2011/09/30

subjek dan predikat.

predikat ada dua. lemon dan strawberi.

kamu kamu mesti pilih strawberi kan sebab rasa dia manis. kalau masam pun tak masam macam lemon.
lemon sumpaaa masam nak mampussss >.<

subjek ni ada topik karangan jugak. tapi selalu nye subjek tersebut lebih kepada mencipta sebaris ayat yang mudah untuk difahami.
aku tengah belajar subjek ni lah, susah gilaaa nak paham doe.
aku tensi.
berulang kali aku ulang baca benda yang sama sebab nak bagi aku faham. balik balik aku yang konfius sebab subjek ni komplikated sangat.

haa, macam mana tuh?

bila ada subjek, kena ada predikat. dan predikat nya adalah strawberi.
bukan lemon.

ya, aku yakin.
ia adalah strawberi.

2011/09/24

ayam goreng kentucky jadi penawar

menghirup udara pagi jumaat yang agak tenang. sejuk sejuk bilik ini.
aku kemas apa yang patut, basuh kain, sidai kain, bla bla bla.

berada di atas bukit Kurshiah ni memang penuh dugaan dan cabaran. haha.
aku telah menghadapi kebosanan yang sangat melampau.
ini serius.

macam macam rancangan bermain dalam kepala otak aku ketika itu...

aku perlukan aktiviti. sangat perlu. mungkin malam Isnin dan Rabu aku ingin menyibukkan diri dengan seni mempertahankan diri.
wanita sangat perlukan keselamatan diri dan skil skil menentang musuh. hoho.
lagipun aku memang nak sambung balik taekwondo aku yang dah terbantut tuh =.=

aku nak kembali bersukan. aktif seperti dahulu kala. sama seperti zaman aku berada di bumi Kuala Kangsar dulu. tengoklah macam mana. harharhar.

tentang kerja separuh masa aku, terpaksa aku abaikan buat sementara waktu. minta maaf wahai penyelia ku. aku tak dapat tunaikan janji dan orang yang memungkiri janji akan mendapat dosa.
haishhh. macam mana ni? tapi aku memang nak ada duit poket.
mungkin rancang untuk lain kali.

basikal.
hurm. masih lagi berkira kira untuk membelinya atau tidak. tak pasti ia merupakan sesuatu yang penting atau tidak.
masih lagi berfikir sehinggalah sekarang.

dua kali sergahan monyet di sisi tingkap C305 masih tidak dapat hilangkan kebosanan aku sepenuhnya.
Syera pulang ke rumah.
Syu keluar berpacaran.
AC keluar bertemu ibu ayah.

apa nak buat wehhhhh !!

haha. untung aku ada kawan kawan GARIS yang lain.
pengubat hati jiwa raga aku.
gelak tawa hiba kita, aku pasti ingati sampai bila bila.

untuk Amzar Shamsulkamar, habiskan masa 6bulan di sini sebaik baik nya. masing masing akan sibuk lepas ni.
gua takde teman nak mencarut lah derrr. lagi bosan lah hidup gua macam nih. takda sapa dah nak cerita macam macam kisah kat telinga gua selain lu.
geng umpat umpatan gua nak gerak Shah Alam sana.
harap lu berjaya di sana. gua angkat tabik !

ini jeh ke yang aku nak kerepekkan? tak gempak langsung =.=

2011/09/21

chill. aku boleh !

yeah. dua minggu menjalani sesi pembelajaran di FAB.
okay. no prob.

aku dah boleh sesuai kan diri.
sila ucap kan tahniah :D

haha.

cuma pengurusan masa sangat sangat penting.
dan aku sedang belajar macam mana nak uruskan masa dengan betul.
chill. aku boleh punya. jatuh lah reputasi aku kalau aku tak mampu :P

oh. fyi, kad Bank Islam aku che pamm pamm kita dah pegang. cissss.
penat betul aku buat buat lupa.
haha. kita tengok sampai bila duit poket aku nih boleh bertahan.
harap takkan ada masalah kewangan lagi macam dulu dulu.
segan nak mintak kat mama lagi.
semua stuff yang aku nak semua dah dapat.
cuma aku tengah aiming nak beli htc or ipod touch, which one beb??

haaa, kumpul duit dulu wehhh.

GARIS. we're not friends, but we're are family :)
caring and sharing each others.
even we're not together now, not always together in lecture hall or classes but our bond are strong.
no one cant deny it.
yeah, i really love all of you.

i will miss every moment that we always spending time together :)




pleaseeee, it cant be him :/

2011/09/16

wayang rugi

cis. cis. cis.

buat pertama kalinya aku tidur dalam panggung wayang. ahaks XD
haha.

takesah laa wehhh. janji dapat lepak sama sama. even tak lama mana kan tadi. yelah. lepas nih masing masing sibuk.
course aku jeh yang freeee. uhuk ! uhuk !

ok. otak semput. nak tidur.

ktanksbai.

2011/09/15

tempuhan rintangan halangan

1 pagi dah weh. aku tak layan tidur lagi.
layan lagu lagu slow slow dulu.
hati aku tengah berkecamuk. HAHA

takda hal pun.
entah.
aku ni suka berfikir sangat ke?

aku suka tengok attitude mama aku.
after bercerai, aku tak pasti macam mana dia tempuh hidup dia.
aku tak pasti ada kecewa ke tak dalam hati dia.
aku tak nampak sebab aku nampak mama aku sentiasa happy.
mama langsung tak nampak tua even dah cecah 50. ramai kawan kawan dia kata muka dia macam baru cecah 40. haha.
aku tak pasti apa petua dia.
dia hanya tumpu pada kerja kerja dan kerja. sampai dia boleh simpan banyak duit untuk puteri dan putera dia.
mama memang fikir pasal masa depan. respek dia gila habis.

bila difikirkan balik, aku tak cukup kuatlah nak tempuh dunia sarjana muda nih.
tak ready weh. serius.
rasa macam terlalu awal, padahal dah 19 pun.
aku rasa macam aku nih masih lagi macam budak budak.
rasa macam baru semalam aku tinggalkan zaman highskool.
aku nak ada attitude macam mama aku.
bila dah kecewa, bila dah menyesal, apa yang patut aku buat lepas tuh.
macam mana nak hidup happy selalu.

haishhhh.
setiap hari aku selalu ingin menjadi lebih baik.

tapi tolonglah.
aku taknak perasan kecewa, aku tak nak perasan menyesal datang lagi.
aku taknak hati aku sakit. perit weh.

aku paling sayang diri aku. diri sendiri aku lah yang paling penting.

entah kenapa, aku agak tensi sejak dua menjak nih -,-

nak kata hormon tak stabil, memang taklah. fasa bulan baru je habis.

2011/09/13

muktamad fullstop

kali ni aku sembang lebat. konon nya tak nak ponteng kuliah dah.
ok.
chill.
hari ni gua bangun lambat.

fine fine. memang nak ubah. tapi kena slow slow lah.

semalam aku dapat sms daripada palapes. dia suruh turun kompleks palapes pagi ni pukul 7 untuk pemeriksaan kesihatan KHAS. tapi aku tak gerak, sebab aku ngantuk, aku nak tido.

macam biasa. aku penting kan tidur aku daripada apa apa. HAHA. musnahlah masa depan kalau aku asyik macam ni -.-

aku mengaku. aku menyesal tak gerak palapes pagi tadi. padahal subuh aku dah jaga. saja menggatal sambung tidur balik -,-
tidur punya lama, 1st kelas account aku dah skip. nasib baik introduction. so, takda hal mana lah kannn.
HAHA.

aku dah buat keputusan untuk stay KK3 for one year.
aku dah kaji selidik.
not bad jalan kaki sampai FAB around 20mins. yang penting aku kena bangun 2jam sebelum kelas mula.
almaklum lah, aku tak suka rush. mandi pun lama. lain lah kalau aku ada transport. boleh drift macam Aman. boleh wempitzz macam Akram.

apa apa hal pun aku kena fikir positif. takkan sampai kesudah kau nak komplain kan? haha.

makanan kat kafe KK3 sedapp. nasi goreng kampung dia masyukkk. kawtim weyhhh !
so, takda masalah.

cuma yang berat nya, tang fasiliti dia. yang itu agak kurang sikit. tapi boleh diusahakan lagi, no problem. rumah aku dekat, balik rumah hujung minggu basuh kat rumah lagi sonangggg.

roommate aku awesome! aku bersyukur habis :) cooool weyh.

sekarang, aktiviti kokurikulum aku taktahu nak join apa dah. cis cis. sports? kesenian? tak tahu lah weyhhh.

dah. berhenti komplain. ingat, mesti ada hikmah :)

2011/09/12

dupp dapp hati kena cucuk

harharhar.
jangan salah faham dengan tajuk entri sebab entri aku memang selalu takda kena mengena dengan tajuk.
alah, korang nih, macam tak biasa lah pulekkkk :P

aku agak tensi sejak dua tiga hari ni.
yelah. palapes gua tak lepas. siott.
kolej jauhh.
sampai sekarang gua tak habis habis lagi nak komplain.

chill. bila dah biasa nanti, no problem lah kott.

oh.

haslyzahashim,
thanks for being a good listener.
i love you so much honeyyyyy :D

bila kau balik kL nanti nak lepak tidur kat rumah kau dengan mak kau sekali. HAHA.
coool dowh bila lepak dengan mak kau. huhu.

aku simpan air mata aku untuk kau.

wuwuwuwuwuwuwuwu T_T

haha. ktanksbai

2011/09/10

satu hari tiga rasa

maka tamatlah sudah Minggu Haluansiswa Universiti Malaya 2011/2012.

sodoqallahhulazim.

hey bebeh.
aku dah balik UM. siri hidup fasa kedua aku sudah bermula. kena rancang baik baik. kena rancang elok elok.

dilemma.

kecewa.

suka.

bercampur baur rasanya bak kata ayat ayat karangan bahasa melayu. aku cuba belajar jadi chill sebab aku manusia yang coool. haha.

kolej ketiga. oklah.
cuma fasiliti kurang, jauh dengan fakulti. cis cis.
teksi pun kurang keluar masuk. susah lah aku nak keluar lepak dengan kawan kawan.
transport pun aku takda, lesen lagilah takda. haishhh.

pehal lah UM nih besaq sangattttt -,-

haha. C305. roommate aku awesome :D aku dah mula sayang korangggg :) Syu dan Syera.

tapi dilemma.
kolej ketiga jauhh. susah weyhh nak gerak. ada buat rancangan nak stay luar, takpun tukar kolej. tapiiii, aku sayang nak tinggalkan roommate aku.
teringin jugak nak rasa pengalaman baru kat kolej lain.
susah susah. aku paling takut nak buat keputusan. aku takut aku menyesal.

oh. aku ada ujian kemasukan palapes tadi.
aku frust. aku kecewa. aku disqualified.
ada sejarah masalah kesihatan memang tak layak.
tulang bahu sebelah kanan retak 3tahun lepas tak boleh diterima pakai -,-
aku nak nangis. tapi tak keluar air mata.
aku mengadu kat akram, aku mengadu kat jiha.
akram kata chill, layan sports jeh.
jiha kata rilek, mungkin rezeki kat tempat lain.
aku tabole nangis. kena jaga reputasi.

apa apahal pun aku sangat happy dapat jumpa kawan kawan dekat fakulti. FAB sumpaa awesomeee !!

ada macam reunion takk? haha.