2010/09/30

kehidupan selepas kehidupan itu.

jangan salah tafsiran.
aku belum bersedia lagi untuk menjalani kehidupan selepas mati. tak cukup amal ibadat lagi.

maksud aku disini.
untuk kehidupan yang aku telah jalani selama 18 tahun kini. berbeza beza cabang arusnya. bermacam macam dugaan badai yang datang.

aku tak macam kebanyakan manusia yang lain. mereka hidup dan membesar dengan mak ayah sendiri sampai lah kini. dah takdir aku macam itu. aku tak boleh ubah. tapi aku boleh pilih jalan takdir mana yang aku nak. harap harap kamu kamu faham dengan apa yang aku cuba sampaikan.

aku cuma terimbas masa lalu. dan berfikir.

semasa aku berumur 9 tahun. proses hak penjagaan anak terhadap aku dijalankan. dan aku diberi dua pilihan sama ada mahu tinggal bersama abah atau mama aku. akhirnya, aku telah memilih abah aku atas sebab sebab yang tertentu. tiba tiba, aku terfikir sekarang.... macam mana kehidupan aku kalau aku pilih untuk tinggal dengan mama aku?

semasa aku berumur 16 tahun. aku nekad ingin berpindah daripada sekolah tersebut. dan aku ditawarkan dua pilihan sama ada mahu menyambung persekolahan aku di sekolah teknik atau di mrsm. akhirnya, aku telah memilih sekolah teknik atas sebab sebab yang tertentu. tiba tiba, aku terfikir sekarang.... macam mana kehidupan aku kalau aku pilih untuk menyambung persekolahan aku di mrsm?

semasa aku berumur 18 tahun. waktu untuk menyambung pelajaran. dan aku ditawarkan dua pilihan sama ada mahu menyambung pelajaran di matrikulasi atau asasi di universiti malaya. akhirnya, aku telah memilih asasi di universiti malaya atas sebab sebab yang tertentu. tiba tiba, aku terfikir sekarang.... macam mana kehidupan aku kalau aku pilih untuk menyambung pelajaran di matrikulasi?

jangkaan aku....
mungkin hidup aku akan lebih senang jika hidup dengan mama.
mungkin pelajaran aku lebih cemerlang di mrsm.
mungkin waktu belajar aku lebih terjamin di matrikulasi.

tapi aku tetap tidak akan tahu apa yang akan berlaku kalau aku memilih berlainan dengan pilihan aku sekarang.
sebagai manusia, aku tak tahu masa depan itu macam mana.

apa yang penting, sehingga kini..
aku tidak pasti adakah aku pernah menyesal atau tidak dengan segala pilihan yang aku pernah buat selama aku hidup selama 18 tahun ini.

bagi aku....
kita tak boleh tentukan takdir kehidupan kita, tapi kita boleh pilih jalan takdir kehidupan kita.

No comments:

Post a Comment