2011/07/07

oh, dah Julai :O

aku makin kurang mengaktifkan diri di alam maya.
entah, jemu agaknya.

hari ni aku balik kerja awal, boleh lah online lama lama. haha
wah, dah bulan 7.
maksudnya, dah lebih kurang 3 bulan aku bertapa di sekitar Kuala Lumpur tanpa sebarang ilmu yang spesifik.
aku timba ilmu hanya dengan perhatikan orang orang sekeliling.
suka tengok gelagat kerenah manusia.
bila difikirkan semula, aku suka berkomunikasi dengan orang.
aku patut jadi konsultant lah :P
hidup sekarang terumbang ambing.
huru hara.
tak jumpa hala tuju arah hidup.
waktu waktu macam nilah kita perlu berbalik kepada agama.

back to basics.
aku bukannya nak cuba jadi alim.
yang itu memang taklah kot, melainkan ada orang yang boleh bimbing aku.

haha.

aku terkejut, aku termenung.
aku tak tahu lah kenapa hati aku rasa tersentap sangat, sangat dan sangat.

semalam, aku ada serve seorang customer.
dia minah arab, pakai purdah lagi.
dia beli dua lemonade kat kedai makcik Anne tuh.
then, dia tanya kat kitorang semua, "All of you are Muslims??"
aku pun jawab yes lah kan.
lepas tuh dia buka beg dia, dia keluarkan tasbih, kayu sugi, kaset and buku yang related to Islam.
terkejut jugak aku.
yang paling tak boleh blah, ada akak yang kerja dgn aku nih tak tahu cakap omputih, selamber dek dia pi tanya minah arab tuh, "eh, ni kena bayar ke? kalau kena bayar, saya tak mau."
akak tuh punya reaction siap nak halau minah arab tuh balik, haha.
minah arab tuh katalah, "No, its a gift for you."
semua orang pakat eksited nak, except aku.
aku pun bergerak lah ketepi sikit dah diorang ni semacam berebut pulakkan padahal benda yang minah arab tuh bagi semua sama je.
aku berdiri diam. tengok jeh.
minah arab tuh bagi lah gift dia sorang satu kat kitorang semua.
then, bila sampai turn aku yang last..
tiba tiba, minah arab tuh pandang aku. fuh, cuak aku, dia pandang aku lain macam woo masa tuh. aku dah mula rasa semacam.
minah arab tuh nak bagi gift dia kat aku, aku pun hulur la tangankan tanda aku terima.
masih barang yang sama, tasbih, kayu sugi, kaset and buku.
yang paling menariknya, masa dia nak bagi buku tuh, dia ambil balik and simpan balik dalam beg dia, then dia bagi aku buku yang lain. tak sama macam yang lain dapat.
baca elok elok tajuk dia,

A Guide To Understanding Islam

aku tak tahu kenapa, aku termenung sekejap.
bukan sekejap, lama juga aku pandang buku tu.
terasa macam hati aku kena impak maksima.

mungkin bagi korang peristiwa ni macam hal kecil je, tapi bagi aku macam ada maksud tersirat.
tiba tiba gerak hati aku kata, ini adalah satu sign daripada Dia.
macam suruh aku mula balik daripada awal, dan fahami betul betul.
aku akui, sejak mula bertapa ni, tertinggal tinggal lah jugak subuh tuh, ada tertinggal yang lain lain jugak.
hidup dah mula lalai sikit.

haishhh, dunia dah nak kiamat. aku buat tak tahu jeh.
sign yang kecik dah keluar semua aku buat heran tak heran jeh.
nak insaf, aku kena pikir dua tiga empat kali.

aku cerita kat blog pun bukannya aku buat jadi baik pun.

hanya kongsi kongsi cerita keliling aku :)

No comments:

Post a Comment