2010/08/22

ahad

seperti biasa. hari hujung minggu merupakan waktu untuk aku sengaja bangun lewat. menggantikan waktu waktu tidur aku yang lewat untuk hari hari yang sebelumnya. dengan itu juga, sahur aku pun terlepas. tak sempat.

berita baik. mama telefon aku pagi tadi. entah jam berapa, aku tidak sedar. duit poket untuk bulan ini sudah masuk. masyukkkkkk. oh. terlupa. aku perlu berjimat apabila mengingatkan wang elaun aku kini hanya tinggal seratus setengah sahaja. wahhh..begitu cepat aku menghabiskan wang itu. tak sampai sebulan pun lagi aku dapat duit itu.

aku berbuka puasa di rumah maksu hari ini. maksu masak antara lauk kesukaan aku. ikan cencaru masak sambal pedas. wahhh..memang teringin dari dulu. selepas ini aku akan bergerak ke sana.

oh ya. aku berpuasa pada hari ini. berniat nekad tidak mahu tinggal puasa dengan sengajanya lagi. :)

No comments:

Post a Comment