2012/03/05

ForeverAlone

pehh tajuk. tiba tiba jeh. haha. ini sebab awal pagi tadi lepas subuh baru terbaca blog fish. tergerak hati pulak nak menulis jugak. lagipun lama tak layan blog ni. lamaaaaa gilaaaaa wehhhh.

lagi pun takda apa yang nak di up-to-date kan. kalau aku asyik balik balik cerita pasal masuk semester baru, bla bla bla. boring ahh.

too common.

kalau layan lagu A7X, forever means foREVer. masalah nye sekarang the REV dah mati so dia jadi FOER. ahh sudahh. takda dalam kamus pun tuh.

lately ni, aku perasan lah jugak, semua pakat tanya aku, soalan paling common dan paling biasa,

"kau bila nak ada boyfriend wani?"

"bila kau nak ada boyfriend wani oi?"

"pegilah cari boyfriend wani"

"bila nak dapat boyfriend wani?"

secara jujurnya guwa tak reti nak jawab soalan soalan lu. kadang kadang guwa diam, takpun tukar topik, tak pun guwa selalu cakap,

"lek lek luuuu"

"alah, belajar duluuuu"

"chill lahh, belum tiba masanya lagi punn"

"nanti nantilahh"

kadang kadang aku boleh jugak jadi topik hangat dikalangan geng geng guwa sebab takda boifren, tapi nasib baik guwa pandai pusing pusing, so takdelah diorang berterus terusan tanya or kenakan aku ke.

senang cerita, aku tak ready doe nak ada bf or partner berkasih sayang ni, puihh. tolong lahh ~~~
bukan apa, cukup lah satu masalah emosi aku dengan family, tak nak ditambah tambah. sakit oii. guwa tak mampu nak tanggung. maybe ada moment moment yang konon nya rasa bahagia dengan partner tuh, tapi bagi guwa bikin buang masa. dengan family pun aku tak berapa nak caring or call call selalu inikan pulak nak ada boifren. iyelah, aku tengok kawan kawan perempuan aku asyik nak kena up-to-date dengan boifren bagai, macam lah itu bapak kau. bapak kau pun tak mintak kau up-to-date sangat sebab dia percaya anak dia buat apa semua. boifren kau tak percaya kau sebab tu perangai macam tu.

then aku tengok, 24/7 nak mesej je. mungkin hari hari mesej tapi kalau setiap masa tak sakit ke weh? aku taktahu sebab tu aku tanya, kalau reason korang just sayang, aku masih lagi tak boleh terima. dunia sekarang setakat sayang tak cukup weh.

kalau dari segi faktor rupa, aku takdalah cun pun. average jeh. tapi ada jeh member sekolah aku muka tak cun/hensem, ade jeh bf/gf. lagi tak cun daripada aku pun ada, lagi pendek daripada aku, ada jeh boifren.
so, faktor rupa tuh mungkin boleh tolak tepi. maknanya yang cantik ke tak cantik ke boleh je dapat boifren ye tak?

mungkin korang tak memilih, so baguslah. aku respek.
tapi bagi seorang aku. ye, sangat sangat sangat memilih sampai aku pun tak tahu apa dan yang macam mana aku nak sebenarnya.

maklumlah dah nak masuk 20 tahun, no wonderlah semua orang pakat tanya.

chill lah. adalah tu nanti, bak kata fish Dia lebih tahu dan dah tentukan yang terbaik untuk kita, insyaAllah.

macam roommate aku Syera, dia dah bercinta 5 tahun lebih juga lah aku rasa. dia kata,
"kalau korang dah bercouple or bercinta 10 tahun sekali pun belum tentu yang itu jodoh korang. kadang kadang yang kita baru kenal 2 hari tak pun 2 bulan itulah jodoh kita. sebab tu kalau bercinta lama lama baik ready dari segi mental awal awal. kita tak tahu apa jadi bila masa depan. aku selalu ingat diri aku pasal ni."

itu jugalah aku nak pesan kat kawan kawan aku nanti. tapi kalau korang dah baca faham sampai lah pesan tu.
haha.
kalau setakat nak ada bf sekarang untuk fun fun dah terlambat dah aku rasa. kita dah masuk 20 dah pun. sebab kalau yang perempuan baik cari awal awal. aku tak nak kahwin lambat. aku cakap kat Has,
"umur 25-26 aku nak kahwin" HAHA.


tak syok lah kahwin lambat. umur dah 30 baru nak ada anak kecik tak coool wehhh. tapi kalau dah jodoh tu sampai lambat nak buat macam mana kan, redha je lah yang aku mampu cakap.


aku harap jodoh aku sampai cepat, tapi aku tak nak ada boifren lagi sekarang sebab belum ready nak ada masalah emosi. wohohohohohoho.

result exam aku pun tunggang terbalik. kalau dapat boifren encourage or bagi benefit kat kita takpelah, kalau sebaliknya tak ke mampuih aku kena kejar dengan Maksu nanti. HAHA.

dah. lambat nak pi kelas dah ni :O ada quiz english. tata !!

:D

2 comments:

  1. konon jatuh reputasi kau kalau bercinta? hahaa.
    walau mcm mane alone pun. manusia, tak kira laki atau perempuan mesti perlukan pasangan. that's way wujud evee. ehh aku taknak jadi drL zzzzzzz
    -sepat-

    ReplyDelete
  2. HAHAHA! aku tunggu dengar sabar ni :P

    ReplyDelete