2010/10/15

hatiku gempita

kembali bersama encik blog setelah agak lama aku berdiam diri.

projek animasi? aku mahu lakukan yang terbaik dan ada kelas. tapi aku malas. macam mana tu? aku nak reka diluar kotak. memang susah nak ada idea idea yang betul betul ideal.

poster climate change? dapat pujian kerana kolaj aku yang kemas dan agak teknikal. tapi tak terpilih untuk harga RM2000. alasannya??? tak cukup bahan dalam ekspressi idea aku. bila difikirkan semula, memang pun, dan aku tak reti nak tambah apa apa yang patut. oleh itu, aku buat tak tahu dan tak ulang tayang balik. macam itu yang aku bagi, macam itu aku ambil balik, macam itulah jugak aku bagi balik. malas lah brader azam. brader razman tengok tengok jugak. tapi aku tak sempat nak tanya alasan dia pulak. tak sempat?? haha. aku malas.

sumpah. minggu ini minggu malas aku.

aku berusaha untuk kembali bekerja keras. terimakasih ikan sepat sebab sentiasa suruh aku jadi rajin. kau sekarang semakin pandai, semakin bertanggungjawab. aku respek kau sangat sangat. kau betul betul ikan sepat aku. oh ya. kita sama sama simpan impian kita kan? tak sabar nak tunggu tapak sulaiman kita ditubuhkan. sama sama kena jadi orang kaya bandar dulu. macam aku kata, ada wang semua jalan.

dapat panggilan petang tadi. hidung kambing gurun aku patah. kesian. baru sahaja keluar veterinar. dapat cuti seminggu pulak tu. aku dah pesan. kau tuh harap je kambing gurun tapi badan kecil. nak main sondol sondol, tapi kau yang tersondol balik dengan seladang tanduk panjang. aduh. sakit kan kawan. dah senget hidung kau.
haha!

aku ada hobi baru. aku sekarang suka main terjahterjah. seronok tau. hal yang kau tak patut tahu, kau akan tahu. wahhh, dahsyat. sumpah seronok. aku masih ada rakan seangkatan yang lain.
ahli ahli terpenting :
kepala : badut
hidung : kucing hello
mata : aku
tangan : kuih apam
badan : makhluk hijau
kaki kanan : tembam
kaki kiri : raja drama

hahahahaha!! mahu sertai?
maaf.
hanya terhad kepada beberapa manusia sahaja.

akan tetapi.
aku syorkan kepada kamu kamu semua sertai komuniti ini,

PECUNDANG'S COMMUNITY
pecundang tapi sejuk

hanya satu sahaja syarat kemasukan,
- anda tidak dibenarkan mempunyai rakan kongsi. faham?
boleh sahaja daftar dimana mana kedai 24jam.

oh. lagi satu.
seronok hack orang.

hahahahaha!


5 comments: