2010/08/26

separuh hari

ouch! jari manis tangan kanan aku yang tersepit dipintu tempoh hari masih belum sembuh dengan sempurnanya lagi. sungguh menyeksakan. tapi tidak mengapa. kita tunggu dia nak sakit sampai bila.

untuk kali ini. mungkin banyak keluh kesah yang aku mahu kongsikan. rajin rajin lah kamu menekan butang anak panah ke bawah hingga lah ke bawah. gelakgelak.

satu perkara berlaku lagi. sekali lagi untuk hari ini. almaklumlah itulah aku. entah bila nak berubah. aku masih tertunggu tunggu. cahaya keinsafan tak sampai lagi.

kuliah hari ini. kurang menarik. bosan.

rutin harian aku sekarang. akan tidur bermulanya tepat jam 12 tengahari sehinggalah azan zohor berkumandang yang akan menjadi loceng jam untuk bangun.

berbuka puasa di Kampung Baru. sedap sedap. kenyang kenyang. jus oren, nasi putih, ikan siakap 3 rasa, tomyam campur, ayam paprik, telur bungkus dan sayur kailan ikan masin. sotong tepung goreng aku tak makan. sotong tak sedap dan tidak menyelerakan isi perut aku. apa apa hal pun. masyukkkkk.

beriang ria di pusat bola tiga lubang. kepada yang tidak hebat dan tidak kurang hebatnya. longkang tetap akan menjadi titik untuk dituju. almaklum lah. kami semua amatur. kepada AFIQNURFAWWAZ. terima kasih kerana menjadi johan dan kami mendapat habuan. kepada AMZAR, sila cuba lagi di lorong 9 botol yang akan datang. tetapi, aku kurang berpuas hati kerana FATIMAH dan aku seiring sejalan. ah. aku tidak mahu seiring lagi dengan kamu semasa di lorong 9 botol pada lain hari. kepada SIRHANFARIS dan EFENDI, peningkatan prestasi yang harus diberi pujian. untuk FATINNABILAH, errrr???

beli burger McAyam di kedai Uncle Donald. baru sahaja melahapkannya sebentar tadi. perut penuh. tidak perlu bangun sahur untuk hari esok.

oh. ada berita gembira. inspektor sahaq telah menjumpai buku lakaran aku. YA, tuan. saya akan datang ambil daripada tuan kemudian.

komik KIJIYA episod keempat sudah berada dipasaran. lalu aku terus mengeluarkan sehelai kertas merah dan membeli komik tersebut dengan mendapat pulangan baki dua helai kertas biru dan sekeping besi bulat besar. kepada kamu kamu sokong lah komik kartunis MALAYSIA. dan aku menyeru. bacalah komik karya ZINT. sangat sangat menarik.

tengah berfikir. masih ada lagi kah yang tertinggal?

.......................................

nampaknya begitulah. berhenti.



aku tak pasti nak datang kelas ke tak esok. tengok lah macam mane...


No comments:

Post a Comment