2010/08/14

kasihan

lapar lagi. walaupun baru sahaja berbuka puasa. mana tak nya...aku hanya berbuka puasa kurma dua biji, nasi putih, ayam goreng dengan sayur kubis. tak menarik langsung menu berbuka puasa aku hari ini. bukan apa. sampai sahaja di kafe, aku tak tahu nak beli makanan apa. rasa bosan dengan semua makanan kat sini. aku bersyukur sebab nafsu makan aku masa bulan puasa tahun ini tak kuat sangat. dapatlah aku berjimat sikit. sikit je.

YA.
tinggal beberapa hari sahaja untuk aku menjawab soalan peperiksaan pertengahan semester. dan yang paling mengada ngada, kertas soalan yang pertama adalah TRIGONOMETRY. oh. aku sungguh bengang. tapi apakan daya. redha sahaja yang aku mampu dan aku berdoa agar aku dapat jawab semua soalan dengan lancar dan sempurna.

oh ya.
mengenai kisah semalam. tiada apa perkembangan yang berlaku. hanya hubungan yang baik. :D


No comments:

Post a Comment