2010/08/15

rupanya

oh. esok bermulanya peperiksaan pertama aku di Universiti Malaya. sungguh cuak. gementar. mampukah aku menjawab soalan soalan atas kertas itu. mengeluh. aku serius mengatakan. aku langsung tidak bersedia. belajar itu ada, tapi tidak bersungguh yang mungkin. biasa biasa sahaja.

sungguh.

bila difikirkan semula. aku malas nak belajar. apa yang aku tahu. mahu kerja dan cari duit sebanyak yang mungkin hinggalah aku kaya. tapi entah bila.

aku pun baru sahaja habis menonton kartun anime kesukaan aku. bila nak ulangkaji ni. mungkin selepas jari jari berhenti mengetuk ketuk papan kekunci.

eh. sebelum terlupa. doakan kejayaan aku serta doakan aku supaya dapat menjawab dengan tenang.


No comments:

Post a Comment