2010/10/01

sosialiti

bukan Sosilawati ya wahai kamu kamu semua.
aku tak mahu kes tragedi ngeri beliau bersangkut paut dalam blog aku ini.

maaf kalau aku kurang menyertai aktiviti sosial walaupun aku seorang yang agak sosial.

aku lebih sosialkan diri aku dalam dunia aku sendiri.

jangan salah sangka. aku tidak gila. masih berfikiran waras. dapat baca ABC kira 123 macam kamu kamu semua.

aku sebenarnya seorang yang sombong. tak banyak bergaul dengan ramai orang. akan tetapi aku selalu belajar agar buangkan sifat itu jauh jauh.

walaupun kini aku sudah menjadi lebih mesra dan ramah tetapi aku masih dapat merasakan sisa sifat itu masih berada dalam diri aku. aku sangat pasti.

dan.....bila kita ada sifat itu, hidup kita akan binasa. percayalah.



1 comment: