2012/01/20

oh wayang

tak sampai seminggu pun duduk rumah lagi tapi aku dah rasa macam cacing kepanasan sebab nak keluar pi tengok wayang. tapi duit tak da. haishhhh!

duit ptptn mana cukup wehhh. setakat RM1000 satu semester buat belanja makan minum semua takkan cukup. UM punya yuran dah lah sampai dua ribu lebih, habis duit ptptn tuh dia sapu. alih alih duit mama jugak aku mintak. walau rasa segan silu tuh ada jugak tapi kena tolak tepi jugak rasa segan tuh. takda duit je call, "Mama, esok masukkan seratus boleh?" HAHA.
ye ye, aku tahu duit pinjam tuh guna untuk belajar bukan berjoli.

tapi biasalah kann, nak jugak hang out dengan member member ye tak? HAHA. apa salahnya kan? ceh.

nasib baik sekarang tengah cuti. duduk rumah. jimat lah juga duit tanpa aku membazir :P

tapi tapi tapi, ada dua tiga movie aku eksited nak tengokkkk :/ ada pulak yang best. hoho

#1

haa, yang 1st aku mau tengok. ade The Rock wehh. kepala botak lagiiii. HAHA. aku suka cerita fantasy fantasy ni. nice kott. pastu tambah action action sikit. cooool apeee.
nak tengok macam mana haiwan yang besar jadi kecik lepas tuh serangga semua besar besar.

geliiiiii wehhhh kalau ada scene lipas besar ke, cicak besar ke, mau aku tutup muka dengan beg dalam wayang tuh. HAHA.

haha. padahal tak tengok lagi, tapi aku rasa niceeee jeh trailer diaa. hoho

#2

2nd moviee pulakk. yang ini Hong Kong movie. ade Jay Chou wehhh. guwa suka dia dalam The Green Hornet. haha. Action movieee. movie dia pasal mission then kene protect virus bagai, lepas tuh ade scene tembak tembak lah dalam filem ni. papehal korang tengok trailer lahh.

ohh, aku perasan dalam trailer, diorang ade shoot kat area KL dengan Putrajaya. lagi eksited keinginan aku nak tengok movie ni. haha.

ada lagi satu tengah tayang sekarang, movie Underworld Awakening. tapi guwa kurenggg sikit nak layan dekat wayang. download jaa. even aku follow movie Underworld ni sampai lah series yang The Rise of The Lycans tuh, tapi tak berbaloi lah lah tengok kat wayang. biasa jeh citer diaa.



heh! aku cerita je lebih. tapi duit takda nak pi tengokk. Chinese New Year dah nak dekat. takda angpau ka untuk aku? HAHA.


p/s : aku tetap nak kata movie Sherlock Holmes tuh best. korang kata tak best sebab korang tak paham cerita dia. kan? kan? kan?

1 comment: