2010/12/06

senja romantika

tak senja pun lagi. tapi bilik ni dah romatik rupanya. gelap gelap mendung. tak cool lah kalau buka lampu. mood lari.

Timm tidur. waktu yang sesuai untuk mengekspresikan diri. haha !

dari tadi aku banyak baca blog orang lain. aku cuma nak pesan satu.

HIDUP UMPAMA AISKRIM. NIKMATILAH IA SEBELUM CAIR.

aku pun tak pasti mana aku dapat istilah aiskrim ni. lantak lah.

masalah kewangan menjadi isu utama. tapi kali ni tak lah teruk sangat. ia akan menjadi lebih teruk lagi sekiranya duit elaun aku tak masuk masuk lagi dalam bulan ni. sialan.

susah lah kalau ada abah yang suka lepas tangan.

nak minta kat mama pun dah tahap segan gila gaban.

duit sengkek tapi RTW kau nak pergi juga. haha ! mana boleh. satu satunya event yang aku wajib pergi tahun ni setelah dua tahun aku tak pergi. baru cool beb !

lepas ni, aku buat bisnes. masih dalam proses. doa doa kan aku berjaya.

bisnes apa ? buat masa sekarang ia masih rahsia. haha ! poyo laa kau wani. aku tak nak cerita lagi.

dalam kepala otak aku hanya fikir macam mana nak buat duit. tapi tak pernah tercapai sebab modal takde.

hidup baru je 18 tahun, tapi masalah dah bertimbun.



4 comments:

  1. afiq ~~ biasalahhhh tuh. student. haha !

    fish ~~ planning bisnes kita masih lagi on. tunggu 15 tahun lagi taw.

    ReplyDelete
  2. aik. bisness ape ni wani. tak ajak pon . hukhuk

    ReplyDelete