2010/09/19

ragam

kembali aku ke varsiti Malaya tercinta.

apabila berada di kamar kecil ini. aktiviti menulis aku kembali seperti biasa. di rumah, nak menulis pun seperti tiada perasaan sahaja. gelakgelak. mungkin masalah di rumah tidak seperti di sini. aku melihat pelbagai jenis manusia. di varsiti malaya ini, macam macam ragam manusia aku boleh lihat.

ingin kongsi kisah aku beberapa hari yang lepas. proses perjalanan sepanjang hari tersebut. aku bertemu sahabat sahabat kesayangan aku setelah sekian lama kami tidak bertemu. ada yang semakin gemuk. ada yang sudah bertemu dengan pasangan yang baru. ada yang semakin lama semakin cantik. ada juga yang kering sekeping macam itulah juga. ada yang masih bertahan dengan kekasih mereka. macam macam. itulah sahabat sahabat aku.

bergerak ke bukit bintang. aku ingin gelak sepuas hati lah. ragam manusia yang memang kelakar aku rasa. untuk pengetahuan kamu kamu semua, aku sarankan janganlah beli sepatu berjenama SUPRA ala JUSTIN BIEBER itu. bersepah di sekeliling Times Square. setiap kali kamu kamu berjalan. kamu kamu pasti akan berselisih dengan manusia yang pasti akan memakai sepatu tersebut. naik juling sudah mata aku. percayalah. dan aku pasti. aku sudah menjumpai hampir 100 pasang sepatu tersebut pada hari itu dengan hanya melihat manusia manusia ini. heyyy...korg cari laa kelainan sket.. adoyai. mcm bodo je same ngn org laen.

dan pada hari tersebut juga. apabila aku naik LRT pasti ada sahaja yang bertanyakan arah haluan LRT itu. dan apa yang pasti hanya kaum cina sahaja yang menegur aku. aku cuma tertanya, aku ini ada muka 1Malaysia kah? hahahahahaha!

cuma ingin katakan. seronok apabila kita bersahabat dengan kaum cina ini. lebih lebih lagi kalau kita tahu bercakap dalam bahasa mereka, itu merupakan bonus bagi kita. bukan apa. kita lebih senang rapat dengan mereka dan mereka lebih suka begitu. di Malaysia kini, banyak bidang yang berkaitan dengan perniagaan lebih dikuasai oleh kaum cina begitu juga dengan bidang yang aku pelajari kini. dengan itu, kita akan lebih senang berurusan dengan mereka kelak :)

oh. aku lapar. tiada makanan di kamar ini. malas aku turun ke bawah untuk membeli nasi.


rindu sayang RETRONESS
rindu sayang HAWNFEK
rindu sayang sahabat sahabat saya :)


1 comment: