2011/10/16

perahan pemikiran.

aku nak berkata kata tentang apa yang aku sentiasa rasa dalam diri aku.
maksud aku, apa yang akan berlaku nanti? masa depan aku agak agak macam mana nanti? hurmmmm :/
dari sekolah menengah otak aku asyik berfikir macam ni.
haihhhh !

itulah gunanya manusia ni dikurniakan akal, untuk kita berfikir.
tapi kadang kadang kalau fikir terlalu banyak boleh jadi gilaaa owh.
haha. itu maksudnya kalau korang tak berfikir secara relevan. ye tak? 

aku bukan apa, takut nak tempuh realiti kehidupan sebenar.
setakat umur 19tahun dah masuk universiti tak bermakna kau dah betul betul dewasa. betul betul matang. kita tak sepenuhnya dewasa tak sepenuhnya matang.

Maksu aku cakap, time time belajar ni jangan nak berangan lah yang diri kau tuh dah dewasa. tension sana sini. padahal kau tension pasal exam, tension pasal boifren/gilfren lah. 
kena selalu dengar cakap orang tua, orang yang betul betul ada pengalaman.

aku pun kurang pasti nak setuju dengan kata kata Maksu aku ke tak. 
adakala orang kata belajar ikut minat jangan paksa belajar yang kita tak suka. 
adakala orang kata belajar untuk masa depan, tengok skop kerja. kalau belajar sesuatu yang kita minat tapi kerja takda. susah.

entah lah. aku ikut jeh rentak kehidupan aku sekarang. macam orang putih kata, follow the flow ~~ haha.
aku sekarang malas dah nak ambil tahu apa kelebihan aku apa kekurangan aku terhadap sesuatu.
aku sekarang macam dah tak nampak apa yang aku boleh buat apa yang aku tak boleh buat.
nak kejar cita cita yang satu tuh memang dah lama terkubur.

aku memang dah tak ada cita cita untuk dikejar melainkan apa yang aku fikir sekarang hanyalah,
"lepas grad, cari kerja, dapat kerja, kerja, kerja, kerja, then dapat gaji, boleh joli joli"

Maksu aku cakap lagi, bila dah kerja, barulah kau tempuh realiti hidup sebenar, nak kena hadap boss, fikir pasal kahwin lagi, fikir pasal duit lagi. kalau dah kahwin pulak, fikir pasal keluarga lagi, pasal kewangan keluarga lagi, pasal anak anak...blablabla.

Maksu aku bebel, aku buat taktahu. haha. 

tapi ada satu poin yang Maksu kata, gaji 5 ribu takkan cukup sara hidup kat KL nih. 
hurmmm, entah. bagi aku 5 ribu tuh dah cukup banyak. tapi itulah, bila dah kerja nanti baru kita sedar 5 ribu tu sikit ke banyak. sama samalah kita nilai nanti.

2 comments:

  1. ade butang like tak? haha.
    pndapat aku, tak smua org tua berpengalaman kau bole ikut. everyone faced diff circumstance. tak smua org tua berpengalaman tu berpengalaman. 5 ribu tak cukup klu da berkawin tp cukup utk bujang. dan masalah org lain lain. ade jugak yg sekolah lagi da kena masalah mcm org tua. dunia skrg mcm mcm bole jadi. predict pun tak semua bole tepat. itulah pendapat aku hahaha.

    ReplyDelete
  2. rajin betol aku menulis pnjang pnjang.

    ReplyDelete