2010/09/07

banyak hal

aku kembali menulis setelah ada peluang untuk menulis. bukan apa. semenjak berada di rumah ni, keinginan untuk mengaktifkan diri di mukabuku seperti tiada. aku banyak menonton filem filem yang telah di muat turun oleh abah aku daripada filem filem yang lama sehinggalah yang filem paling terkini. Gambar pun cantik. jimat duit aku untuk ke panggung wayang. haha. terbaik lah abah! aku menonton sampai naik lebam mata aku ini. terukteruk.

banyak juga kerja sempena cuti raya ini dan aku sedang cuba sedaya upaya untuk menyiapkannya sebelum raya kerana selepas raya aku ingin bersuka ria dengan sepuas hati aku. wah. syurga syurga. itupun kalau aku mampu siapkan kerja kerja tersebut. banyak laaa weyhhh.

dan yang paling penting. seronok berada di rumah :)

kemungkinan esok atau lusa aku akan pulang ke kampung. Kuala Kangsar here I come!!!

oh. aku mula merindui rakan rakan di Universiti Malaya. aku rindu FATIMAH. FATINNABILAH. AFIQNURFAWWAZ. AMZAR. SIRHANFARIS. rindu kamu semua :( dan juga rakan rakan ABians yang lain.

aku juga merindui mereka. HASLYZA. SYAZANA. FARAHALIA. ALAMIENZULFISHAH. KHAIRULSYAFIQ. EZATIZWAN. bila kita mahu ketemu?

banyak betul orang yang aku rindu =.=". almaklumlah. aku cepat sayang kat seseorang. tak kisah lah orang tu siapa. tapi aku senang sayang kat orang walaupun aku tak tunjuk sebab aku tak tahu nak tunjuk macam mana. ahaaa.

No comments:

Post a Comment