2011/03/30

theOtherSide..of Me?

lepas subuh aku berjaga.
dengan kata lain, aku bangun pagi :)
serius indah. cukup indah.
aku selalu ingat pesan Opah aku, bangun pagi pagi memang awesome.
tapi Opah aku takdelah sebut 'awesome'.
aku lupa kata kata dia yang last tuh, tapi lebih kurang macam awesome lah bunyi dia.
haha.
macam biasa.
nak segarkan diri, aku layan latte di pagi hari.
yes. I really need caffeine for avoiding me from sleeping.
aku kalau tidur sumpaa tak ingat dunia. tak ingat planet Bumi masih ada.
tapi stok latte aku tinggal satu tin jeh.
macam mana nih?
kena plan masa hujung minggu nih, nak pergi beli.
kalau tak mampus aku tidur time nak jawab final exam minggu depan.
nak kata dah ready ke tak, aku tak boleh nak conclude kan lagi.
tapi InsyaAllah, aku dah cuba manage masa untuk buat revision sebaik yang mungkin.
walaupun kadang kadang aku tidur terlebih.
memang rugi masa aku nak belajar.
terbuang kat situ jeh.
memang aku percaya, Masa itu Emas.
tak boleh nak patah patah balik dah.
bila situasi macam tu datang, timbul lah rasa menyesal dalam diri aku.
serius. aku jenis yang cepat menyesal dengan segala tindakan yang aku buat.
even aku dah tahu keputusan yang aku buat tu salah.
tapi, macam biasa.
ADA AKU KISAH??
haha.
aku menyesal, then aku buat tak tahu.
*geleng kepala sambil berfikir.
entah bila aku nak berubah.
lepas baca doa masa solat subuh tadi.
tiba tiba, aku rindu life aku kat PLKN.
even its suckssss, but really meaningful.
termenung aku sekejap.
aku realize, aku suka sangat diri aku masa kat sana.
even bukan betul betul macam diri aku, means aku jadi plastik kat sana.
but, I really enjoyed it.
nak bawa sangat diri tu balik kat sini, tapi tak boleh.
mungkin sebab ada manusia manusia yang kenal aku macam mana -_-

haishhh, tak nak dikenangkan dah.
anyway,
rindu theCA19
rindu theOrchidDELTA
rindu theBenumsK7S12010

dah dah. baik aku layan Account.
lecture law dah lah ponteng lagi.
takde mood nak hadap muka Dr. Farah.
even it is last lecture.
rilek lah, tutorial Jumaat nih aku datanglah.

2011/03/21

mata tak lelap

aku rasa blog nih kena tukar nama aku insomnia lah.

masalah masalah masalah.

dah berminggu minggu. aku langsung tak boleh tidur malam. macam mana ni?

sekarang pukul 5 pagi.
aku mula menapak atas katil lebih kurang pukul 2 pagi.
semua posisi tidur aku dah cuba, langsung tak berguna.
3 jam beb !
mata bulat. otak segar.
tengok Timm, perghhhh...punyalah sedap dia tidur.
cissssssss.

macam macam aku buat untuk tidur. berangan lah, fikir masa depan lah, buat perancangan lah.
serius. aku dah macam robot. kena tunggu tanggal bateri kot baru boleh tidur.

haishhhh. apa nak buat. baik aku sambung buat kerja di pagi pagi buta.

2011/03/19

insomnia kembali menikmati pagi

serius tak boleh layan tidur. konon konon nya bila mata dah bulat ni boleh lah aku habiskan segala assignment bagai kira duit.

tapi...

aku end up dengan tengok drama korea. sucksssssssssss.

pukul 5 pagi, sambung buat kerja. dengar dengar dah azan. rasa mengantuk baru sampai. kalau aku buat keputusan untuk tidur, memang aku bangun petang petang kejap lagi lah.

oleh itu, aku paksa diri aku untuk tidak tidurrrrr.

pergi cuci muka segala bagai. planning nak basuh kain, tengok tengok syiling tak cukup seringgit. nak basuh manual guna tangan memang taklah. teknologi sekarang dah maju, gunakan kemudahan yang ada tanpa mengeluarkan peluh keringat.

memanglah boleh jimat duit kalau basuh baju pakai tangan sendiri.
tapi aku dah ambil keputusan, takkan basuh baju pakai tangan lepas habis high skool.
cukup cukuplah 5tahun aku stay hostel + 3bulan stay kem plkn.
penat lahhhhhhh.

sambung cerita syiling tak cukup,
aku dilahirkan dengan otak yang agak bernas. vending machine kan ada. haha. aku jadikan machine tu 2 in 1, means ada 2 kegunaaan. beli air dan tukar duit syiling. haha.

memang terbaik.

turunlah aku ke bawah semata mata nak tukar seringgit kertas ni kepada syiling seringgit. alang alang bawa 2 ringgit. layan latte beb! perghhhhh. terasa pagi. haha

the only latte in KK12's vending machine. haha

mengikut fakta, kopi boleh hilangkan rasa mengantuk.

point aku cerita dengan kamu kamu ni,
lepas aku minum coffee latte ni, aku mula ngantuk gila babi. ada ubat tidur apa dalam tu. mungkin kerana itu adalah kopi susu. tapi kopi susu tetap kopi jugakk -_-

serius pelik.

aku terasa masalah biological aku semakin pelik.

eh pelik pelik.

Cancer -_-

oh fatimah main tag tag.
-_-
aku update bila kena tagged jeh. tak tahu dah nak kongsi apa apa dengan kamu kamu.

RULES:

1. Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.

2. For each question, press the next button to get your answer.

3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.

4. Tag 10 friends.

5. Everyone tagged has to do the same thing.

6. Have Fun!

IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?

Don't Say Goodbye

HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?

Complicated

WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?

Leave Get Out

HOW DO YOU FEEL TODAY?

Shape of My Heart

WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?

Our Song

WHAT'S YOUR MOTTO?

I Just Wanna Live

WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?

Cleanin' Out My Closet

WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?

Bring It Back

WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?

Chasing Cars

WHAT IS 2 + 2?

You Are Not Alone

WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?

Dead !

WHAT IS YOUR LIFE STORY?

Need You Now

WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?

I'm Not Okay (I Promise)

WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?

Only One

WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?

I'll Attack

WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?

When It All Falls Apart

WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST??

I Need To Know

WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?

Soldier

WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?

The City Is At War

WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?

A Little Too Not Over You

WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?

M.I.A

WHAT WILL YOU POST THIS AS?

Cancer

fine. fine. kali ni aku tag orang.

alamien zulfishah

haslyza hashim

farah nazira

ammanda johari

danial hakim

catthmd

azah yamin

izz ezra

anis nurzamira

azanisa ishak

kalau korang rajin buatlahhhhhh. its quite fun. tergelak gelak jugak aku. haha.

2011/03/14

aku di-tagged 3

oh, sesi menjawab soalan bermula.

1. adakah anda rasa anda hot ?
tak. sebab baru lepas hujan. sejuk seyhh. haha

2. upload gambar wallpaper / lappy

haha. gambar nih aku copy daripada group facebook alam bina. sangat cooool. sesuai untuk jadi cover muka Stanley.
btw, aku sayang theGARIS and dalam Pasum aku racist.
langsung tak nak mengaku yang student asasi alam bina ni Pasum jugakk :P

3. kali terakhir makan ayam ?
dinner semalam. makan nasi goreng kampung ada ayam dalam dia. haha

4. lagu terakhir yang anda dengar ?
Take It Off by Kesha.

5. apa yang anda sedang lakukan selain menyelesaikan tag ini ?
main cityville. haaaa :D

6. selain nama sendiri anda dipanggil apa ?
aku sangat strict bila bab bab panggil nama ni. aku takkan bagi orang ramai panggil nama lain untuk aku selain WANI, even dalam family aku sekalipun. sebab aku sangat menghargai nama aku.

7. tag 8 blogger
maaf. aku taknak tag.

oleh itu aku tidak akan menjawab soalan no 8 sehingga no 15, harap maklum.

16. persamaan antara lembu dan kambing ?
ada 4 kaki, ada tanduk, ada mata, ada mulut, ada gigi, ada hidung..bla bla bla.

17. perasaan ketika jawab tag ini .
sangat sayang terhadap Fatimah Abdul Razak :D

2011/03/13

bila manusia dan hantu bercinta

dua tiga minggu kebelakangan ni aku layan drama Ghost kat 8tv dulu dulu. punya laa semangat aku download dua season sekali.

yelah, masa high skul aku stay kat hostel. manalah tahu ada drama macam nih.

sumpaaa jalan cerita dia layan beb !
kamu kamu patut tengokkkk.

season 1

season 2

even cerita dia agak tahyul sikit tapi ok laa. sesuai untuk tontonan umum. lagipun cerita ni tak sentuh isu agama atau kaum, hanya untuk hiburan semata mata.

yelahh, gila apa hantu nak bercinta dengan manusia.

kalau aku memang tak laaaaaa.

actually, cerita dia tak jiwang. takde cintan cintun pun. tapi sangat cooool bila hantu tuh mengekspresikan rasa jeles beliau terhadap manusia tersebut. huhu
tujuan utama hanya nak tahu punca dan macam mana hantu tu boleh mati. so manusia itulah yang tolong hantu tu siasat dan selesaikan semuanya sebab manusia tu je yang boleh nampak hantu tu.

season 2 ada ZA, sengal -_-

oleh kerana aku layan gilaaa.
virus dia pun melekat lah jugak kat member2 aku. semua pakat nak tengok. haha.
terbaik kan aku. huhu

ending untuk dua dua season sumpaaa layan. memang tak rugi habis aku meletihkan Stanley berjaga setiap malam semata mata kerja kerja muat turun yang aku suruh. kau memang banyak berjasa. haha


2011/03/10

mood baru sampai

hari ini merupakan hari yang kesepuluh di bulan Mac.
macam macam yang dah jadi.

paling teruk bila RM100 aku hanya buat untuk makan chinese cuisine je -_-
serius. aku menyesal bayar kat Paul. aku menyesal pergi malam tu.

baik duduk dalam bilik diam diam tengok drama korea. hahahaha !!

nasib baik baju semua MakSu support.
sumpaa aku sayang kau MakSu. kau lah mak sedara aku paling the best yang aku ada. haha.

untuk lupakan sekejap kesesalan yang aku hadapi.
ini dia ubatnya...

the only rockstarr of the night..maybe. LOL.

my sayangss :D

gembirasedihsukadukasamasama :)

the best moment bila tangkap gambar ramai ramai. baru rasa happening malam tuh lepas dah tertelan agak banyak seafood. siot jehh -_-

nasib baik takde apa apa yang jadi. fuhhhh.

2011/03/02

keluar makan wayang

aku sungguh sungguh eksited hari ni, sumpah.
walaupun beritanya tak meriah mana, tapi bagi aku rasa macam dah lama sangat tak hang out.
aku rasa lah.

oh ya.
kamu kamu jangan pula tak percaya. aku turun tau kelas law pagi tadi. pukul 8 pula tu. betul cakap opah aku, bangun pagi pagi sumpaa cool.
dan aku terasa diri aku pun cooool. ok. aku dah mula perasan :P

haha.
tapi kelas management petang tadi tak turun pun.
biaq pi laaaa.
lecturer takda. entah pi mana Dr Zul pun aku tak tahu. berminggu dah tak nampak.
schedule dating penuh kot..takda masa untuk student student beliau.
assignment je yang beliau boleh kasi.
ceyh !!

akibat proses pemontengan kelas sudah berlaku, jadi kami empat sekawan tanpa kehadiran chepam keluar berjalan jalan bersiar siar suka gembira dengan penuh meriah. haha.
jangan jeles ye pamm ! hang dok diam diam siap kan design :P

waktu waktu macam ni lah duit aku keluar macam air. tak berhenti. tapi ada aku kisah? lantak lah. janji aku puas.
puas nak makan apa yang aku suka. haha
  • kfc, combo fish doughnut
  • auntie anne, chocolate mint pretzel
  • hot & roll, paratha banana chocolate
  • mcd, apple pie
bagi aku dah cukup banyak tu. serius. aku suka makan. walaupun agak membazir tapi kenyang lagi sampai sekarang :D
nasib baiklah aku tak rembat dominos ke carls junior ke kenny rogers ke, alamatnya memang nak kena hempuk lah aku.

sepanjang aku keluar tadi, satu benda je yang aku beli. wajib beli kalau ada yang latest. haha. aku memang komik freakkkk.
eyh, aku layan komik gempak starz jeh.

koleksi terkini selepas berjaya mengumpul semua koleksi komik Under 18




dan...

jeng ! jeng ! jeng !

haha. ini yang aku dapat beli tadi. sumpah terbaik. tapi belum baca lagi. esok baru layan. ini jilid kelima. tak habis lagi cerita nih, entah panjang mana lah cerita dia.
layan je beb ! aku suka :D

oh. tadi ada juga jual komik lawak kampus yang baru. ada kaler kaler lagi.
nak beli....tapi fulus tak cukup :(
ceyh.

untuk penamat apa yang berlaku sepanjang hari.
hehe. ini lah dia.

kamu kamu kena tengok. sumpah terbaik. tapi rasanya movie ni ada sambungan.
dan, lepas tengok cerita ni tadi aku teringin nak jadi nombor 6.
haha.
nombor 6 sangat cooool dan stylo. hohoho.

having fun dengan semua orang tadi walaupun ada yang lepak sekejap je :D

Adlyn Zuraimi, Fatimah Razak, Farah Nazira, Abdul Wahab, Danial Hakim, Amzar Shamsulkamar, Muhammad Rosli, Afiq Fawwaz, Sirhan Faris, Zaid Fikri, Baihaqi Fauzi, Fadhil Zin, Shahril Sulaiman.
:)