2010/08/21

dosa

nampaknya begitulah. aku tidak puasa pada hari ini. sengaja. YA. dan aku tahu ia satu dosa yang sangat besar. minta maaf wahai sahabat. kawan mu ini memang begini. tak tahan dengan dugaan yang Tuhan beri. nafsu makan aku sangat kuat. aku tak tahan tengok maggi kari aku yang sangat sedap. tengok. begitu hinanya aku. iman aku kalah hanya dengan terpandang maggi kari dalam plastik tu. mungkin agak sudah lama aku tidak menjamah mee segera. bodoh. aku memang bodoh. setakat maggi kari apa lah sangat. tapi nikmat juga dapat makan tadi. teruk betul lah manusia ni.

yang paling penting. kiamat semakin hampir.

dan aku? entah bila la nak berubah.

mungkin orang akan berkata. kenapa aku tulis keburukan aku diblog. aku bukan bangga dengan kesilapan yang aku buat. aku menulis kerana menyesal. YA. dan aku seorang yang cepat menyesal. aku tidak pandai untuk membuat keputusan sendiri. mesti mahu minta pandangan orang lain. tapi itu tidaklah salah. cuma aku akan menjadi kurang yakin dengan diri aku sendiri.

aku menulis untuk memotivasikan diri aku walaupun aku sendiri tidak termotivasi. tapi apa salahnya kan? usaha boleh kita lakukan bila bila masa dan di mana mana sahaja.

No comments:

Post a Comment