2010/08/31

suasana hari raya malam merdeka =D

tanpa disengajakan. aku sambut jugak perayaan patriotik ni. tapi dengan cara yang tersendiri lah. haha. ini negara yang dimana lahirnya aku...jadi suka hati aku lah dodol!!

berbuka puasa di kedai makan ayam goreng pakcik Kentucky. sedap. ada 15 ketul tambahan 5 ketul lagi jadi 20 ketul kesemuanya. pakcik Kentucky sedekahkan 5 ketul ayam itu. buat amal jariah bulan bulan puasa ni, boleh tambah pahala kata beliau. haha. tapi kami 5 semanusia tak mampu nak habiskan seketul lagi. oleh itu, sedekahkan lah dekat sekumpulan manusia yang memang tengah lapar gila nampak gayanya. tambahlah jugak pahala agaknya. haha.

ada lah 2 orang ni. poket penuh lah katakan. siap singgah gerai minum SODA. membeli belah. wah. wah. sakan. memandangkan di kedai tersebut banyak cermin sebesar besar alam sampailah sekecil kecil alam, aku pun apa lagi. haha. misi tangkap tangkap lah.



nampak meriah kan?? kan? kan? kan? sayang sama kamu kamu lah!! heee~~~

untuk menghangatkan lagi suasana malam patriotik ni. kita berdisko ye rakan rakan. haha. seronok seronok :) golek punye golek. longkang punye longkang. sampai dua pusingan kami tari menari. hebat kan. haha. dan memang sangat penat. SIRHANFARIS telah menjadi johan dalam tarian di pusingan pertama manakala kalah di pusingan yang kedua kerana kedudukan tersebut telah di rampas semula oleh juara bertahan pada musim yang lalu iaitu AFIQNURFAWWAZ. beliau hanya menang tipis dengan perbezaan 1 mata. wah. SIRHANFARIS semakin hebat dalam tarian beliau. walau apapun, tahniah kepada mereka. berikan tepukan yang gemuruh. tepuktepuktepuk!!

aku? FATIMAH? bilakah giliran kita? FATINNABILAH kena tolak tepi. beliau pernah menjadi johan suatu ketika dahulu. sangat dengki :/

oh ya. SIRHANFARIS kini dikenali sebagai SEANFARIS!! wah. glamer gitu. :P haha

penat! letih! penat! letih!

menunggu detik 12 malam.

~~~~~~~~~~~~~ MERDEKA MERDEKA!!

haha. syok sendiri di tepi tasik beramai ramai. ada konsert. siap ada rakaman lagi. tapi aku tidak dapat menunjukkan kepada kamu kamu semua kerana mengandungi unsur unsur yang salah dari segi undang undang orang orang yang berkenaan. apakah??!! anda ingin menonton? silalah datang beramai ramai ke restoren midah.....semua dijemput hadir :)


p/s : bendera merah aku naik lebih tinggi dari bendera Malaysia pada malam patriotik ni. heh! grrrr...


2010/08/29

kaki letih letih

siapa nak urut kaki aku?? lenguh.

sabtu.
seperti biasa. kelas hujung minggu. aku akan datang lewat. setengah jam lewat. tak lah teruk sangat kan? tetapi boleh lah. markah lukisan aku masih membuatkan aku cukup berpuas hati :)

oh. cerita gedik aku. weee~~~ dapat berkata kata bersama sama beliau. suka suka :D

sedang memandang sekeliling. nak berkongsi. tapi tangan semacam malas hendak tekan tekan papan kekunci ini.

aku ringkaskan lah.

aku jumpa sayangss aku tadi. rindu beliau. beliau agak menutup aurat hari ini. ingin berubah katanya. sedang dalam proses percubaan. harap bertahan lah sampai bila bila. bukan sebab peraturan tempat belajar kamu ye sayangss.

ini lah sayangss aku :*

foto semasa zaman latihan untuk
berjuang kepada negara tercinta ini.

penat berjalan hari ini. tapi puas. dapat juga aku membeli belah. sehelai sahaja. aku suka baju itu. lalu terus membeli. akibat nya, wang elaun aku sudah lesap. mampusssss lah aku nak menjawab dengan 'mama' nanti. haishh. lepas ini dengan segan silu dan selambanya aku perlu sentiasa minta wang bulanan lebih dengan Mama. kenalah bagi alasan yang munasabah.

paling payah. nak berbuka apa esok. dalam dompet ada RM2 sahaja. beli air kat cincau cafe je lah nampak gayanya...

kepada AMZAR dan AFIQNURFAWWAZ, seronok dapat bersiar siar, berlawak jenaka dan bersuka ria dengan kamu kamu semua hari ini :)


2010/08/26

naik turun

keputusan muktamad. aku tidak turun untuk menghadiri kuliah mikroekonomi pada pagi tadi. untuk kali ini, aku ponteng sekali lagi. habislah gred aku untuk semester satu ini. kuliah tu awal sangat. pukul 8. tak puas lah nak tidur. 2 jam pula tu. memang tersumbat otak aku.

kelas petang aku turun dengan semangatnya. :D

sekarang aku sedang menghadap kertas kerja subjek mikroekonomi yang aku tak faham isi kandungan topiknya. inilah akibat kalau tak turun kuliah. sepatah haram aku tak faham. apa yang kau nak haaa?? aku tak boleh nak bagi jawapan kau lah banganggggg!!! kau jawab sendiri lahhhhh!!!


separuh hari

ouch! jari manis tangan kanan aku yang tersepit dipintu tempoh hari masih belum sembuh dengan sempurnanya lagi. sungguh menyeksakan. tapi tidak mengapa. kita tunggu dia nak sakit sampai bila.

untuk kali ini. mungkin banyak keluh kesah yang aku mahu kongsikan. rajin rajin lah kamu menekan butang anak panah ke bawah hingga lah ke bawah. gelakgelak.

satu perkara berlaku lagi. sekali lagi untuk hari ini. almaklumlah itulah aku. entah bila nak berubah. aku masih tertunggu tunggu. cahaya keinsafan tak sampai lagi.

kuliah hari ini. kurang menarik. bosan.

rutin harian aku sekarang. akan tidur bermulanya tepat jam 12 tengahari sehinggalah azan zohor berkumandang yang akan menjadi loceng jam untuk bangun.

berbuka puasa di Kampung Baru. sedap sedap. kenyang kenyang. jus oren, nasi putih, ikan siakap 3 rasa, tomyam campur, ayam paprik, telur bungkus dan sayur kailan ikan masin. sotong tepung goreng aku tak makan. sotong tak sedap dan tidak menyelerakan isi perut aku. apa apa hal pun. masyukkkkk.

beriang ria di pusat bola tiga lubang. kepada yang tidak hebat dan tidak kurang hebatnya. longkang tetap akan menjadi titik untuk dituju. almaklum lah. kami semua amatur. kepada AFIQNURFAWWAZ. terima kasih kerana menjadi johan dan kami mendapat habuan. kepada AMZAR, sila cuba lagi di lorong 9 botol yang akan datang. tetapi, aku kurang berpuas hati kerana FATIMAH dan aku seiring sejalan. ah. aku tidak mahu seiring lagi dengan kamu semasa di lorong 9 botol pada lain hari. kepada SIRHANFARIS dan EFENDI, peningkatan prestasi yang harus diberi pujian. untuk FATINNABILAH, errrr???

beli burger McAyam di kedai Uncle Donald. baru sahaja melahapkannya sebentar tadi. perut penuh. tidak perlu bangun sahur untuk hari esok.

oh. ada berita gembira. inspektor sahaq telah menjumpai buku lakaran aku. YA, tuan. saya akan datang ambil daripada tuan kemudian.

komik KIJIYA episod keempat sudah berada dipasaran. lalu aku terus mengeluarkan sehelai kertas merah dan membeli komik tersebut dengan mendapat pulangan baki dua helai kertas biru dan sekeping besi bulat besar. kepada kamu kamu sokong lah komik kartunis MALAYSIA. dan aku menyeru. bacalah komik karya ZINT. sangat sangat menarik.

tengah berfikir. masih ada lagi kah yang tertinggal?

.......................................

nampaknya begitulah. berhenti.



aku tak pasti nak datang kelas ke tak esok. tengok lah macam mane...


2010/08/25

buku lakaran


I NEED MY SKETCHBOOK AND MY DRAUGHTMANSHIP FILE BACK PLEASE.....!!

bodoh pergi tertinggal benda alah tu kat bilik kuliah FAB. manusia cuai. =.="

2010/08/22

ahad

seperti biasa. hari hujung minggu merupakan waktu untuk aku sengaja bangun lewat. menggantikan waktu waktu tidur aku yang lewat untuk hari hari yang sebelumnya. dengan itu juga, sahur aku pun terlepas. tak sempat.

berita baik. mama telefon aku pagi tadi. entah jam berapa, aku tidak sedar. duit poket untuk bulan ini sudah masuk. masyukkkkkk. oh. terlupa. aku perlu berjimat apabila mengingatkan wang elaun aku kini hanya tinggal seratus setengah sahaja. wahhh..begitu cepat aku menghabiskan wang itu. tak sampai sebulan pun lagi aku dapat duit itu.

aku berbuka puasa di rumah maksu hari ini. maksu masak antara lauk kesukaan aku. ikan cencaru masak sambal pedas. wahhh..memang teringin dari dulu. selepas ini aku akan bergerak ke sana.

oh ya. aku berpuasa pada hari ini. berniat nekad tidak mahu tinggal puasa dengan sengajanya lagi. :)

2010/08/21

dosa

nampaknya begitulah. aku tidak puasa pada hari ini. sengaja. YA. dan aku tahu ia satu dosa yang sangat besar. minta maaf wahai sahabat. kawan mu ini memang begini. tak tahan dengan dugaan yang Tuhan beri. nafsu makan aku sangat kuat. aku tak tahan tengok maggi kari aku yang sangat sedap. tengok. begitu hinanya aku. iman aku kalah hanya dengan terpandang maggi kari dalam plastik tu. mungkin agak sudah lama aku tidak menjamah mee segera. bodoh. aku memang bodoh. setakat maggi kari apa lah sangat. tapi nikmat juga dapat makan tadi. teruk betul lah manusia ni.

yang paling penting. kiamat semakin hampir.

dan aku? entah bila la nak berubah.

mungkin orang akan berkata. kenapa aku tulis keburukan aku diblog. aku bukan bangga dengan kesilapan yang aku buat. aku menulis kerana menyesal. YA. dan aku seorang yang cepat menyesal. aku tidak pandai untuk membuat keputusan sendiri. mesti mahu minta pandangan orang lain. tapi itu tidaklah salah. cuma aku akan menjadi kurang yakin dengan diri aku sendiri.

aku menulis untuk memotivasikan diri aku walaupun aku sendiri tidak termotivasi. tapi apa salahnya kan? usaha boleh kita lakukan bila bila masa dan di mana mana sahaja.

2010/08/20

suka.

Aku orang biasa. Aku punye cerita suka dan duka. Aku tak suka dunia yang bermuram durja. Aku benci dunia sengketa.
Aku suke ketawa. Lupakan segala masalah dunia. Hidup ni penuh bermakna untuk diteroka. Kalau kau suka, ikut lah aku sama ketawa.






oleh zackzukhairi.

over

peperangan sudah berakhir.
bermaksud peperiksaan aku untuk pertengahan semester sudah pun tamat.

kebelakangan ini, aku tidak menulis akan perihal yang berlaku ketika peperangan dua hari yang lepas. seperti tidak menarik untuk dikongsikan. untuk dipendekkan cerita, aku agak berpuas hati. mengharapkan 4 rata yang aku impikan selama ini. moga aku berjaya mendapatkannya.

sudah. aku tiada keinginan untuk menulis perkongsian aku untuk hari yang sebelumnya.

oh. sebelum terlupa. sehari suntuk aku mengadap komik komik daripada negara matahari terbit di dalam dunia yang tiada sempadan ini. tidak aku sentuh lagi papan durjana itu bersama sama kertas kertas sebesar arena untuk aku lukiskan dua gambaran hampas yang baru. tetapi aku masih ada empat gambaran hampas yang aku perlu ulangi. sungguh celaka. tapi biarkan sahaja. aku tidak akan melakukannya untuk minggu ini. aku agak kemalasan disitu.

mengenai kelas esok, aku akan hadiri dengan semangatnya. bukan seperti timm dan chepam. mereka menulis diruangan mereka dengan mengatakan mereka tidak akan datang ke kelas tersebut. tipu sahajalah kamu kamu ini. mereka tidak akan berani untuk ponteng ke kelas. mereka pelajar baik. tidak seperti aku.

untuk santapan aku apabila berbuka sebentar lagi, aku akan membuat tempahan makanan itali, dengan penghantaran secara berbayar. tiada keinginan untuk aku makan nasi pada hari ini. aku akan memesan pizza beef pepperoni dengan lebihan keju bersama sama roti bawang dan sup ayam/cendawan. kamu kamu jangan cemburu. heee~~

eh. ada lagi. aku merindui surat daripada papa aku. tak sampai sampai sejak dua hari yang lepas. oh. dan yang paling penting. aku tidak akan menghantar surat kepada papa. hazz selalu berkata itu adalah perbuatan yang egois. adakah aku seorang yang ego? mungkin. tapi aku tidak mahu mengakuinya.

nampaknya ade lagi yang aku ingin kongsikan. kepada pelanggan pelanggan restoren midah. aku tidak menyertai kamu kamu semua pada hari ini. secara tiba tiba aku merasakan jemu untuk berbuka puasa dengan makan nasi. harap kamu kamu semua bergembira apabila berbuka puasa tatkala ketiadaannya aku.

2010/08/18

angin angin

awan pusing pusing :P

semasa peperangan sebentar tadi angin ribut melanda. oh. sungguh kencang. tapi tidak mengapa. aku hampir dapat menewaskan keempat empat musuh yang paling terkuat. akan tetapi aku tidak sempat menewaskan musuh yang keempat kerana beliau sempat melarikan diri. ah. sungguh bengang aku disitu. tidak sempat mengejarnya.

hanya separuh ibu jari yang aku dapat dirikan.


2010/08/17

digenggaman

HAHAHAHAHAHAHAHAHA :D

ketawa lah sebesar yang mungkin. ketawa lagi. ketawa lagi. ketawa ini memberi makna bahawa kejayaan peperangan yang berlangsung pada 1 jam yang lalu. musuh musuh disekeliling tewas dengan begitu mudah sekali. sungguh lemah mereka. itulah kehebatan angkatan tentera wilayah rebung yang mempunyai senjata senjata yang hebat lagi canggih berasaskan teknologi tinggi.

*soalan microeconomy tadi memang senang la weyhhh..haha..thumbs up to our lecturer..who is.. errrr.. i forgot whats her name actually.



tamatlah pesta peperangan untuk hari ini. kita tunggu pula apa akan terjadi di peperangan yang seterusnya pada esok hari. berjuanggggglahhhhh.

oh ya. petang ni lepak di restoren midah lagi. ada mesyuarat kajian alam sekitar yang perlu aku hadiri. aku perlu mengeluar sebanyak mana usul yang mungkin bagi membantu rakan rakan seangkatan aku membanteras kemusnahan alam sekitar. Ya. aku sangat menyayangi alam sekitar.

plsss..save our earth.

bersedia

PEPERANGAN ANGKATAN TENTERA BAGI MEMPERTAHANKAN TEMBOK WILAYAH REBUNG AKAN BERMULA PADA ESOK PAGI TEPAT JAM 9.

AKU SUDAH BERSEDIA DENGAN SENJATA SENJATA HEBAT UNTUK MENGHAPUSKAN MUSUH.

AKU SANGGUP BERJUANG DEMI MENDAPATKAN HARTA WILAYAH REBUNG.

YA. SEMANGAT INILAHHH YANG KITA MAHUKAN.

BERUSAHALAHHHHHHH!


oh ya. peperangan ini akan berlangsung selama 5 hari. sungguh penat berjuang rupanya.

2010/08/16

hentaman

masalah. teruk sungguh hari ini. hari pertama exam di Universiti Malaya memang sangat malang bagi aku. bangun lambat. subuh terlepas. sahur apetah lagi. alarm fon tak berbunyi. pakcik call kejutkan aku tak bangun. timm sms. chepam sms. pakcik sms. langsung aku tak sedar. roommate aku pun memang dua kali lima sama dengan sepuluh je. lena betul aku tidur malam tadi.


tentang exam trigonometry pagi tadi. banyak hentaman dan tembak tembakan menggunakan m16 setelah berbaloi aku pelajari di PLKN dulu. sungguh mengecewakan. tembakan aku kebanyakannya tersasar. aku perlu berlatih lagi. sudah. aku tidak mahu berkata apa apa lagi. cukup la sampai di sini mengenai soalan trigonometry yang seperti *^#&^@%!%$ itu.

aku tidak mahu mencarut di bulan puasa yang baik lagi mulia ini.

seterusnya. microeconomy. berusaha lah wahai jasad dan roh ini. aku risau akan adanya kekeliruan konsep di setiap topik. minta dijauhkan.

sesi pada petang ini akan berlakunya cerita kedai kopi di restoren midah bersama sama ahli ahli wilayah rebung : timm, chepam, farah dan adlyn untuk mangatur strategi peperangan pada esok hari. tapi tuan punya restoren tiada. ada urusan peperangan katanya. goodluck kepada beliau. begitu juga kepada nurin. :)

cukup. aku mahu tidur sebentar.

2010/08/15

rupanya

oh. esok bermulanya peperiksaan pertama aku di Universiti Malaya. sungguh cuak. gementar. mampukah aku menjawab soalan soalan atas kertas itu. mengeluh. aku serius mengatakan. aku langsung tidak bersedia. belajar itu ada, tapi tidak bersungguh yang mungkin. biasa biasa sahaja.

sungguh.

bila difikirkan semula. aku malas nak belajar. apa yang aku tahu. mahu kerja dan cari duit sebanyak yang mungkin hinggalah aku kaya. tapi entah bila.

aku pun baru sahaja habis menonton kartun anime kesukaan aku. bila nak ulangkaji ni. mungkin selepas jari jari berhenti mengetuk ketuk papan kekunci.

eh. sebelum terlupa. doakan kejayaan aku serta doakan aku supaya dapat menjawab dengan tenang.


2010/08/14

kasihan

lapar lagi. walaupun baru sahaja berbuka puasa. mana tak nya...aku hanya berbuka puasa kurma dua biji, nasi putih, ayam goreng dengan sayur kubis. tak menarik langsung menu berbuka puasa aku hari ini. bukan apa. sampai sahaja di kafe, aku tak tahu nak beli makanan apa. rasa bosan dengan semua makanan kat sini. aku bersyukur sebab nafsu makan aku masa bulan puasa tahun ini tak kuat sangat. dapatlah aku berjimat sikit. sikit je.

YA.
tinggal beberapa hari sahaja untuk aku menjawab soalan peperiksaan pertengahan semester. dan yang paling mengada ngada, kertas soalan yang pertama adalah TRIGONOMETRY. oh. aku sungguh bengang. tapi apakan daya. redha sahaja yang aku mampu dan aku berdoa agar aku dapat jawab semua soalan dengan lancar dan sempurna.

oh ya.
mengenai kisah semalam. tiada apa perkembangan yang berlaku. hanya hubungan yang baik. :D


begitu

dalam jangka masa 3 hari di bulan Ramadhan ni. tiada apa yang begitu menarik bagi aku. tiada cerita yang karut untuk aku kongsikan. semuanya berjalan seperti biasa. bangun pagi, mandi, pergi ke kelas walaupun aku tidak menghadirinya buat beberapa kali. belajar, ulangkaji, walaupun tak berapa pasti apa yang aku belajar tu sampai ke sel sel otak aku ataupun tidak. aktiviti normal aku, sentiasa menghidupkan diri di mukabuku.

mungkin ada sedikit kisah kecil boleh diperkatakan.

wujudnya seorang manusia.
yang mana aku kenal beliau sebelum ini. tapi tidak sebagai seorang kawan. hanya kenalan di zaman persekolahan. tetapi apa yang menariknya.........

HAHAHAHAHA :P

aku tidak mampu nak menghabiskan kisah ini. mungkin di lain hari. kita tunggu sahajalah hari itu tiba. aku tertanya tanya...adakah hari itu akan tiba??

tak mungkin lah.

aku memang suka berangan angan dan diangan angan kan.


p/s : AH :)

2010/08/11

lagi sekali


TRUANCY

perkataan di atas mungkin sudah sebati dengan diri aku. daripada sekolah rendah, sekolah menengah sampai lah masuk universiti jadi pelajar asasi sekali pun aku tetap memontengkan diri daripada masuk ke kelas. untuk hari ini sahaja 3 kelas sekaligus aku tak pergi. teruknya aku!! sampai bila nak jadi macam ni. minggu depan nak exam. itu pun tak sedar sedar lagi. study pun entah ke mana. baca buku pun macam tak masuk je dalam kepala otak ni.

yang paling teruk sekali aku rasa, dah lah ponteng kelas, masa hari pertama bulan Ramadhan pula tu. masa bulan puasa ni lah kita perlu berubah kepada yang lebih baik. tapi aku??

aku rasa diri aku teruk sangat. kenapa macam ni?

jangan lah jadi macam aku.

mengharapkan Ramadhan yg penuh makna :)

ramadhan. bulan yg ditunggu kunjung lagi. marilah kita sama sama menunaikan rukun islam yg ke 3 ini.

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

niat puasa kerana Allah taala :D

jangan lupe sahur ye :)
bezakan puasa kita (orang islam) dan orang bukan islam berpuasa;

Daripada Amru bin al-Aas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Perbezaan diantara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu ialah dengan makan sahur.”


HURAIAN

1.
Manusia sejak dari zaman dahulu kala lagi telah mengenali amalan puasa. Mereka berpuasa bukan sahaja didorong oleh agama tetapi juga kerana beberapa tujuan tertentu.

2. Ibadat puasa yang telah diwajibkan ke atas umat Islam juga telah dilakukan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani, cuma terdapat beberapa perbezaan :
i. Orang-orang Islam menyegerakan berbuka puasa sedangkan orang Yahudi dan Nasrani melambat- lambatkannya. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Agama akan sentiasa tampak syi'arnya dengan nyata selama orang Islam berbuka puasa dengan segera (tepat pada waktunya), sebab orang-orang Yahudi dan Nasrani melambatkannya.
ii. Disunatkan bagi orang Islam yang berpuasa makan sahur sebelum masuknya waktu subuh kerana dengan makan sahur boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailulah (tidur sekejap) pada siang hari (sebelum Zohor) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail.

3. Umat Islam hendaklah berpuasa dengan niat yang ikhlas kerana Allah dan tidak mengerjakannya kerana menganggap bahawa ia adalah suatu tradisi (ikut-ikutan). Bahkan apa sahaja ibadat yang dilakukan perlu dilakukan dengan ketaatan dan kesedaran tentang kewajipan untuk mengerjakannya.

SELAMAT BERSAHUR
SELAMAT BERPUASA
SELAMAT BERBUKA
KEPADA SEMUA
UMAT ISLAM
DI SELURUH DUNIA
^_^

2010/08/09

kenangan


riang ria AB4. kelas tutorial aku. sayang mereka sangat sangat. mereka membantu aku dan aku membantu mereka. kami merupakan kelas tutorial paling rileks sekali. HAHA. tutor pun sempoi. kelas selalu cancel. ujian pun bincang bincang. tutorial pun tunggu sampai tutor bagi jawapan. HAHA. apa punya pelajar asasi laaaa..

kepada chepam, aku minta maaf sebab buli kau lagi. HAHA. tanpa disengajakan sebenarnya.aku tak terfikir nak sorokkan handphone kau. walaupun aku lah kepala tuhh tapi lepas nihh jangan laa terfikir nak kenakan aku balik.

bak kata Mad, itulahh kenangan.. semester dua belum tentu kita bersama lagi. apa yang terjadi hari ini kita akan ingat sampai bila bila :)

farah, se ann dan mad.. terima kasih kerana bersubahat. kalau tak, mesti tak dapat tengok chepam nangis. HAHA. seronok :D


p/s : chepam. kaw comel bile nanges. serius.

tujuan


selesai aku menyiapkan tutorial ke 7 trigonometry. berakhirnya topik yang memeningkan kepala itu. kini bermulanya aku berpindah ke topik yang baru. YA. geometry. sedang aku berehat beberapa minit sebelum memulakan tutorial matematik yang ke 8. telefon bimbit aku mengeluarkan suaranya tanda adanya mesej yang diterima. YA. benar. AFIQ mengajak ku ke PC FAIR di KLCC. hurmmmm... menarik. aku setuju dan bersiap untuk ke sana.

walau bagaimanapun,
bukan ini yang aku mahu kongsikan...
tetapi...

love its architecture :)

ini lah bangunan berkembar petronas. mercu tanda negara Malaysia. lebih dikenali sebagai KLCC. aku kagum dengan senibina bangunan pencakar langit tersebut. bagi pandangan sebagai seorang pelajar yang kini hilang tujuan untuk memilih bidang nya sendiri, aku melihat KLCC ini memiliki ciri yang sangat unik. Ia kembar dan sangat tinggi. mempunyai jambatan di tengah tengah sebagai pengikat kepada bangunan kembar ini. menunjukkan keutuhan sesebuah bangunan tersebut. sangat menarik. lebih indah apabila dilihat pada waktu malam sambil makan burger GCB mcdonald ditepi tasik KLCC dengan irama pancutan air yang sering bertukar rentak dan iringan muziknya. YA. betul betul indah. indah bagi seorang pelajar asasi alam bina merangkap rakyat Malaysia yang lahir di kota Kuala Lumpur.

walau bagaimana pun, walau indah nya bangunan KLCC itu, aku masih tercari cari tujuan sebenar aku di Universiti Malaya ini. memang benar tujuan aku disini untuk belajar. tetapi matlamat? YA. apa matlamat aku di sini? bidang apa yang harus aku ceburi selepas berakhirnya semester 1 ini. aku pening memikirkan hal tersebut. aku masih tidak nampak. serabut kepala aku. sangat serabut. seni bina? aku kurang pasti. aku dilahirkan sebagai seorang manusia yang tidak kreatif. YA. benar dan aku sedar. aku juga tidak mempunyai idea idea yang menarik. tetapi aku sangat meminati lukisan senibina itu sendiri. sangat minat. aku sebenarnya takut. takut untuk ke bidang itu dan tidak pasti adakah aku boleh ke bidang itu. sukarnya kehidupan yang mempunyai pilihan ini. sungguh sukar......

2010/08/08

itulahhh


=.=

ouhhh. stressnya masa kini. rutin harian ku sebagai seorang pelajar yang senantiasa bangun lewat nihhh semakin menjadi jadi. apakah? exam semakin hampir. walaupun hanya mid sem test, tetapi aku perlu mencapai apa yg sepatutnya. YA, itulah 4 RATA. boleh kah aku? mampu kah aku? aku hanya lah seorang manusia biasa yang mempunyai tahap IQ standard. aku rupa rupanya masih tidak bersedia untuk menempuh hidup sebagai seorang pelajar asasi sedangkan aku merasakan aku sudah mampu. itulah yang masyarakat sekeliling suka perkatakan, jangan berlagak di hadapan orang lain. adakah aku tergolong dalam golongan yang sebegitu. mungkin YA. aku seperti sedikit ada perasaan bongkak itu. YA, sedikit.

apabila direnungkan kembali, aku yang kini dan yang dahulu tidak jauh beza pun. cuma ingin berubah kepada yang lebih baik. tetapi seperti tidak berlaku sahaja perubahan tersebut. bagaimana ya? aku ingin kan proses perubahan tersebut. tunggu sahajalah saat itu tiba.

aku merenung helaian helaian tutorial aku yang bersepah sepah di atas meja berdekatan laptop ketika sedang menaip blog ini. sungguh banyak kertas2 tersebut. pening ku memandang nombor nombor tersebut. YA. aku tidak suka nombor. berulang kali ku katakan. AKU TAK SUKA NOMBOR. tetapi apakan daya. nombor dan kehidupan manusia itu tidak boleh dipisahkan. dimana mana sahaja atau apa sahaja yang kita perlakukan mesti ada kaitannya dengan nombor. mengapa? inilah yang akan berlaku apabila wujudnya seorang pelajar yang mempunyai masalah dalam nombor. bukan apa. aku tidak suka atau kurang suka pada subjek matematik itu sendiri. YA. aku lah salah seorang pelajar yang ada masalah dengan nombor. salah seorang? mungkinkah ada yang lain mempunyai masalah seperti aku. mengeluh. aku tidak tahu. semenjak daripada zaman persekolahan iaitu sekolah rendah, aku tidak suka pada subjek tersebut. mungkin bukan pada nombor. tetapi kepada jalan penyelesaian topik matematik itu sendiri. semakin tinggi tahap pengajian dalam subjek matematik itu, semakin susah penyelesaian nya. mengapa seorang manusia perlu selesai kan sendiri masalah kau wahai matematik? membesar lah dan selesai kan masalah kau sendiri. aku tak mampu nak menyelesaikan masalah kau wahai matematik. aku sudah tak sanggup lagi.


2010/08/05

microeconomy


dua minggu berturut-turut aku terlepas microeconomy lecture class.

haissshhh..

yang 1st tuhh of course laaa aku ponteng..
tapi yg 2nd time nihh..
aku bleh demam plakkk..
tak lah terok mane..
tibe2 jehhh tak larat nak bangun..
sumpaa tak larat laaa..
kepala pun penin2..
masa aku bukakk je mata drpd tidur..
aku rasa macam dunia nihh berpusing pusing..
macam orang tak betul jehh aku masa tuh..

terpaksa lepas kan kelas microeconomy dan sambung tidur..

alhamdulillah..
tengahari tuhh aku terjaga..
bila tidur yang agak lama nihh..
badan aku mcm dah kebah..
sihat laa tuh makna nyeee...
aku boleh attend kelas petang nihh..

harap2 next week aku akan ke kelas microeconomy..
tak nak ponteng2 daaa...

I NEED TO CHANGE INTO A BETTER PERSON :)

2010/08/02

ponteng!

apa nak jadi dengan aku nihhh
tak berubahhhh
entah bila laaa nak jadi budak baik skit nihh

byakk kali laaa jugakk aku dah ponteng kelas
bukan ape..
malasssss
takde mood nk mengadap muka lecturer dengan tutor nihhh
hahaha

chemistry lecture class
microeconomy lecture class
english tutorial class
adalah kelas2 yang aku da ponteng

haishhhh...

lepakk laaa baru 3 kelas je miss
hahahahahaha :P



p/s : rasenye aku je student pompuan ABians yg selalu ponteng kelas..i think so...