2011/11/29

Karya Keith

walaupun aku ni Zint-Zombie fan. tapi ada sorang lagi yang aku suka baca komik dia.
tapi komik strip lah, karya Keith.
komik paling femes lah bagi aku kat malaysia nih. haha

LAWAK KAMPUS !!

Lawak Kampus

Lawak Kampus : Rebound

Lawak Kampus : Revive

Lawak Kampus : League
(yang ni aku takda)

Lawak Kampus : Log In

Lawak Kampus : Teamwork
(yang ni pun aku takda jugak)

Lawak Kampus : Move On

Lawak Kampus : Connection

Lawak Kampus Jilid 9
Lawak Kampus Jilid 10

Lawak Kampus Jilid 11

Lawak Kampus 12
(paling latest,yang ni belum beli lagi)
penat dah scroll sampai sini? haha.
aku mula layan komik strip ni kat majalah Utopia dulu dulu. 
then, masa form 2 aku dah mula jinak jinak kumpul duit beli komik dia. 
padahal komik ni dah keluar masa aku darjah 6. tapi still ada jual lagi sampai sekarang. jilid yang pertama aku tak tahu lah kan diorang publish lagi ke tak. sebab sekarang dah sampai jilid 12. tapi aku takda can nak beli lagi sebab bila usha kat bookstore je dah takda -,-
tapi aku takda sempat nak beli Lawak Kampus League dgn Teamwork sebab time tuh aku eksited collect komik Zint, soooo terpaksa break kumpul komik strip ni. haha. 

dulu komik Lawak Kampus kaler hitam putih jeh. tapi start tajuk Lawak Kampus Move On diorang dah ada kaler sampai lah jilid yang latest nih. majuuuu owhhh. tapi harga dah naik singgit lah. daripada RM6.50 dah jadi RM7.50. wuwuwuwuwu. haha.

bole tahan kelakar lah lawak dia. kadang kadang ada yang aku sampai terover gelak. padahal komik jeh. ada orang baca komik tak feeling sangat. baca daripada mula sampai habis, muka macam tuh je. kalau aku yang baca dah berguling guling atas katil. haha.

oh. bagi yang tak pernah baca Lawak Kampus, or baru nak baca ke, or baru nak mula buat collection, or dulu tak sempat nak baca ke, aku suggest kat korang supaya beli komik Lawak Kampus hardcover nih. dia compile sekali 5 jilid sekaligus dalam satu buku. harga dia aku kurang pasti lah berapa. haha. 
buku ni jual kat Popular bookstore sahaja. tempat lain takda. okay. 



p/s : watak Si Kosong palinggg coool. haha

2011/11/26

Jilid 7

lepas jeh training. rehat. jalan pi Lembah Mid.
pada asal nye niat nak beli barang necessary jeh :P

lain pulak jadi nye.
inilah padah nye kalau singgah MPH. the bookstore.


yehhh. this is it !
KIJIYA JILID 7
the latest one !

koleksi semakin bertambah selepas berjaya follow komik series nihh.
yeahhh. Im a fan of Zint-Zombie.
haha. 

kat rumah tersusun elok 6 jilid yang sebelum nye. 
hewhewhew. 


cooool. 

haha.

sekarang kat majalah gempak ada komik zint yang baru tapi belum keluar jadi buku. 
dia akan habis kan satu cerita komik tuh dulu kat setiap isu majalah gempak. 
tak sabar nak tunggu komik ni keluar and baca komik nih >.<


another legacy of Under 18

yeahh. this is Zint-Zombie fan.


p/s : esok guwa update pasal komik lawak kampus pulak. 

p/s p/s : ahad pun ada training lagi -,- penat. 

p/s p/s p/s : nite peeps !

2011/11/25

This is what I mean..






When you grow up, you realize you need someone who will take care of you, just like your own family. A good listener, able to cheer you up, support you if go through hard times. You dont really care about the looks, height, money, skin colour, etc. But, if Lord send you someone with good looks, tall, fair, etc its a bonus for you then. :)


p/s : copy and paste


p/s : credit to Aida :)

Bandar Di Raja Negeri Perak

semalam petang aku pergi lepak makan cendol dengan rojak pasembor kat Bangsar.
biasa biasa jehhh rasa dia.

tapi entah macam mana aku tiba tiba teringatkan kampung halaman.
kampung belah abah aku.
jeng jeng jeng !


ini lebuh raya Utara-Selatan. pi Taiping ikut sini pun bolehhhhhh.
haha.

bukan apa. kalau korang datang sini. ada 3 sebab kenapa patut korang singgah daerah ini.


pertama. perghhhh laksa kuale beb!
laksa dia tak sama mcm laksa penang ka laksa johor ka sebab kuah dia cair sikit.
keistimewaan laksa sebab laksa dia bukan kuah dia sebab laksa ni tak silap aku diorang buat pakai tepung beras pastu ade lah campur tepung tepung lain yang aku tak tahu nama nye. HAHA.
aku jarang masuk dapur sebab tu tak tahu :P
tapi serius sedappppp.
kedai laksa paling glamor kat Kampung Talang. Laksa Pak Ngah nama kedai nye. hohoho.
tapi aku biasa makan kat medan selera kuale tuh je :P

kedua. rojak pasemborrrrrrr.
rangup wehh. kuah rojak dia terbaik.
pedas, ada kacang bagai.
terliur lah cakap.
ketiga. cendol kuale beb !!
air cendol dia memang rasa lemak berkrim disukai ramai lah.
lebih lebih lagi bila makan time panas panas tepi sungai kuale.
santai habissss.
kira desert lah ni.
penutup segala makan yang dah makan tadi. haha.

saja nak promote kampung aku. bercuti kat sini pun best. korang bole pergi Sungai Ulu Kenas. sejukkkkk gilaaaa air sungai dia.
kalau nak tahu sejarah Sultan Perak pun bolehhhh. HAHA.
pusing pusing jalan istana.
haha. aku suka.

oh. ada training. chow dulu.
tak dapat citer perabih.
kbai.

2011/11/19

realize it

papehal korang kena tengok video nih dulu.


pada pendapat aku, matluthfi cuba sampaikan yang masyarakat kita sekarang suka argue mana yang betul mana yang salah. 

oh. yang pasal gitar tuh. aku tahu ada dalam satu hadis kata, sebarang alatan yang menghasil getaran bunyi menggunakan tali itu haram sebab itu bunyi kegemaran syaitan.

yang pasal rokok tuh, aku tak suka bila orang stress mesti hisap rokok, telan panadol sepapan bagai, hiris tangan lah. chill lah, banyak lagi cara tak memudaratkan untuk kau nak hilangkan stress dibandingkan buat benda benda bodoh macam tuh.
aku ada seorang kawan bila dia stress suka telan panadol banyak banyak. memang kena marah dengan aku lah. memang dia bodoh. tapi minah nih degil sikit, langsung tak nak dengar cakap aku -,-

apa jua keadaan sekalipun, kita kena berbalik pada agama. 
back to basics. 
easy right? :)

pasal keluarga pula, setiap orang ada latar belakang keluarga yang berbeza. memang lah stress sedih bagai bila ada ahli keluarga yang mati, ataupun sakit. takpun ibu bapa yang bercerai, keluarga pecah belah.
but just think positive, itu dugaan yang Allah bagi. Setiap dugaan yang Allah berikan berbeza beza kepada setiap manusia. Mungkin ada hikmah, itu kita tak tahu. Mungkin Allah nak uji Iman kita. Itu yang paling penting. 
:)

dialog yang aku suka dan paling cool dalam video ni

A : tapi aku tak boleh hidup sorang macam ni
B : memang tak boleh, selagi kau tak bergantung pada yang tak mati

awesomeeeeeeee !!

2011/11/17

left hand's stuff

aku baru baca blog fish.
dia share cerita pasal pakai jam tangan.
dulu dia tak suka pakai jam tangan sebab berat lah apa lah. banyak sangat alasan -,-
tapi sekarang dia suka pakai jam setelah Alya bagi hadiah bday jam tangan kat dia.
dan sekarang dia rasa penciptaan jam tangan tu unik.

masalahnye sekarang, bila aku nampak dia pakai jam tangan, nampak pelik pulak o.O
haha.
aku pun nak kongsi cerita pasal jam tangan jugak.
hoho.
aku tak curik idea blog kau ye fish. HAHA
aku ada taste yang lain terhadap jam tangan.
almaklumlah, aku tak suka pakai jam yang sama dengan semua orang. hoho.
maksud aku dari segi bentuk.
kebanyakan orang akan pakai jam yang bentuk bulat macam nih...



tapi aku tak. sebab design bentuk dia common. semua orang pakai.
tak syok lah.
aku lebih suka jam berbentuk petak macam nih...



ini jenis yang aku suka lah. tak rasaaa cool ke? HAHA.
aku suka pakai jam tangan yang mesti design dia petak macam ni, analog dan dia pakai nombor roman. baru nampak klasik :D
aku tak suka pakai nombor biasa 1,2,3 macam tu. terlalu common. dan sebab tuh aku tak suka pakai jam digital. 
aku lebih suka kalau material tali jam tangan tuh leather. aku tak boleh pakai steel, nanti tangan gatal -,-

macam jam tangan aku sekarang, rectangle and roman numbers. cooool. haha. 

HAHA. nak pilih pakai jam tangan pun nak cerewet ke??

chill lah. setiap orang lain citarasa dia ye tak?
haha. aku terasa macam taste aku terlalu tinggi pulak. tak rasa macam tuh ke?
tapi bagi sesetengah orang, design tuh nampak biasa. simple. tapi susahh sebenarnya nak jumpaa. 
jam RM10 belum tentu ada macam ni, nak jumpa pun makan masa sebab mostly yang jual kat pasar malam semua bentuk bulat.

dan of course sapa tak nak pakai jam mahal beb !!
nikmat pakai jam tangan mahal dengan yang murah lain wehh.
kadang kadang ada yang cakap, buat apa pakai jam mahal mahal padahal jam bergerak sama je.
bagi aku, mahal dia bergantung pada material yang diorang guna dan engineering jam tangan tersebut. hoho.
even aku tak amik kisah pun pasal keunikan engineering dia tapi pakai jam tangan mahal buat kita rasa jam tangan tu sangat precious pada kita sampai nak buat koleksi.

itu pada pendapat aku lah.

oh. aku pakai jam tangan dekat tangan kiri berbanding orang lain yang suka pakai jam tangan dekat tangan kanan.
padahal masa sekolah rendah aku pakai sebelah kanan, tapi disebabkan perangai aku yang tak suka aku sama dengan orang lain, so aku ubah pakai sebelah kanan ke sebelah kiri dan aku pakai jam macam ni..
aku pakai jam tangan upside down berbanding kebanyakan orang lain yang pakai macam nih...


cerewet kan aku?
itu pun tak nak sama dengan orang -,-
pernah jugak satu masa dulu ada kawan aku tegur, kenapa cara kau pakai jam pelik? tak rasa susah ke nak tengok jam?
aku jawab, style kott.
HAHA.
itu je jawapan yang aku mampu bagi. hoho
padahal ada je orang lain yang pakai jam tangan macam aku, tapi bilangannya tak terlalu ramai.

jam tangan adalah antara aksesori aku paling penting dan aku mesti pakai bila nak keluar. bila takde jam tangan kat tangan kiri ni aku, terasa something missing. 

pakai jam tangan style wehh. itu je aku reason yang aku mampu bagi :P

2011/11/16

#justsaying

prediction aku pagi tadi memang betul.
kelas valuation cancel.
aku sambung tidurr. zzz zzz zzz

.........................

aku suka waktu waktu sentimental.
masa masa mood tengah nak beremosi.
bukan emosi dari segi sensitif.
tapi emosi dengan hati yang santai dan harmonis.

woahhh. ada macam ayat nak bersajak tak?

hohohoho.

rutin harian bermula seperti biasa setelah bercuti selama seminggu untuk pertengahan semester satu.

tiada sebarang perubahan. agak lambat perubahan tersebut.

entah.

.........................

hari petang aku pada hari ini terukir banyak senyuman :)
berjalan seorang diri ke fakulti sambil mendengar lagu lagu The Script. 
bikin aku seorang yang cool menjadi lebih poyo :P
mood aku sangat baik dengan keriangan rakan rakan sekeliling.
aku gembira sebab ada sahabat yang awesomeeeee !! 

#luada?

haha. 

i wanna leave a smile.

:)

2011/11/08

aku di-tagged 4

jomm main tag tag.
haha.
aku di-tagged oleh fauzi haji ramli aka pojieeeeeeeeeeeeeeeeeee.

lama tak jumpa kau bro. apa cerita?
nampak kat fesbuk sudah ade awek.
lu laku juga ye bro. HAHA.
untung lahh pandai mengayatttt ~~~~~
HAHA.
bila aku baca entri blog dia, aku tahu dia ada tagged aku sebab mamat nih sorangg jeh yang berani mengada ngada tulis nama aku
WANIEYYYYYYYY =.= 

haaa, korang jangan nak menggatal tulis nama aku macam nih. memang aku cincang sorang sorang -,- 

lets begin...


3 names in your message inbox :
# amzar
# chepam
# syu


Your main ringtone :
# Double Vision - 3OH!3


What u did at 12 last night?
# tengok ulangan MTV EMA sambil makan maggi kari


Who was the last person you went out with? where?
# dengan family, pi dinner kat pizza hut.


The colour of t-shirt you're wearing now
# greyyyyy


The last thing you did
# kemas rak komik dalam bilik nih. berhabuk.


3 of your everyday favourite items
# laptop
# external hard disc
# earphone


The colour of your bedroom
# hijau pandan kottt.


How much money in your wallet now? 
# lima belas ringgit dua puluh sen.


How's life?
# just fine. but without pocket money it might be horrible :O


Current mood?
# boring. 


Your favourite song?
# Disenchanted - My Chemical Romance


What will you do next weekend?
# balik kolej, UM rindu aku. 


When was the last time you see your mom?
# aku ada dua mak :O
# 1st mom aku last jumpa dalam  sebulan yang lalu.
# 2nd mom aku jumpa tadi.


Where is she now?
# 1st mom tengah keje kott.
# 2nd mom tengah tido dalam bilik.


When was the last time you talk to your parents?
# about two hours ago...


Who is the last person that talked with you last night?
# abah.


The last surprise you got?
# aku yang surprise kan orang ade lahh -,-


Last thing you borrowed from your friend?
# err tak ingat.


Who is your bf/gf/husband/wife?
# takde.


What do you feel right now?
# nothing.


Wanna share with who?
# no one.


Who know your secret?
# which secret? o.O


They keep your secret?
# ..........


Are you angry with someone?
# nope!


What do you order at Mc'D?
# chicken Mcdeluxe :DDD


The last time you feel so sad?
# two days ago...


Mahu tag?
# taknaklah. takpe. terima kasih. 


woahhh, panjang jugakk :O

2011/11/03

Local Support

yeahh. pagi pukul 10.30 kang aku ada test.
Accounting Test.
hoping for the best >.<

rilek kan minda jap.
harharhar.
tadi aku singgah pi jumpa encik youtube.
dia promote aku suruh tengok filem filem buatan anak tempatan.
aku bukan tak nak support tapi paham paham lah kan cerita melayu.
kadang kadang terlalu klise.
nonsense pun ada.
trailer jeh gempak tapi jalan cerita macam harammmmmmmm.

papehal pun, aku dah tertarik dengan 9 trailer filem melayu akan datang yang aku dah usha.
mai lah tengok.

#1 Husin, Mon, dan Jin Pakai Toncit
1st cerita yang aku nantikan.
semua orang tahu filem Hantu Kak Limah Balik Rumah tuh gempakk kan.
tak sia sia aku tengok filem HKLBR tuh kat panggung wayang.
filem yang ni dah macam kesinambungan filem tuh lahh.
aku harap ada lawak lawak dalam cerita nih jadi trend.
itu yang aku nak.
memang letak harapan tinggi lah kat filem ni.

#2 Ombak Rindu
kalau korang pernah layan novel Ombak Rindu yang pernah meletup masa dulu dulu, aku rasa kita patut try pi tengok cerita nih.
aku dah berapa kali baca novel tuh. bapak sedih wehhhh.
menanges nanges guwaa.
haha. novel tuh Maksu aku punya, tebal lah jugak, tak ingat dah letak mana. kononya nak baca balik.
aku harap filem dia tak lari sangat dengan jalan cerita dalam novel.
cumaa yang slack nye, Maya Karin pegang watak Izzah. buat aku pikir dua tiga kali nak tengok ke tak -.- 

#3 8 Jam

yeahh !! shaheizy sam bebehh !!
aku suka lakonan beliau.
filem yang nih kisah dia pasal banduan yang aku rasa lari dari penjara padahal dia ada 8 jam sebelum kena hukuman gantung.
haaa, lebih kurang macam tuh lah ~~~
aku nak tengok sebab action movie and shaheizy sam bebeh !

#4 Songlap
yeahhhhh !! shaheizy sam again !!
yang nih aku tak tahu cerita pasal apa. 
tapi macam menarik.
janganlah trailer jeh nampak gempak tapi jalan cerita hampeh.
sedih guwa.
tapi still aku nak tengok sebab shaheizy sam bebehh !!

#5 3 Temujanji
aku sebenarnya annoying dengan hero dalam cerita nih sebab aku tak suka pierre andre.
aku nak tengok sebab aku suka yana shamsuddin :)
pastu soundtrack lagu yuna kan, nampak emo lah sikit.
tengok jelah macam mana cerita nih nanti.

#6 Papa I Love You
mungkin orang akan tengok filem nih sebab adik Mia Sara Nasuha tuh.
aku tengok sebab Lisa Surihani yawww.
aku perasan yang filem nih arahan director filem Sekali Lagi.
filem dia mungkin klise, tak pun lebih kurang, tapi cerita pasal keluarga aku suka.
layannn jee ~~

#7 Apokalips X
cerita fighting fighting !
aku suka filem action :D
ada aku dengar rumors yang filem ni ikut style movie crows zero, tapi tak 100% sama.
crows zero citer pasal budak sekolah, yang ni dia ada twist sikit kott.
haha.
papehal aku namapak ada Farid Kamil, Jehan Miskin, dengan Adam AF2. HAHA.
aku harap tak melalutlah filem nih even grafik dia kurang.
memang aku letak harapan tinggi kat filem Mamat Khalid nih -,-

#8 Aku Bukan Tomboy
filem Shamsul Yusoff.
Skop Production punya filem memang nampak lame sikit.
haha. biasa jeh filem nih.
tapiiii guwa nak tonton sebab ada shaheizy sam yawwwww >.< !!
aku suka sense of humor yang ada pada shaheizy sam. HAHA.

#9 Aku, Kau, dan Dia
tajuk filem pun macam lame. common.
aku pun clueless filem ni citer pasal apa.
okay, fine. Pierre andre yang direct filem nih.
aku boleh agak filem nih lembab.
tapi guwa nak tonton sebab ada Remy ishakkkkk yawwwww !!
even aku rasa muka dia macam tak layak jeh jadi musician. HAHA.

HAHA. trailer filem melayu yang dapat pikat hati aku untuk tengok.
padahal aku tengok jugak actor dan actress dia sapa.
biaq pi lahhh.

looking forward to these movie.

harap boleh bikin guwa support filem melayu.

2011/11/02

2011/11/01

Heart or Mind




there is no hope anymore.
I can see through it.
anyways,
life must goes on.
don't care about others.
don't be affected by others' happiness.

yeah, it is true.
I envy with them.

chill, relax, take a deep breath.
clear your mind,
and talk to yourself,
"Its a game of lust."

Remember this :
If you are Muslim,
use your mind and ability to think.
If you use your heart,
you are Jewish.

I always keep it in my mind :)





p/s : fish ! aku create sendiri rhyme nih. yeah. aku pun ada bakat :P

p/s p/s : aku create rhyme nih setelah rasa bosan tahap maksima menyelubungi diri. 

p/s p/s p/s : create rhyme boleh hilang kan boring :O yeah, naissssssss.