2011/02/24

penuh satu gudang

whoaaaa??? :O

sumber : google image

aku rasa pakcik google ni dah bodoh. tak faham bahasa agaknya.
aku minta gambar gudang, dia pi kasi aku gambar gudang garam.

aku perokok pasif, bukan perokok aktif macam abah aku.
semput aku dibuat beliau.
haishh..disebabkan itu impian aku nak jadi sprinter sekolah tak tercapai.
setakat lari lari lompat jatuh jatuh atas tanah aku boleh laaa...

hek eleh, kau tu dah laa pendek.
ada hati nak lari laju laju.
haha. bukan apa....
berbalik kepada kisah asal..

banyak betul dosa yang aku dapat petik kat kebun tadi. berbakul bakul. nak letak dalam gudang pun dah tak muat dah.
kena bina gudang baru. haha *dah macam main cityville pula :P

aku suka mengumpat, aku suka gosip :D
mengutuk orang memang terbaik.
puas.

tapi tapi..

umpatan aku akan berlaku sekiranya aku betul betul nampak perkara yang perlu digosipkan itu dengan mata lensa kepala kotak aku sendiri.
kalau tidak, aku hanya mendengar, mengiyakan, dan tanya betul betul kesahihan nya.
haha.

tapi ia tetap satu perbuatan yang ada dosa
tak de baiknya pun kat situ.

nak insaf?
memang tak lah.
sebab aku tak puas.

hey, manusia mana pernah puas dengan apa yang dia ada.

1 comment:

  1. kalau da mmg name manusie,mmg x pena puas ah,,haha

    ReplyDelete