2011/01/20

letih laaaa macam nihhh

apa nak buat? masing masing ada kepala angin masing masing.

toleransi.

salah satu faktor yang penting kalau kamu kamu nak selesaikan masalah. dua dua belah pihak kena sedar lah. jangan nak ego tinggi macam KLCC pulakkk. memang mintak penyepak lah.

orang lain tak perlu masuk campur. mereka mereka itu dah agak dewasa kalau nak dikatakan. tahu mana yang baik mana yang buruk.

kita sebagai manusia, takkan lah nak bermusuh kan? tak elok tak elok.

hohohoho. mukadimah dah setel. poyo jeh ayat :P

apa apa hal pun, aku nak kongsi serba sedikit perkara mengikut apa yang berlaku di sekeliling aku.

perangai manusia ini macam macam kan? pelik pelik pun ada. yang entah apa apa pun ada. memang bikin kacau lah. tapi kalau semua manusia atas bumi ni perangai sama jeh...alamat bosanlah dunia. hidup pun tak ke mana.

ada manusia yang hatinya batu. memang kental habis. kita kalau nak jadi manusia yang seperti ini memang susah. tak tahu apa yang mereka nak sebenarnya dalam hidup mereka. manusia seperti ini memang jenis buat tak tahu jeh. mereka ada dua kategori, pertama, manusia manusia seperti ini takkan menangis walaupun terasa hati yang melampau sekalipun. mereka mereka ini hanya menangis disebabkan perkara perkara yang tertentu, perkara perkara yang sebahagiannya penting dalam hidup mereka. mulut pun kadang kadang cakap pakai lepas jeh. ada orang akan sakit hati dengan manusia yang macam ini. akan tetapi, kita akan lebih senang dengan orang yang sebegini kerana mereka lebih terbuka. kita boleh bagitahu apa salah dia tanpa ragu ragu. kedua, mulut manusia ini memang cakap main lepas jeh. tapi senang terasa bila ada orang cakap lepas balik pada mereka. senang cerita, manusia seperti ini kira macam vice versa dengan manusia kategori pertama. aku tak boleh nak explain sangat tentang manusia hati kental kategori kedua ini sebab tak cukup lagi pengalaman. haha

ada manusia yang mesti nak menang jeh. tak nak kalah langsung kalau kita sedang berdebat sesuatu dengan manusia yang sebegini. memang bikin hati panas jeh. walaupun hal yang kita debat kan tuh remeh temeh je pun. haishhhh...kau tahu kau tu dah salah tak payah lah nak defend yang kau tu betul. ingat kau manusia perfect ke? sedar sedar lah sikit. perangai dah macam budak budak sekolah boleh tak?? daripada luar semua orang kata yang manusia macam ni matang lah, dewasa lah, padahal otak sempit. nak terima apa yang orang sekeliling cakap pun tak boleh. kalau kamu kamu jumpa manusia manusia yang macam nih, kamu kamu jangan sesekali nak sound direct jeh, mesti manusia macam tu buat muka. tapi serius, memang buat sakit hati lah tapi sabar memang sangat sangat diperlukan waktu tu. oleh itu, buat tak tahu atau diam merupakan cara yang terbaik. kemudian, manusia yang sebegini lebih senang kalau kamu kamu guna cara yang halus. haaa.. macam mana? nak tahu? haha. ada dua cara, pertama, secara urban nya, kamu kamu tulis lah dalam blog tentang perihal ketidakpuasan hati kamu kamu terhadap mereka ini, masukkan unsur unsur nasihat menasihati kerana manusia seperti ini tak boleh terima nasihat secara terang terangan. mereka lebih senang dengan cara yang sebegini. kedua, secara klasik nya, kamu kamu tulis lah atas kertas sebagai surat. senangkan? huhu. kalau nak menghadap manusia yang seperti ini, kamu kamu perlu rilek, cool dan tenang seperti aku. hohohoho. baru boleh hidup dengan manusia seperti itu.

ada manusia yang jenis pendam dalam hati. simpan sorang sorang kat dalam. kita cakap apa apa pun mereka terima je. senang sangat menangis. nak marah pun marah dalam hati sebab tak berani nak sound orang yang sakitkan hati mereka itu. mereka mereka ini akan cari seseorang yang boleh dijadikan tempat untuk luahan perasaan dan mereka sangat percayakan seseorang tersebut. manusia yang seperti ini aku nasihatkan kau kena lebih berani. nanti orang lain pijak kepala kau baru kau tahu. jangan sampai teraniaya sudah lah. manusia yang macam ni senang dapat hasad dengki daripada orang lain. jadi mereka perlu lebih berhati hati dalam segala tindak tanduk mereka. akan tetapi, manusia yang sebegini lebih menerima nasihat dan tahu salah betul mereka. mereka lebih senang dalam bertolak ansur antara satu sama lain. memang aku respek habis lah manusia yang macam ini. selain itu, manusia ini kadang kadang agak kebudak budakan sedikit tetapi masih lagi boleh diterima pakai oleh orang di sekeliling mereka. manusia ini suka fikir yang bukan bukan dan tak masuk di akal langsung. memang masalah sikit. tapi ok je :)

whoaaa? lepas tulis baru perasan. panjang nyee aku bebel.

haha. biaq pi laaaaa.

5 comments:

  1. panjang doh. tapi input banyak. huhu :)

    ReplyDelete
  2. penat gila aku baca. =.=

    oh ya! aku termakan cili! :D

    ReplyDelete
  3. pam : hahaha. kau terasa yang mana satu punye manusia? haha

    hazz : macam ayat pitbang. haha

    fish : -_- senyap.

    ReplyDelete