2010/09/08

sedetik

esok aku pulang ke kampung. aku akan tinggalkan ruangan ini, mukabuku dan juga siulan burung aku buat sementara waktu. biasalah di kampung aku mungkin tiada jaringan dunia tiada sempadan yang begitu kuat dan laju. jadi aku perlu melupakan mereka mereka ini buat sementara waktu. akan tetapi aku takkan tinggalkan sayang sayang aku di Kuala Lumpur.

sayang sayang saya : komputer riba
pemain mp3
telefon bimbit, tidak boleh ditinggalkan kerana ia satu keperluan.

oleh itu, aku telah memuat turunkan permainan video yang begitu banyak agar aku tidak kebosanan di kampung nanti. bak kata orang tua tua, sediakan payung sebelum hujan. hurmm, ada kena mengena ke?
haha. tak kisah lah asalkan aku tak terasa ketagih untuk mengaktifkan diri di laman laman tersebut.

nampaknya kerja kerja aku terpaksa ditunda. aku tidak mampu untuk siapkannya kerana aku kurang pasti dengan jawapan aku. susah betul jadi manusia yang kurang yakin ini. haissshh. mengeluh.

aku memandang dua tikus belanda kepunyaan adik adik aku, SYAZMIERA dan SYAZLYANA yang berada di dalam sangkar sebelah komputer riba aku di atas meja ini. nampak sihat. pandai mereka jaga. harap tak mati lah dalam jangka masa dua bulan ini. biasa lah. adik adik aku ini ganas sikit.

oh. ya. nampaknya lagu lagu dari negara korea semakin menarik untuk di dengar. aku tidak boleh berhenti daripada mendengarnya. NAJWAHUSNA, gara gara kamu, aku mendengar lagu lagu yang sepatah haram aku tak faham apa yang dinyanyikan oleh penyanyinya.

sedang berfikir, ingin memuat turun lagu baru lah. bukan lagu korea tetapi lagu orang berkulit putih ataupun yang berkulit hitam. asalkan sedap untuk didengar. tetapi aku tidak tahu lagu apa yang terkini. FATEIHAHFAUZI, tolonglah saya!!

No comments:

Post a Comment