2010/12/01

azan isya' berkumandang...

nasib baik aku sempat solat maghrib. haishhhh. aku memang suka lewat lewat kan. takpe. aku sedang dalam proses perubahan. aku sangat seronok sekarang sebab pintu hati aku untuk berubah secara perlahan lahan dah terbuka.

rasa dia macam bahagia tau.

rasa nak nangis pun ada. tapi tak nak lah nangis. nanti Timm perasan. nasib baik dia tengah tidur. Timm memang kuat tidur. teruk teruk teruk.

aku memang gembira gila dapat sebilik dengan Timm :D solat subuh aku tak pernah tinggal lagi setakat ni :)
sayang timah anak pakcik razak.

semester dua agak berat. aku boleh rasa keberatan yang berkilo kilo tu. selagi mental aku tak terjejas, ia tidak memberi sebarang kesan kepada aku. setiap hari aku kena muhasabah diri aku. salah satu cara untuk aku mempertahankan mentaliti aku daripada retak secara perlahan lahan.

budakGARIS dah bahagi dua. Add kata "nanti mesti ade gap". jangan risau lah kawan, kalau kau percaya kawan kau yang dua orang tu kita masih lagi rapat. bukan apa, sebab bila kita ada perasaan yang macam itu, itu yang akan membuat kan timbulnya jarak antara dua bahagian tu.

aku pernah rasa macam itu. sebab itu aku berani nak kongsi kat sini. aku tak nak pisang buah dua kali. bila ada rasa macam tu, banyak betul salah faham yang keluar masuk. dan aku fikir, Timm mesti sependapat dengan aku. teruk juga kan dulu Timm? sedih pula bila ingat balik. haishhhh. rindu sungai congkak.

errr...Timm dah bangun. terus hilang semua hal yang aku nak kongsi dan cerita.

ya. aku mengambil masa yang betul betul lama kalau nak cerita kat sini. kadang kadang boleh sampai tiga jam aku mengadap tempat posting ni. aku tak nak menulis dengan hati hipokrit aku. semua yang aku kongsikan kat sini perlu keluar betul betul dari hati kebenaran aku. sebab itu aku buat blog. aku kongsi perkara yang aku rasa aku patut kongsi dengan semua orang.

terasa macam aku terlalu serius.


3 comments:

  1. ya ya. buang perasaan tu jauh2! hee ;)

    ReplyDelete
  2. camne bole hilang? cari balek kat bawah katil!

    ReplyDelete
  3. jangan lah cakap ada gap. insyaAllah takkan jadi. huuu. takut.

    ReplyDelete