sesuai untuk membeli belah. haha.
tapi..takda duit nak shopping lahhh :P
kalau nak diikutkan jadual aku hari ni. aku kena turun klinik ambil suntikan.
wooo...kalau dengar bab bab nak kena inject nih mesti ada yang takut takut.
tapi aku cooool jeh. background family semua kerja kat hospital, apsal aku nak cuak pulak kan. jatuh lah reputasi.

untuk pengetahuan korang, semua pekerja dalam bidang makanan sahaja di area Kuala Lumpur wajib buat thypoid injection.
DBKL wajib kan suntikan itu sebab ada masalah kesihatan dan kebersihan di sesetengah kawasan di Kuala Lumpur lebih lebih lagi area Brickfields dengan Damansara.

tapi...sumpaaa bikin susah lah. nak kerja kena pergi inject dulu. after that, baru boleh masuk kerja -_-

aku dapat kerja kat Pizza Hut, tapi akak manager tuh cakap before masuk kerja kena pi inject dulu. aku coool je lah bila dengar wajib kena inject tapi leceh lahhhh. kena pi klinik.

tensi tensi.

oleh itu, pagi tadi aku geraklah sorang sorang pi Klinik Kesihatan Dato' Keramat. akak manager Pizza Hut tuh cakap kat situ ada buat injection tuh. layannnn jelaaahh kan.
alih alih aku sampai jeh kat kaunter klinik tuh, akak nurse tuh cakap kena pergi Klinik DBKL Cheras sebab diorang dah tak buat dah injection tuh tapi satu satu sahaja klinik yang guna pakai injection tuh hanyalah di Cheras.

memang bikin aku panasssssssss. aku punya fizikal dan mental betul betul dah ready nak kena cucuk dengan jarum tuh, tak pasal pasal punah macam tuh jeh...

haishhhhhh...

masa tuh aku rasa nak tukar kerja jeh. leceh lah nak inject inject. tapi still, aku nak kerja kat dalam bidang makanan jugak sebab passion aku terhadap makanan sangat tinggi. HAHAHAHA !!
almaklum lah, empunya diri dah suka makan. nak buat macam mana kan.
tapi kawan kawan aku ada suggest suruh aku kerja kat butik. tapi boring lah. aku tak suka.
ye. aku sangat cerewet. maaf ! maaf !

aku malas nak balik rumah dulu. jalan jalan jap. tengok kota lumpur ni kalau kalau ada perubahan lah kannn...
pusing punya pusing aku nampak McDonald, aku nampak Burger King. arhh. macam susah pulak.

then aku jumpa Subway. hurmmm, aku pun try test rezeki kalau ada kat situ. hampaaaa :(
aku nampak Old Town White Coffee..teragak agak nak pergi. cancel last minit.

then, aku nampak ada harapan kat Auntie Anne's and yayyyyyyyy !! i got the job bebehhh !
the Miss Manager says, "tak payah buat injection lagi, masuk je kerja dulu then kami akan bagi cuti untuk u pergi buat injection."

HAHAHAHAAHA !! lepas nih aku mungkin boleh belajar macam mana nak bikin pretzel. hohohohoho. coool yawwww ! this Wednesday dah boleh masuk kerja. huhu.

serius. boring duduk rumah.

Adlyn Zuraimi...don't be jealous.
hari hari aku makan pretzel sampai naik jemu.
:P

p/s : the location of the Auntie Anne's will not be reveal. mampus lah aku kalau jumpa dengan korang. confirm confirm kena bahan -_-

2011/04/20

kerja??

aku
dengan
kerja
memang
tak
ada
chemistry.

pemalas
daydreaming
careless

err..
minggu depan aku mula start kerja.
err..
err..
err..
ok. aku tak excited.

income 750++

layannnnnnn.....

2011/04/17

Fasa Kedua

5 bulan. apa aku nak buat? kerja? lepak rumah? goyang kaki?
aku nak kerja. nak duit. serius.

fasa pertama telah aku harungi dengan kental nyaaa. hahaha.
kawan kawan aku superduperawesome !!
terasa family.
lepak rumah afiq ramai ramai. masak sama sama. tengok tv sama sama. dalam satu rumah.
coooool yawww.
haha. azah pulak bawak niece dia sekali. terasa macam azah dengan haiqal dah ada anak. HAHA.
akem pulak dah macam uncle dia dah. haha.

semalam buat UM macam tempat sendiri. macam mak bapak kitorang yang punya. round satu UM sumpaaa awesome gilaaaa. kecoh dengan enjin kereta. haha.
lepak kat Bukit Cinta. dengar radio, semua keluar lagu selamat tinggal.
hilang kachak haiqal, hilang macho afiq.
akram yang masih kental. zaid dan bai yang stay cool.
chepam, farah, add, sarah..semua dah hujan.
aku macam takda perasaan. memang kejam. lagipun, hati rasa kosong. semua tinggalkan aku. bukan aku yang tinggalkan diorang.
yelah, sekolah kat sini, tinggal kat sini, U pun kat sini.

lepak sama sama sampai subuh. semua dah penat. tapi semua taknak pisah. tak pernah rasa macam ni.
lagi sekali aku kasi tahu, kawan kawan theGARIS aku superduperawesome.

aku tak sedih. aku tak gembira. aku rasa kosong.

hidup dah mula boring. takda sapa yang nak bahan aku. takda sapa yang boleh aku bahan.

jumpa lagi di bulan 9. kita tempuh fasa kedua dengan lebih awesome !!




see u guys :)

2011/04/13

taktahu

. . . . . . . .
. . . . .
. . . . . . .

oooo~~~~~
aaaaaaaa~~~~~~~

bosannnnnnnnnnnnn.

fine.fine.

hari ini merupakan exam terakhir sebelum paper english. bagi student alam bina
mcm kitorang nih, paper english tuh mcm paper sampingan jehh.

HAHA. papehal penting jugakkkk owhh. SATISFIED.SATISFIED. haha

Timm, Farah, Add, semua tengah celebrate hari terakhir jawab exam.
layan kat masjid jamek.
aku rasa Pamm pun ikut sekali..kot. haha. entah.
aku takda mood nak join. sebab aku frust.
sial punya account, eh bukan. babi, aku tak sempat jawab lah bangang !
dah, kurang kan mencarut. dosa dah berbakul bakul. agaknya dah muat satu gudang.

biasa aku coool jeh. setakat tinggal satu soalan tuh. biaq pi laaaa.
tapi kali nih macam dah worst sangat.
haishh.. teruk teruk. kecewa dengan diri sendiri. haha.

tapi biarkan. result akan datang, apa nak jadi jadi lah.
berdasarkan pengiraan jangkaan yang aku buat, kalau semua 7 subjek aku dapat B+ ,
sure sure 3.0 dalam tangan.

chill lah wani. dalam keluarga kau, kau jeh yang paling berjaya.
takda sapa boleh kejar kau daripada belakang.
adik adik semua kecik kecik lagi.
diorang nak berlagak dengan kau, kena lah beat kau dulu.
HAHAHA.ceyhh.

ok. tensi.

aku bersyukur, syukur sangat sangat sebab ada anugerah otak geliga daripada kecik
sampailah besar.
tapi penat.
penat sebab aku seorang je yang jadi harapan. takda sapa sapa.
adik beradik pun dua jeh.
hidup pun pisah pisah.
ada ayah tapi tak concern dengan anak sendiri.
ada mak tapi tak tahu macam mana cara hidup aku kat sini.

selalu dreaming kalau dapat hidup dengan keluarga sendiri.
ada abah, ada mama, ada aku, ada afiq. semua tinggal dalam satu rumah.
tapi aku tahu, hal macam tu takkan jadi dalam hidup aku.
tak akan pernah jadi.
sooo, tak payah nak berangan sangat lah kannn.

tapi.....

kadang kadang aku jeles.cemburu.dengki sangat sangat dengan orang lain
yang tak senasib dengan aku.
hidup dengan mak ayah adik beradik sendiri.
tak kisah lah family tuh ada masalah ke, teruk ke, jahat ke...
tapi diorang tetap tinggal satu rumah.

oleh kerana tu, aku simpan azam.
bila dah kahwin ada anak semua.
aku taknak anak anak aku end up macam apa yang jadi pada aku.
aku tahu rasa dia macam mana.

heh!
malu lah beb kalau takdir hidup macam ni tapi jiwa tak kental habis.
jatuh lahhh reputasi.

hati aku keras. hati aku batu. hati aku hitam. hati aku kejam.

HAHAHHAHA. gelak besar besar.
dah lama tak post entri kat blog nih.
ingat nak cerita cerita kosong jeh.
macam cerita sedih sedih pulak yang sampai.
sekadar luahan, kita kongsi kongsi, boleh kan?

p/s: berhabuk betul blog nih. sapu debu debu sikit.
lepas nih perlu lebih aktif.