2010/08/20

over

peperangan sudah berakhir.
bermaksud peperiksaan aku untuk pertengahan semester sudah pun tamat.

kebelakangan ini, aku tidak menulis akan perihal yang berlaku ketika peperangan dua hari yang lepas. seperti tidak menarik untuk dikongsikan. untuk dipendekkan cerita, aku agak berpuas hati. mengharapkan 4 rata yang aku impikan selama ini. moga aku berjaya mendapatkannya.

sudah. aku tiada keinginan untuk menulis perkongsian aku untuk hari yang sebelumnya.

oh. sebelum terlupa. sehari suntuk aku mengadap komik komik daripada negara matahari terbit di dalam dunia yang tiada sempadan ini. tidak aku sentuh lagi papan durjana itu bersama sama kertas kertas sebesar arena untuk aku lukiskan dua gambaran hampas yang baru. tetapi aku masih ada empat gambaran hampas yang aku perlu ulangi. sungguh celaka. tapi biarkan sahaja. aku tidak akan melakukannya untuk minggu ini. aku agak kemalasan disitu.

mengenai kelas esok, aku akan hadiri dengan semangatnya. bukan seperti timm dan chepam. mereka menulis diruangan mereka dengan mengatakan mereka tidak akan datang ke kelas tersebut. tipu sahajalah kamu kamu ini. mereka tidak akan berani untuk ponteng ke kelas. mereka pelajar baik. tidak seperti aku.

untuk santapan aku apabila berbuka sebentar lagi, aku akan membuat tempahan makanan itali, dengan penghantaran secara berbayar. tiada keinginan untuk aku makan nasi pada hari ini. aku akan memesan pizza beef pepperoni dengan lebihan keju bersama sama roti bawang dan sup ayam/cendawan. kamu kamu jangan cemburu. heee~~

eh. ada lagi. aku merindui surat daripada papa aku. tak sampai sampai sejak dua hari yang lepas. oh. dan yang paling penting. aku tidak akan menghantar surat kepada papa. hazz selalu berkata itu adalah perbuatan yang egois. adakah aku seorang yang ego? mungkin. tapi aku tidak mahu mengakuinya.

nampaknya ade lagi yang aku ingin kongsikan. kepada pelanggan pelanggan restoren midah. aku tidak menyertai kamu kamu semua pada hari ini. secara tiba tiba aku merasakan jemu untuk berbuka puasa dengan makan nasi. harap kamu kamu semua bergembira apabila berbuka puasa tatkala ketiadaannya aku.

2 comments:

  1. panjang nyee wani . tarak larat woo ak na bce ! haha.. :))

    ~fara~

    ReplyDelete
  2. panjang2 pun kaw baca jugakk kan...

    ReplyDelete