2011/09/24

ayam goreng kentucky jadi penawar

menghirup udara pagi jumaat yang agak tenang. sejuk sejuk bilik ini.
aku kemas apa yang patut, basuh kain, sidai kain, bla bla bla.

berada di atas bukit Kurshiah ni memang penuh dugaan dan cabaran. haha.
aku telah menghadapi kebosanan yang sangat melampau.
ini serius.

macam macam rancangan bermain dalam kepala otak aku ketika itu...

aku perlukan aktiviti. sangat perlu. mungkin malam Isnin dan Rabu aku ingin menyibukkan diri dengan seni mempertahankan diri.
wanita sangat perlukan keselamatan diri dan skil skil menentang musuh. hoho.
lagipun aku memang nak sambung balik taekwondo aku yang dah terbantut tuh =.=

aku nak kembali bersukan. aktif seperti dahulu kala. sama seperti zaman aku berada di bumi Kuala Kangsar dulu. tengoklah macam mana. harharhar.

tentang kerja separuh masa aku, terpaksa aku abaikan buat sementara waktu. minta maaf wahai penyelia ku. aku tak dapat tunaikan janji dan orang yang memungkiri janji akan mendapat dosa.
haishhh. macam mana ni? tapi aku memang nak ada duit poket.
mungkin rancang untuk lain kali.

basikal.
hurm. masih lagi berkira kira untuk membelinya atau tidak. tak pasti ia merupakan sesuatu yang penting atau tidak.
masih lagi berfikir sehinggalah sekarang.

dua kali sergahan monyet di sisi tingkap C305 masih tidak dapat hilangkan kebosanan aku sepenuhnya.
Syera pulang ke rumah.
Syu keluar berpacaran.
AC keluar bertemu ibu ayah.

apa nak buat wehhhhh !!

haha. untung aku ada kawan kawan GARIS yang lain.
pengubat hati jiwa raga aku.
gelak tawa hiba kita, aku pasti ingati sampai bila bila.

untuk Amzar Shamsulkamar, habiskan masa 6bulan di sini sebaik baik nya. masing masing akan sibuk lepas ni.
gua takde teman nak mencarut lah derrr. lagi bosan lah hidup gua macam nih. takda sapa dah nak cerita macam macam kisah kat telinga gua selain lu.
geng umpat umpatan gua nak gerak Shah Alam sana.
harap lu berjaya di sana. gua angkat tabik !

ini jeh ke yang aku nak kerepekkan? tak gempak langsung =.=

1 comment: