2010/11/29

tukar angin

nampaknya hari ini bermula lah operasi perpindahan secara haram akan berlaku. aku pindah tidur bilik timm pulak. teman sebilik dia dah berambus pergi mana aku tak tahu.

nak pindah secara halal aku kena buat surat dulu=.=

surat nya dah siap karang. malam ni pergi print. esok aku bagi lah kat kerani perempuan yang banyak songeh tuh. bagi je lah aku pindah bilik terus. aku bukannya budak jahat pun.

kalau surat tu tak approve, terpaksa lah aku tinggal kat bilik tu secara haram. tak pun pergi buat kunci pendua bilik C233 tu. haaaa... ini baru kerja jahat namanya. kalau kantoi RM50 aku melayang. nasib baik tak kena buang kolej lagi.

kalau boleh aku nak tinggal secara halal lah kan. sekarang dah semester dua. teringin juga aku nak jadi baik sikit.

buat masa sekarang, aku kena betul betul sedia kan mentaliti kepala otak aku ni. bukan apa, subjek baru agak banyak untuk aku belajar. takut tak terbawa pula. otak aku kena sentiasa rilekkk, kalau tak mahu bungkus aku.

kelas tutorial pun dah bertukar. aku kena survive lebih sikit dalam kelas ni. dah lah banyak perempuan. faham faham lah kalau kelas penuh perempuan ni. banyak songeh =.=

masalah utama aku sudah kembali. mama bagi duit banyak banyak bukannya aku nak berjimat. padan muka aku. nasib baik aku minta RM300 je. baru fikir hari tu nak bantai minta RM500 je terus. nasib baik aku ni bukannya tamak haloba sangat. at least aku ada reason nak minta lagi RM200.

haha ! biasalah, budak pandai kelentong.

aku kena minta sebelum duit dalam akaun aku tu dah kering. mampus aku nak makan apa nanti. baru tekad tak nak hutang dengan sape sape dah.

aku kena tahan nafsu aku daripada tidak keluar daripada Universiti Malaya sampai 18 Disember ni melainkan balik ke rumah untuk hari hari aku dihujung minggu.

minggu depan nak balik rumah. adik adik aku ada basikal baru. excited nak tunjuk kat aku. biasalah, aku kan idola mereka. haha !

3 comments: