2012/09/14

Jangan Pandang Belakang :O

aku bukan buat cerita hantu.

aku ada masalah.

tipikal. semua orang ada masalah, langsung tak boleh lari daripada masalah. masalah aku, aku suka pandang ke belakang, selalu juga pandang ke depan, cuma yang di belakang itu, penuh dengan 1001 penyesalan.

ini adalah satu tabiat yang buruk ye kawan kawan.

hmm. tabiat? macam tak sesuai. apa apa je laaaaa

aku suka teringat masa lalu, bila nak buat satu satu keputusan, aku lebih memilih untuk tengok apa yang ada dibelakang daripada di hadapan. haaaa masa tuu mula laaa ada kamera buat flashback. dengan secara sengaja atau tidak sengaja, perasaan sedih tu datang berlumba lumba.

sakit woii.

bukan apa, susah nak jangka apa yang akan jadi bila pandang ke hadapan, tetapi itulah cabaran, itulah juga ujian yang Allah bagi.

senang cerita, aku tak mampu.

bila kita bersusah payah, letih penat sakit semua ada. bila dah berjaya, bila bila masa je kejayaan dan senang lenang itu boleh hilang dengan sekelip mata. aku takut, takut nak tatap saat saat tersebut.
memanglah aku belum lagi mencapai apa apa kejayaan yang besar, tapi aku selalu terfikir. boleh ke aku hadap ujian macam ni. aku tabah, tapi aku tak kuat. haa acaner tu? hmm.

akan tetapi Allah takkan uji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Ini yang aku selalu ingatkan dekat diri sendiri.

aku bertuah sebab tak pernah hidup susah. tapi aku tak bertuah dari segi perasaan emosi, dari segi perhubungan.
bila menangis tak berhenti henti, satu perkara sahaja yang mampu buat air mata ni mengalir macam sungai, cuma satu perkataan.

KELUARGA

sebab itu aku pilih RUMAH.

daripada kecil sampai sekarang, aku tak pernah dapat rasa that bond. entah. mungkin ada, tapi aku tak rasa. i wish miracle happen but that miracle would never be. selalu jadi angan angan sebelum tidur.

haha. that ujian, Allah bagi pada aku since aku 6 tahun, sejak itu aku dah faham apa itu maksud REDHA. bila dapat tahu, aku tak sedih, aku tak marah, aku tak rebel. aku berterima kasih dan bersyukur sebab akal fikiran minda aku terbuka lebih luas daripada orang lain.

tapi aku sakit hati sebab rasa sedih dan marah itu datang 10 tahun kemudian. satu jangka masa yang sangat panjang, terlalu lama. ini semua kerana aku cemburu dan dengki dengan orang orang lain, itu yang syaitan sukaaa sangattt.
tapi aku dah faham apa itu redha.

Semua yang terjadi memang betul betul ada hikmah. Mama cakap, dia bersyukur sebab dia dah nampak hikmah untuk dia dengan segala yang terjadi, aku pun dah nampak apa hikmah yang Mama dapat. boleh nampak rasa tenang dekat air muka Mama.
Untuk aku, hikmah itu belum sampai sampai lagi, mungkin belum kunjung tiba, tetapi aku akan sentiasa berdoa dan menunggu dengan sabar, aku yakin hikmah itu sangat bermakna untuk aku. Hikmah itu rahsia Allah, Allah tahu apa yang terbaik buat aku :)

No comments:

Post a Comment