2011/01/31

7 hari

bersamaan dengan seminggu. apa nak buat? otak aku blurrrr.

hari hari hadap laptop.

keje aku, download movie, download lagu..

hari hari aku online.

balik balik facebook -_- terbaiknye twitter, nak baca baca bukak blogger, boring sangat layan cityville takpun concentrate kat guitar geek.

hari hari bangun pukul 12.

waktu mandi? lepas lunch. bermakna dalam pukul 1 lebih macam tu.

hari hari tengok tv.

layan HBO, star movies. semua cerita merepek :P paling cikai aku layan lah movie kartun kat disney.

hari hari makan.

tapi aku jarang makan nasi. famili perasan jadi orang western. konon nye laaa.

haishhhh.

apa nak buat?


2011/01/28

kosongkan otak

exam dah habis, otak gua pening.
pening nak buat apa lepas ini.
belajar? memang tak lahhh. cuti beb! sapa nak pegang buku? kasi tahu aku sikit.

aku masih di atas kerusi bilik C223 aras dua blok C kolej kediaman kedua belas universiti malaya.
kenapa aku tak balik rumah lagi?
aku bukan budak design yang perlu siapkan projek untuk kelas esok.
tapi, kenapa aku belum balik rumah sedangkan cuti dah bermula.

persoalannya....
rumah bukan tempat aku. aku tak suka balik rumah. bukan macam orang lain.
rumah aku bukan ada hantu pun, bukan nya tak best, tapi hati aku bukan kat rumah.
hati aku dalam badan aku lahhhh.. takkan nak operate letak kat rumah, ye tak?

nak pergi jauh..
bila aku dapat pergi jauh..?
haishhh.

aku tak suka cuti kena balik rumah. pelik kan.
aku tak suka bila aku dah habis asasi.
5 bulan beb!
jauh lagi bulan 9 tu.

mana hala tuju aku?
cari kerja kat kL atau ikut mama?
FUCK.

2011/01/23

agak tersedar

~~~ life ain't just a joke....and why are we laughing! ~~~

Dead ! by My Chemical Romance

semalam gila gila aku layan MCR. perrrggghhh ! rasa macam tengah high waktu tu. haha ! otak aku dah tak betul. Safwan kata aku tension stress. tapi aku rasa tak. otak aku bersih dari segala masalah.

masalah duit? pun tak. ok je. alhamdulillah, masalah duit wang fulus pitih aku dapat aku control sikit. heh ! sikit je laaaa.

stress nak exam? hurmm, no point bagi aku. pandai pandai laaa aku cover apa yang patut. dapat jawab ke tak bergantung pada diri aku.

nak tak nak. terpaksa ada sesi tembak menembak esok.

dah aku malas nak study gila gila. biaq pi laaaa.

aku baca sepintas lalu. baca sekali dua dah cukup. itu kira berbaloi bagi aku untuk aku dapat cover subjek tu. haha ! apa nak jadi, jadi lah.

hidup aku agak terumbang ambing sekarang.

aku dah kata, aku bukan 'last-minute student'. dah nak exam bukannya study mana sangat. masa aku banyak terbuang dengan online, main game.

aku belajar bila mana aku rasa nak belajar.

aku kena cari diri aku yang dulu balik. sebab aku tahu macam mana nak study smart, bukannya study hard, dan juga bukan study last last minute.

kehidupan bukannya sesuatu yang boleh dibuat mainan. aku kena mula sedar daripada sekarang.

2011/01/20

letih laaaa macam nihhh

apa nak buat? masing masing ada kepala angin masing masing.

toleransi.

salah satu faktor yang penting kalau kamu kamu nak selesaikan masalah. dua dua belah pihak kena sedar lah. jangan nak ego tinggi macam KLCC pulakkk. memang mintak penyepak lah.

orang lain tak perlu masuk campur. mereka mereka itu dah agak dewasa kalau nak dikatakan. tahu mana yang baik mana yang buruk.

kita sebagai manusia, takkan lah nak bermusuh kan? tak elok tak elok.

hohohoho. mukadimah dah setel. poyo jeh ayat :P

apa apa hal pun, aku nak kongsi serba sedikit perkara mengikut apa yang berlaku di sekeliling aku.

perangai manusia ini macam macam kan? pelik pelik pun ada. yang entah apa apa pun ada. memang bikin kacau lah. tapi kalau semua manusia atas bumi ni perangai sama jeh...alamat bosanlah dunia. hidup pun tak ke mana.

ada manusia yang hatinya batu. memang kental habis. kita kalau nak jadi manusia yang seperti ini memang susah. tak tahu apa yang mereka nak sebenarnya dalam hidup mereka. manusia seperti ini memang jenis buat tak tahu jeh. mereka ada dua kategori, pertama, manusia manusia seperti ini takkan menangis walaupun terasa hati yang melampau sekalipun. mereka mereka ini hanya menangis disebabkan perkara perkara yang tertentu, perkara perkara yang sebahagiannya penting dalam hidup mereka. mulut pun kadang kadang cakap pakai lepas jeh. ada orang akan sakit hati dengan manusia yang macam ini. akan tetapi, kita akan lebih senang dengan orang yang sebegini kerana mereka lebih terbuka. kita boleh bagitahu apa salah dia tanpa ragu ragu. kedua, mulut manusia ini memang cakap main lepas jeh. tapi senang terasa bila ada orang cakap lepas balik pada mereka. senang cerita, manusia seperti ini kira macam vice versa dengan manusia kategori pertama. aku tak boleh nak explain sangat tentang manusia hati kental kategori kedua ini sebab tak cukup lagi pengalaman. haha

ada manusia yang mesti nak menang jeh. tak nak kalah langsung kalau kita sedang berdebat sesuatu dengan manusia yang sebegini. memang bikin hati panas jeh. walaupun hal yang kita debat kan tuh remeh temeh je pun. haishhhh...kau tahu kau tu dah salah tak payah lah nak defend yang kau tu betul. ingat kau manusia perfect ke? sedar sedar lah sikit. perangai dah macam budak budak sekolah boleh tak?? daripada luar semua orang kata yang manusia macam ni matang lah, dewasa lah, padahal otak sempit. nak terima apa yang orang sekeliling cakap pun tak boleh. kalau kamu kamu jumpa manusia manusia yang macam nih, kamu kamu jangan sesekali nak sound direct jeh, mesti manusia macam tu buat muka. tapi serius, memang buat sakit hati lah tapi sabar memang sangat sangat diperlukan waktu tu. oleh itu, buat tak tahu atau diam merupakan cara yang terbaik. kemudian, manusia yang sebegini lebih senang kalau kamu kamu guna cara yang halus. haaa.. macam mana? nak tahu? haha. ada dua cara, pertama, secara urban nya, kamu kamu tulis lah dalam blog tentang perihal ketidakpuasan hati kamu kamu terhadap mereka ini, masukkan unsur unsur nasihat menasihati kerana manusia seperti ini tak boleh terima nasihat secara terang terangan. mereka lebih senang dengan cara yang sebegini. kedua, secara klasik nya, kamu kamu tulis lah atas kertas sebagai surat. senangkan? huhu. kalau nak menghadap manusia yang seperti ini, kamu kamu perlu rilek, cool dan tenang seperti aku. hohohoho. baru boleh hidup dengan manusia seperti itu.

ada manusia yang jenis pendam dalam hati. simpan sorang sorang kat dalam. kita cakap apa apa pun mereka terima je. senang sangat menangis. nak marah pun marah dalam hati sebab tak berani nak sound orang yang sakitkan hati mereka itu. mereka mereka ini akan cari seseorang yang boleh dijadikan tempat untuk luahan perasaan dan mereka sangat percayakan seseorang tersebut. manusia yang seperti ini aku nasihatkan kau kena lebih berani. nanti orang lain pijak kepala kau baru kau tahu. jangan sampai teraniaya sudah lah. manusia yang macam ni senang dapat hasad dengki daripada orang lain. jadi mereka perlu lebih berhati hati dalam segala tindak tanduk mereka. akan tetapi, manusia yang sebegini lebih menerima nasihat dan tahu salah betul mereka. mereka lebih senang dalam bertolak ansur antara satu sama lain. memang aku respek habis lah manusia yang macam ini. selain itu, manusia ini kadang kadang agak kebudak budakan sedikit tetapi masih lagi boleh diterima pakai oleh orang di sekeliling mereka. manusia ini suka fikir yang bukan bukan dan tak masuk di akal langsung. memang masalah sikit. tapi ok je :)

whoaaa? lepas tulis baru perasan. panjang nyee aku bebel.

haha. biaq pi laaaaa.

2011/01/18

lagi dan lagi

aduan terkini :
Syazwani Azhar ponteng kelas law dan account.

hello ! sedar sikit boleh tak??
berapa hari je pun kau nak exam. pergi ulangkaji ke belajar ke atau yang sewaktu dengan nye.

fine -_-
serius aku malas. malas aku melampau lampau kan. aku ponteng kelas lebih teruk daripada semester satu. lepas cuti ni, aku cuba lah untuk insaf sikit. haha. sikit je lah.

oh ya. sebelum pergi kelas management pukul 2 tadi, aku belek belek lah buku teks management tuh. konon konon baca lah sikit untuk mid term exam nanti.

belek punye belek. aku terbuka satu muka surat ni. bila baca je, aku terus gelak.

FOUR RULES FOR SUCCESS

Rule 1 : Attend every class. No cutting allowed.
Rule 2 : Don't postpone studying, then cram the night before a test.
Rule 3 : Read or review lectures and readings more than once
Rule 4 : Learn how to use this book.

masa aku baca Rule 1, sumpaa aku agak tersentap lah. haha. macam perli aku je. ceyhhh, buku pun pandai nak perli aku tau. siot jeh.
untuk Rule 2, aku tak kisah sangat sebab aku tahu cara aku belajar macam mana. tapi aku bukannya 'last minute student' ok... aku belajar bila mana aku rasa nak belajar. haha. sebab tuh aku banyak kali bagi tahu, susah jadi aku tau. haha
Rule 3, adalah juga aku buat. kadang kadang kalau aku tak nak dengar lecture mathematics tu, aku buka lah note note lecture chemistry, banyak kali aku baca faham benda yang sama sampai aku tak tahu apa yang aku baca tu masuk dalam kepala otak aku ke tak. haha
oh, Rule 4 tuh tak payah ambil kisah. itu tips untuk faham buku management ni. no hal lahhh.

anyway, aku nak exam dah ni. wish me luck guys :D

2011/01/15

sayang kawan terima kasih

sia sia aku join tengok filem Khurafat. serius. aku takut nak tengok cerita hantu sebenarnya. memang rugi. bukannya tengok hantu tu pun. tutup muka dengan beg je lebih. tak berguna langsung.

bukan apa. tak kena dengan jiwa. aku tak suka bila dah berani, dah tak jadi berani.

aku cuma eksited nak tengok Syamsul Yusof angkat mayat dalam kain kafan tuh jeh. sumpaaa dia cool habisss ! haha.

lakonan je pun.

Adlyn Zuraimi dan Fatin Nabilah, aku insaf. tak nak sudah tengok cerita seram seram. korang sedar lah korang tuh penakut jugak. nak berlagakkk pulakkkkk ! haha.

anyway, terimakasih sangat sangat kepada Aman Othman sebab bawa kitorang satu geng turun padang wayang semalam. lepak kat Pelita, battle dengan Farah Nazira. sumpaaa Aman memang cool. tapi aku tak suka Aman bila dia buat muka basem dia. menyampah aku -_-

oh ya. kambing gurun turun UM. haha.

kalau lah kau dapat tahu aku panggil kau kambing gurun lagi..sumpaa kau mengamuk kat aku. haha. rilekk ar braderr.

well, seronok dapat jumpa kau lagi Muzammil S.Borhan. aku suka bila dapat sembang bual dengan kau. serius fun gilaaaa. haha. macam macam cerita yang kau ada. kau memang happening. gua salute sama lu la kawan.

oh ya. thanks for the Carls Junior and the PDI shirt. sumpaaa aku sayang kau lah gilaaa. and Muz, aku nak pesan, kalau main ragbi jangan asyik nak patah sana sini. tulang kau memang tak kuat. pergi minum susu banyak banyak lahhhh.

eyh eyh, tertinggal sorang lagi.

for Nur Asiqah, serius kita dah lama gilaaa tak lepak. even sekejap je kita hang out together tadi tapi best. suka jalan jalan, shopping shopping tingkap dengan kau. oh ya, kau nampak je kurus tapi serius lemak kau bertambah -_- aku tak tahu kau makan apa. nasib baik lah kau tinggi, tak lah nampak sangat lemak kau tuh. haha. perut kau memang kena cover lahhh, kalau tak serius menggelebehhh.

kau suka kutuk aku pendek kan.... nah !aku nak gelak kuat kuat. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA ! pakai baju kurung je lahhh Ieka :P

haha. macam macam.

2011/01/13

Saya Pelajar Universiti Malaya

rutin harian aku semakin membosankan. bosan bosan punye pasal, aku pergi jalan jalan. jalan jalan dalam dunia blogging atau dengan kata nama lain nya 'blogwalking'. huhu


layan je beb.
sekarang tahun tu dah tuka 2011

aku seorang pelajar Asasi Alam Bina, Universiti Malaya sesi 2010/2011, berkod FAB100123. huhu. cool tak nombor matrik aku? aku kini sedang menjalani semester kedua dalam kategori 'non-design'. aku masuk dalam penghujung bulan Mei 2010 dan tamat pada penghujung bulan April 2011.

oh ya, dalam semester dua nih kitorang dibahagikan kepada dua iaitu 'design' dan 'non-design'. untuk design, diorang akan further study dalam Architecture or Building Surveying. then, for non-design, kitorang akan further study dalam Quantity Surveying or Estate Management.

wahhh. agak detail ye info. macam 'skema ayam' pulak :P dan doa doakanlah aku dapat sambung degree dalam QS. insyaAllah.

cerita banyak banyak pun, korang tahu ke asasi tu ape? asasi dengan kata nama lain nya foundation atau pre-degree. nah, pandai pandai lah korang faham sendiri atau google kat internet tanya apa itu asasi.

untuk pengetahuan semua, kat UM nih ada 3 asasi yang utama, Sains Hayat, Sains Fizikal dan Alam Bina. haaaa, yang best nye, asasi aku adalah yang paling istimewa sebab habis je asasi nih kitorang terus masuk UM. takde nak apply UPU dah. nak apply pun nama kitorang takde dalam sistem UPU. rugi rm15.60 sen aku beli nombor pin UPU. tuh la pasal, tak alert masa orientasi dulu dulu.

dah dah. kembali ke pangkal jalan.


AB4. ini kelas aku masa semester satu. cool gilaaa. aku rasa kelas AB aku antara yang paling sempoi sekali. kitorang meniru ramai ramai dalam test or quiz. dapat result jeh mesti 10/10. haha. nasib baik tutor tak perasan sangat. kalau tak mampoih. anyway, aku sayang mereka :D

sepanjang aku belajar kat sini, semuanya manis. tak pernah ada yang pahit. harap harap manis juga untuk yang akan datang. sebenarnya banyak gambar yang aku nak post tapi bulan lepas laptop aku rosak. kena format balik. gambar semua dah hilang. sedih aku sorang sorang. tapi, aku ada special video yang aku buat masa cuti cuti semester dulu. huhu. baru sekarang nak post kat blog.
enjoy, the video :)




dalam video nih penuh dengan gambar aku dan kawan kawan sepanjang kitorang semester satu. oh ya, GARIS adalah nama batch kitorang. cool kan? kitorang rapat. dah macam satu famili. aku paling suka bila kitorang semua makan kat kafe ramai ramai. sumpaa seronok !
aku sayang korang lahhhh gilaaa.

site visit semalam

kitorang memang best. perangai gila gila. pergi site visit pun pakai baju bola Malaysia pulak tuh -_- mentang mentang Malaysia champion hari tuh. oh ya, masa site visit nih aku tak turun. ponteng kelas. ngantuklah tidur dalam bilik lagi cool. haha.
jangan tak tahu, ponteng kelas adalah feveret aku. tapi serius aku menyesal tak pergi semalam. boleh tangkap gambar banyak banyak :(


lepas nih tak nak miss ape ape function or aktiviti dengan korang. nanti aku jeles. haha.

2011/01/12

banyak kali sudah

seperti biasa untuk hari ini pulak aku dah ponteng kelas 'construction materials and technology' bla bla bla...

takde sape nak membebel kat aku ke?

ok. kamu kamu bosan. nak membebel pun susah.

biaq pi laaaa.

serius. untuk jangka masa sekarang ini, hidup aku terlalu sangat bosan. tiada apa yang menarik berlaku. bangun pagi, mandi, pergi kelas, solat, makan, 'online', tidur, bla bla bla..

memang tak teruja langsung.

aku memilih hanya dengan lebih memerapkan diri dalam bilik. boleh jadi gila tau kalau peram dalam bilik lama lama. tapi, aku dah suka. dah biasa hidup sorang sorang ni, nak buat macam mana kan?

aku tak boleh bayangkan hidup aku macam mana lepas habis asasi ni. apa aku nak buat? kerja? goyang kaki?

ok. terlupa sesuatu. aku kena ambil lesen. lepas itu balik Kelantan, bodek bodek mama minta kereta. secondhand pun ok laaa. kereta proton lah paling cikai. mama, wani nak kereta auto tau. Savvy, ok? bajet dalam 30K. boleh lah tu ye ma? heee :)

arh, bila fikir pasal mama, aku macam dah terhutang banyak sangat dengan dia. macam macam sudah aku dapat daripada dia, walaupun dia tak pernah langsung jaga aku.

mama aku memang kedekut juga. tapi dia tak pernah kedekut dengan anak anak dia. tiga tiga adik aku pandai gila berjimat, kumpul duit beli basikal. aku? jangan harap :P

kenapa aku tak macam adik adik aku -_- haishh, nak buat macam mana. memang aku dah manja terlebih.

hidup aku masa kecil dah macam anak tunggal. bila umur dah 16 belas, baru dapat rasa hidup dengan adik adik sendiri.

susah hidup jadi aku. jiwa kena kental beb !

sepanjang hidup aku, aku kenal ramai kawan kawan yang ada 'separated parents'. semua yang aku jumpa, semua yang berjiwa kental. tak tipu. aku memang salute habis.

kalau sedih pun, sedih dalam hati.

oh ya, aku juga ada kawan yang ayahnya bermadukan 4 isteri. sumpaaa cool habis. adik beradik dia sekarang ada 23 orang yang sama ayah tapi berlainan mak. kawan aku tu anak isteri yang ketiga. aku memang tak boleh bayangkan macam mana hidup kawan aku tu.

aku pun ramai juga ada kawan yang ayahnya ada isteri bermadu. ada yang kata seronok, ada yang kata tak.

aku seronok bila ada pengalaman macam mana itu di sekeliling hidup aku. lebih membuka minda aku. membuat aku sedar tentang sesuatu kehidupan itu.

2011/01/11

hidup mengada mengada

teruk teruk teruk.

aku sedang alami kehidupan yang teruk. teruk sebagai seorang aku -_-

malas. boros. suka ponteng kelas. susah nak datang kelas pukul 8 pagi. nak study apatah lagi. buat tutorial pun merangkak rangkak. nota pun lintang pungkang.

aku nak jadi pelajar yang skema boleh tak?

tapi tak nak jadi 'skema ayam'. hahaha ! dah lama tak pakai ayat tu. aku pun tak paham kejadah maksud sebenar skema ayam tu.

perubahan perubahan perubahan !

berapa banyak kali dah aku sembang pasal nak ubah cara hidup. terlalu banyak, sampai aku dah tak ambil kisah. biaq pi laaaaa.

ok ok. aku perlu ubah rutin harian hidup aku. semua nya kena slow-slow.

penat lah belajar -_- tapi aku rindu zaman sekolah.

nasib baiklah aku tak bercinta, aku rasa bercinta tu pun penat jugak. kena main dengan hati dengan perasaan. chewahh !

poyo aku dah keluar. cett !

dah dah. tak tau apa dah yang aku merepek pasal hidup aku ni.

aku nak sambung main cityville :D

2011/01/09

hujung minggu

ohhhh. ahad datang lagi. ho ho ho !

untuk hari ni, aku lepak bilik je. buat tutorial, kerja sikit, main cityville kat facebook, berangan dan berangan, fikir masalah duit lagi....

haishhh. mesti kamu kamu bosan kan kalau baca blog aku je mesti cerita pasal masalah aku yang paling besar dalam hidup aku, DUIT WANG FULUS PITIH.

bukan apa, untuk pembaca pembaca blog aku yang tegar, semestinya kamu kamu tahu yang aku tak pandai nak kawal duit aku.

fineee.

aku seorang yang sangat boros. dan untuk pengetahuan kawan kawan GARIS aku, elaun aku dah habis. licin. adalah dalam RM50 tapi apalah sangat kan. memang dah takda apa dah. gilaaa. sumpaaa aku tengah buat kerja gilaaaa.

macam mana aku nak jawab dengan mak aku nanti -_-

biaq pi laaaa. pandai pandai lah aku kelentong.

seriously, i need someone who can control me. who can manage my own pocket money. someone who really honest. someone who can advice me a lot.

aku betul betul nak kurangkan habit aku dalam berbelanja. serius. aku tak reti lahhhh gilaaaaa.

dah lama aku tak dengar orang membebel kat aku macam opah aku. tiba tiba rindu kat bebelan opah aku pulak. ape kes daaaa.

aku sangat degil. Fish kata, aku terlalu manjakan diri aku untuk hidup aku. memang mengada ngada jadinya aku ni.

haishhh.

2011/01/08

wahhhh sukaaaa nyaaaa





wahhhh comel gilaaaa kan??
aku suka kucing sangat sangat.
suka peluk cium dengan kucing.

tapi aku tak suka kucing dekat kafe kolej 12.
kucing kucing kat situ selekeh.
kalau ada anak kucing takpa.

arghhhhh comel nyeee !

nak cerita sikit,
aku suka bela kucing.
tapi sekarang tak lagi.
almaklum, dah masuk U. takda masa nak jaga.
kalau adik adik aku yang jaga, tak sampai dua minggu dah mampus.
kucing terakhir yang aku bela sebelum dia mati nama dia MIAW.
wuu wuu.
sedih gila.
badan dia sebijik macam Garfield. gemok gedempol.
huhu.

kat rumah sekarang kami sefamili bela hamster.
BOBOY dan NINI.
tapi NINI dah mati.
itu hamster adik adik aku.
almaklum lah, kalau adik adik aku yang jaga memang tak selamat hidup haiwan peliharaan kat dunia ni.
aku tak berapa suka hamster sebab dia kecik.
dan hamster merupakan spesis tikus -_-
bapak geli laaa siakk !

aku di-tagged - 2

aku di tagged oleh FATIN NABILAH JAILANI. dah lama dah aku kene tagged dengan chepam nih. tapi baru sekarang teringat nak buat. huhu. biaq pi laaaaa.

Apakah status anda?
status yang mana nih? facebook? twitter? huhu.
aku single, dalam golongan golongan yang agak loser.

Ceritakan tentang diri anda :
seorang pelajar asasi alam bina universiti malaya. tak suka kelas pukul 8. selalu jugak ponteng kelas. dah jadi habit. habislah aku -_-
seorang yang sangat sangat boros. suka makan. banyak habiskan duit hanya kerana suka makan. tapi aku tak gemuk. sesuai dengan tubuh badan aku yang agak rendah. fineee. i admit it.

Ceritakan tentang blog anda :
PRIMA FACIE. permanent name. takkan tukar sampai bila bila. cari lah sendiri dalam kamus maksud dia.
blog aku hanya bercerita tentang apa yang berlaku di sekeliling hidup aku. ada cerita juga tentang apa yang berlaku pada hidup aku. kadang kadang bercerita tentang pandangan aku terhadap sesuatu perkara. blog aku kadang kadang boleh jadi serius, kadang kadang boleh jadi fun.

Apa pandangan anda tentang dunia blog :
blog nih ada macam macam fungsi. untuk orang orang biasa macam kita, kita hanya nak kongsi apa yang berlaku tentang kita kepada semua orang. ada sesetengah pihak lebih kepada menyebarkan propaganda politik, informasi, bla bla bla.... so, ikut suka manusia tu lah nak buat apa dengan blog dia.

Nasihat kepada rakan-rakan yang baru nak buat blog :
biaq pi laaa. ada aku kisah. suka hati korang lah nak buat apa dengan blog korang.

Nyatakan keunikan pada blog anda :
blog aku sungguh coooool ! ok, aku bajet.

Sampai bila nak berblogging?
sampai blogspot nih dah tak popular dah. mungkin mark zunkerberg ada idea lain yang lebih hebat untuk meng-improve-kan facebook menjadi ke arah blog.


aku di-tagged - 1


dapat AWARD daripada ALAMIEN ZULFISHAH. terimakasih terimakasih :) *nak laicikang tau

blog aku memang FABULOUS. aku tahu tu.
haha.
jangan nak perasan lahhh ! :P

1. Blog best sangat ke tak? sebab?
best. boleh carut karut marut kat sini. kongsi macam macam cerita dengan kamu kamu semua. tetapi aku bukan penulis blog yang tegar.

2. Layan lagu indon atau omputih?
mestilah omputih. lagu indon aku layan yang sedap sedap dengar je. zaman zaman sheila on 7 dan peter pan dulu aku gila gila jugak lah layan tapi sekarang macam apa jeh. kenapa tak tanya lagu korea? aku suka. haha. super junior, big bang, SS501...bla bla bla. suka tengok lagu yang ada dance. cooooool !

3. Coklat mana lagi popular, cadbury atau ferrero? Sebab suka makan?
aku kurang lah makan coklat. tapi aku pilih cadbury. cadbury popular sebab lebih murah daripada ferrero. ada macam macam jenis. kalau dapat yang black forest punye...pergghhh. sedap bhai.

4. Nickname yang GF/BF beri, nama manja?
aku takda BF. tiada jawapan yang diberi. harap maklum.

5. Berikan empat fakta tentang kamu.
-boros
-mulut boleh tahan cakap pakai lepas je.
-suka berangan. haaaa.
-tak suka pergi kelas jam 8 pagi -_-

6. Jika ada 50sen nak beli apa?
err..tak beli apa apa kot. simpan untuk basuh baju. mesin basuh kat kolej aku pakai syiling 50sen dengan 20sen je.

7. Siapakah empat orang yang paling kamu sayang?
-diri sendiri dan juga famili
-RETRONESS
-HAWNFEK
-GARIS
*aku macam tak menjawab soalan kan? susah lah. ramai sangat yang aku sayang.

8. Tag untuk enam orang yang kamu sayang. Blog yang kamu rasa cantik.
tak nak tag !! sebab blog blog orang yang aku sayang semua tak cantik. boo boo !

jumaat jadi cuti sendiri

nak cerita apa yang berlaku pada hari jumaat dalam dua jam sebentar tadi.

yelaaaaa, sekarang kan nak dekat pukul 2.

untuk hari ini sahaja aku dah ponteng EMPAT kelas sekaligus. wahhwahhwahh ! gilaaa. jawapan aku satu je. MALASSSSS ! ya, aku seorang pelajar yang sangat malas dan boleh jadi pelajar yang sangat rajin. ha? ha? macam mana tu?

biaq pi laaaa.

aku ada program untuk hari ini. membeli belah bersama besfren aku yang berspesimen sepat. hahaha ! aku hebat sebab ada besfren macam itu. korang ada?? tak ada kan....huhu.. boo korang boo.

ok, aku macam sengal.

shopping ! shopping ! shopping !

ada duit boleh la shopping. kalau takda mula lah merempat pinjam duit kat kawan kawan. itu kalau aku lah. aku tahu kamu kamu ada yang pandai jadi encik jimat ni.

Fish shopping macam macam tadi. siap ada shoppinglist lagi. serius. aku jeles tengok dia beli baju banyak banyak -_-

dan aku?? sepanjang penjelajahan aku di sungai wang tadi, ini sahaja yang aku dapat cari...

victoria skinny
ipanema slippers

and

i got a gift

woot! woot!

credit to timmrsac.

comel tau. suka sangat sangat walaupun bentuk dah macam telur ayam.
aku tak tau ini apa. aku nak bagi nama, tapi tak tau nama apa yang sesuai.

hurmmm..

jap jap.

errr.

KON-KON !

anyway,
thanks a lot to ALAMIEN ZULFISHAH.
aku sayang kau lah gilaaaa.
kita sahabat sampai dunia kiamat.
:)

untuk kawan kawan TiKL aku, Fish kata muka Kon-kon ni macam Ochink sebab kening tebal. sumpaa aku gelak besar bila tengok balik.

HAHAHAHAHAHAHA !!

2011/01/04

pintu gerbang

2011 , umur semakin meningkat. kini hampir beberapa bulan aku akan mencecah 19 tahun. walawehhh.. serius aku terasa macam dah tua. oh bukan , semakin dewasa.

oleh itu , fikiran yang matang begitu penting di usia sebegini.

bukan apa. kau dah besar, buatlah cara orang besar. jangan nak berlagak manja macam budak kecil. mesti ada perancangan untuk masa hadapan, fikir biar jauh jauh. takut nanti binasakan kebahagiaan diri sendiri.

ada perubahan di bahagian deskripsi aku. itupun kalau kamu kamu perasanlah. sumpaa aku terasa. aku tak nak kena serang secara halus lagi. bunyi macam lawak, kelakar. tapi hasil kena pada aku.

tapi..aku sedar. ada kesalahan aku di situ. walaupun nampak masalah kecil tapi salah tetap salah. memang tak boleh nak ubah.

jangan nak ego tinggi sangat. walhal dalam hal yang sungguh kecil sekalipun.

serius. bagi aku ego itu salah satu sifat yang ada pada syaitan. tapi secara kita tak nampak. sungguh mengujakan. sebagai manusia, apa yang kita tahu.. marah , baran atau segala sifat yang menunjukkan 'api' semua berkaitan dengan makhluk Allah yang satu itu. ego pun begitu. tapi kita tak nampak secara terang terangan.

wahhhh. tiba tiba aku rasa sifat ego itu terlalu halus untuk diperkatakan.

sampai sekarang aku susah nak mengdeskripsikan apa ego itu sebenarnya.

susah susah.